Bab 4

8 0 0
                                    

      " Betul ke Sabrina nak keluar juga harini?". Tanya Encik Zakaria buat kali yang ke seribu. daripada anaknya itu bersiap sehingga lah selesai. Walaupun jawapan sama yang diberikan, papanya itu tetap juga mengulang pertanyaannya dan mengharapkan jawapan lain yang diterima. Tapi apakan daya, hampa menyelubungi apabila jawapan sama yang dia dapati.

      " Papa janganlah risau, Sabrina boleh jaga diri sendiri. lagipun, anak papa ni dah besar, pandai lah sabrina jaga diri. Papa jangan risau okay." Kata Sabrina sambil memegang kedua tangan papanya itu. Akhirnya Encik Zakaria terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya. "Baiklahh Sarina, kamu boleh pergi. Tapi, tolong lah hati-hati okay." Kata papa Sabrina.

Sabrina tergelak kecil, baginya agak kelakar telatah papanya pada pagi itu. Dia sudah besar dan tahu untuk menjaga diri akan tetapi dia dilayan seperti budak- budak. Entah apa yang difikiran papanya pada pagi itu. Sabrina mengakui bahawa perangai papanya itu makin hari makin pelik. Dia seperti tidak mengenali papanya sendiri. Adakalanya Sabrina sering terlihat bahawa Encik Zakaria seakan akan sentiasa khuatir tentang beberapa perihal tetapi dia sering mengaggap yang papanya mungkin risau mengenai keadaannya sekarang yang tidak mempunyai pekerjaan ataupun berfikir tentang cara untuk meneruskan kehidupan. Dia hanya bersangka baik.

      "Iye pa..., Sab janji nanti bila Sab dah sampai mall, Sab call papa okay. Papa janganlah risau sangat ye." Kata Sabrina membuat janji.

      " Kalau macam ada orang yang mencurigakan ikut Sabrina, Sab cepat-cepat lari ke menyorok ke apa ye." Ujar Encik Zakaria

Kali ini, Sabrina bukan sahaja tergelak kecil, akan tetapi dia terus meletus dengan gelak tawa. Dia salah dengar ke?. Apa? ada orang ikut?. Pffttt karut lah. "Hahahahahhahaha!. Papa ni buat lawak lah pula pagi-pagi ni. Siapa je yang nak ikut Sab?, Sab bukannya ada peminat rahsia ke apa. Adoii papa ni." Kata Sabrina sambil pelan-pelan melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Encik Zakaria yang berdiri kaku.

      "Papa jangan risau okay, bila dah sampai nanti Sabrina call papa okay." Ucap Sabrina Rose. Dia terus membuka aplikasi grab di telefon pintarnya dan book perkhidmatan pengangkutan untuk ke pusat membeli belah dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebayanya.


******************************************************

 Setibanya Sabrina di pusat membeli belah, dia terus sahaja menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp kepada papanya dengan mesej bahawa dia sudah tiba di lokasi tujuannya dan tidak mahu Encik Zakaria khuatir tentang  keselamatan dirinya. Setelah itu, berjumpa dengan rakan-rakannya, mereka menghabiskan masa dengan memasuki setiap butik-butik kecil dia dalam mall tersebut. Walaupun mereka tidak membeli apa-apa, tetapi ia sangat seronok melakukan window shopping dan apa yang paling penting sekali adalah memori yang tercipta apabila kita bersama sahabat karib. Kita boleh membeli barangan dengan wang akan tetapi kita tidak boleh membeli memori di mana-mana butik walaupun di kita pusing sampai ke hujung dunia. Tapi lain lah kalau nak beli memori kad. Kalau benda tu, kat kedai Mr D.I.Y pon ada.

Dalam masa Sabrina berseronok bersama kawan-kawannya, dia juga sebenar takut kerana dia dapat merasakan bahawa seseorang sedang mengekori gerak gerinya dan kemana sahaja dia pergi, pasti akan ada bayangan lelaki dengan berkaca mata hitam dan berbadan tegap seakan akan mengekorinya. Sabrina tetap ceria seumpama tiada apa yang berlaku kerana dia tidak mahu rakanya panik justeru merosakkan hari mereka. Jadi, dia cuba mahu melupakan apa yang dia rasa kerana berkemungkinan dia tersalah lihat.

