Prolog

29 1 0
                                    

"SOMETHING fishy?"

Lelaki bertopeng raksasa pada wajahnya itu menoleh ke arah kawannya yang menyoal. Mata yang sedang memandang sesuatu dari tadi dialih. Pantas dia menuju ke arah kawannya.

"What fishy?"

Lelaki yang juga bertopeng raksasa itu tetapi lebih tinggi dari yang seorang lagi bergerak beberapa langkah ke hadapan. Sempat dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir tanda untuk mereka diam.

Dia mendekati ke arah sebuah almari kayu. Hanya almari itu yang tidak digeledahnya.

"Apa kau nak buat?" Kawannya memegang bahu lelaki itu dengan suara yang diperlahankan.

"Aku rasa macam ada something dekat dalam almari tu."

"Bos dah cakap kan jangan geledah almari tu."

"Pergi mati dengan arahan bos tu. Aku yakin dia ada dekat dalam almari tu."

Lelaki itu meneruskan langkahnya dengan berhati-hati lalu mencapai tombol pintu almari. Dengan firasat yang begitu yakin dan hati yang berkobar-kobar, dia lantas menarik tombol itu.

"Ha. Ha. Hahahahaha..."

Tepat tekaannya. Ternyata orang yang dicari-carinya wujud di dalam almari itu. Mereka berdua bergelak ketawa dengan senang hati.

"Tolong. Tolong jangan apa-apakan aku."

"Sini kau!"

"Jangan!"

Lantas mereka menarik lengan wanita itu dengan kasar untuk keluar dari dalam almari itu. Seorang wanita dan dua orang lelaki yang sasa. Memang kalah wanita lah jawabnya.

Plastik hitam ditekup pada kepala wanita itu. Tangan dan kaki diikat kemas. Lalu lelaki yang berbadan tinggi itu mengangkat wanita itu di atas bahunya bagai mengangkat sebuah guni yang tiada beratnya.

Wanita digenggaman mereka hanya mampu menjerit namun tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kerana...

Tiada lagi daya kekuatan mistiknya untuk meloloskan diri dari penjahat-penjahat itu.

READ YOUR MINDWhere stories live. Discover now