      "Fuhh, penatnya berjalan satu mall ni. Perut aku dah bergendang gendang lagu dah ni, korang tak lapar ke?". Soal Sabrina kepada kawan-kawannya.

      "Aku sebenarnya, takdelah lapar sangat sebab dah melantak nasi lemak dua pinggan kat rumah tadi." Kata Camy, kawan rapat  kepada Sabrina.

Dari hujung mata Sabrina, dia dapat melihat seorang lelaki yang berbadan sasa dan tegap yang memakai kaca mata hitam, sedang berjalan menuju kearah mereka. Dia berasa seram sejuk dan terketar ketar. Bermacam macam senario yang tidak diingini sedang bermain di dalam fikiran Sabrina Rose. Sesungguhnya dia tidak akan merelakan sahaja sesuatu akan berlaku keatas diri dan juga rakan-rakannya. 

Tanpa berfikir panjang, dia terus menarik kedua tangan rakannya Camy dan juga Adel masuk kedalam sebuah dessert cafe yang berada betul2 di sebelahnya. Mereka bertiga melangkah masuk kedalam cafe yang pada ketika itu dipenuhi dengan pelanggan. Mereka terus duduk di sebuah meja kosong.

      "Eh..kau ni dah kenapa Sabrina, kalau iya pon nak makan sini, bagi lah signal dulu. Ini tak, melulu je tarik tangan kitorang masuk." Ngomel Adel.

Segala persoalan mahupun kata yang diucapkan rakannya langsung tak dipedulikan oleh Sabrina yang sedang terintai intai ke luar kedai. Dia seperti sedang memerhatikan sesuatu atau lagi tepat lagi, dia sedang menyorok dari seseorang.

      "Pap!!" Meja ditepuk oleh Camy. Sudah beberapa soalan dia dan Adel ajukan kepada Sabrina Rose. Tetapi dia seakan akan tidak mendengar dan lebih fokus kepada sesuatu yang mereka tidak dapat meneka apakah ia.

      "Eishhh, terkejut aku. Kenapa korang sampai tepuk tepuk meja ni ?" Tanya Sabrina.

      "Engkauu terkejut. Kitorang ni haa sampai rasa nak terkam orang tau sebab cakap dengan batu." Perli Camy.

Sabrina tergelak kecil. Meskipun begitu, dihujung senyumannya, masih ada perasaan risau. 

      " Korang, aku rasa kita patut balik je kot. Sampai sini je eh kita lepak-lepak" Cadang Sabrina.

      "Ni lagi satu, kau ni dah kenapa?. Kau ada masalah ke apa ke?. Papa kau tak bagi kau keluar lama-lama ke ?" Tanya Adel.

      "Aku balik dulu eh korang." Sebelum dia mahu beredar, Sabrina mengeluarkan dua kotak sederhana yang berisi gelang. Dua hari lepas, dia ada membeli gelang perahabatan untuk mereka dan memang berhajat untuk diberikan kepada mereka hari ini.

      "Nahh, ini untuk korang berdua, pakai tau and jangan buka-buka. Aku nak korang tahu yang kalau aku dah tak ada nanti, korang kena ingat yang aku sayang Adel dan Camy sangat-sangat" Ucap Sabrina, dia tidak tahu kenapa pada ketika itu dia sangat emosional. Sabrina Rose dapat merasakan yang dia tidak akan berjumpa rakan rakannya lagi. Dia sangat takut dan sedih. Lantas dia cepat-cepat membuang lintasan di fikirannya dan tersenyum.

      "Aku balik dulu tau korang, nanti dah sampai rumah jangan lupa whatsapp aku tauu. Byee Adel, byee Camyy." Ucap Sabrina.

Sabrina Rose berjalan laju keluar dari cafe tersebut meninggalkan dua orang sahabatnya Adel dan Camy. Dia berjalan laju dengan penuh debar tanpa menoleh kebelakang. Sementara berjalan, dia terus book grab untuk pulang kerumahnya. Kebetulan ia tidak memakan masa yang lama untuk mendapat grab.

      "Sorry Adel,Camy. Aku tak nak korang dalam masalah. Aku sayang korang. Maafkan aku." Ucap Sabrina Rose di dalam hati.




~Bersambung...



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENCULIK HATI SAYA!!Where stories live. Discover now