✒ 4

9 1 0
                                    

SAMBIL berjalan di tambah dengan perasaan yang begitu senang hati selepas Mr Ong menerima untuk melaburkan saham mereka kepada syarikat perniagaan milik Encik Hanif, Dian juga tengah berfikir sesuatu. Nama Gina sedang bermain dalam kepalanya. Seorang gadis cantik yang berusia 17 tahun namun sayang, dia telah meninggal dunia. Tapi, tidak siapa tahu akan kebenaran di sebalik kemalangan yang dihadapinya dahulu.

Kira-kira, dua tahun lepas ketika berita mengenai Gina tersebar di media sosial mengenai kemalangannya yang tragedik di dalam gaung. Mika mengkhabarkan yang dia bertemu dengan Gina.

"Kes Gina ni berat sebenarnya."

Dian menoleh ke sebelah. Mika muncul dan berjalan seiring dengan Dian.

"Berat?"

Mika sekadar mengangguk.

"Gina pernah bagitahu kan permintaan dia sebelum ni?"

Dian mengangguk disertai dengan keluhan kecil. Dia mengingat kembali permintaan itu ketika roh Gina menemui mereka dalam keadaan yang amarah.

"Cari dia dan tegakkan keadilan untuk aku."

Hanya itu kemudian roh Gina hilang begitu sahaja seperti tidak kekal. Sejak itu, Dian dan Mika berusaha untuk cari 'dia' yang dimaksudkan oleh Gina. Tapi, sampai sekarang mereka belum tahu siapa 'dia' itu sehinggalah roh Gina tidak lagi menemui mereka selepas kes itu ditutup oleh pihak polis.

"Kita tak tunaikan lagi permintaan dia."

"Mungkin sebab itu roh Gina muncul kembali selepas 2 tahun yang lalu. Mungkin rohnya tak tenang."

"Kau ada jumpa roh Gina?"

Dian sedikit terperanjat.

"Tak ada lagi. Cuma instinct aku ni rasakan yang roh Gina masih ada."

Seketika, Dian ketawa.

"Asal?" Mika berhenti berjalan. Begitu juga Dian. Dian masih cuba untuk meredakan tawanya.

"Tak adalah. Hantu macam kau pun ada instinct eh?"

Mika mencebik.

"Ohh kau nak perli aku ehh?" Mika sudah bercekak pinggang.

"Kau nak aku kejar kau ke tak nak?"

"Ehh jangan-jangan. Nanti orang sangka aku gila sebab tengah berlari sorang-sorang."

Pantas Dian menolak. Namun tawanya semakin riuh.

"Gelak lagi eh. Jaga kau. Aku buat muka seram."

"Tak payahlah!"

Mika tidak menunggu lalu mengubah wajahnya kepada wajah hantu yang betul-betul menyeramkan. Sebenarnya ia tidak memberi ketakutan pun kepada Dian namun entanlah. Dian berasa seronok dan mahu sahaja dia melayan rasa takutnya itu biarpun di siang hari.

Taring Mika dikeluarkan. Muka Mika penuh dengan darah di dahi dan rambutnya mula memanjang. Mata menjadi hitam sepenuhnya dan Mika memgeluarkan jemari dengan kuku yang separuh panjang dek nenek kebayan.

Dian mula berlari acah-acah ketakutan namun suaranya tidak berhenti dengan tawa yang pecah. Kalau orang lain tengok pun mesti menyangka Dian tidak betul.

Ahh peduli apa dia. Dia suka apabila disakat oleh Mika. Mika tahu bagaimana cara untuk membuatnya kembali ketawa. Biarpun Mika hanyalah jelmaan roh sahaja, tapi baginya Mika adalah lebih daripada itu. Mika ibarat angel guardian untuknya. Mika akan sentiasa ada untuknya di mana-mana dan setiap masa.

"Dah lah, Mika! Aku penatlah."

Akhirnya Dian berhenti berlari. Terkocoh-kocoh dia menahan nafas. Mika turut berhenti menyakat Dian dan mengubah dirinya kepada jelmaan roh kembali. Tapi, Mika tidaklah sepenat Dian kerana Dian manusia. Memiliki tenaga naik dan turun sedangkan dia hanyalah roh sahaja.

"Padan muka! Suka gelakkan orang."

Setelah nafas kembali tenang, Dian menyengih.

"Sorrylah. Bukannya nak perli. Aku gurau je. Kau ni, boleh terasa pulak."

"Memanglah. Kau ingat dulu aku tak pernah jadi manusia?"

Dian menyengih. Serba salah pula jadinya. Haih Mika...

"Yalah yalah. Aku takkan perli dah."

Mereka mula meneruskan langkah seperti biasa. Tapi masih ada sisa tawa Dian yang berbaki namun cepat-cepat Dian menekup mulutnya dengan telapak tangan.

Mika menoleh ke sebelah. Sebenarnya dia tidak terasa pun. Marah apatah lagi. Sudah tiada perasaan dalam dirinya. Saja dia mengusik Dian semata-mata untuk melihat gadis itu senyum. Kerana sedari tadi wajah Dian asyik berkerut selepas dia menyebut mengenai Gina.

Sekali sekala, mahu juga dia mendengar Dian ketawa. Di balik riak wajah itu, Mika senyum nipis. Namun, semakin hari dia berasakan semakin merisaukan keadaan Dian. Sudah 20 tahun dia menjadi penjaga Dian biarpun dia hanyalah roh yang tidak menampakkan diri sahaja. Selama itu juga dia telah mengenali perwatakan Dian.

Dan dia tidak menafikan ramai yang menyangka yang Dian ini gila atau membela saka. Iyalah, kadang-kadang kehadirannya membuatkan Dian bercakap bagai seorang diri. Sampai ada pada satu tahap itu, jiran sebelah rumah Dian membuat panggilan kepada pihak hospital sakit jiwa untuk merawat Dian. Dian ikutkan sahaja tapi bagi Mika, mahu sahaja dia membalas dendam kepada jirannya itu. Membalas dendam dengan menakut-nakutkan jiran itu.

Tetapi selepas doktor check kesihatan Dian, Dian tidak mempunyai gejala-gejala orang yang sakit jiwa. Jiran itu sebagai saksi melihat laporan kesihatan Dian. Malunya jiran itu tidak terkata. Sampai ke hari ini, mereka sudah tidak mengacau Dian lagi.

"Dian."

Dian menoleh ke sebelah. Mika memanggilnya namun pandangan Mika masih ditala ke hadapan.

"Kalau nanti kau dah jumpa penjaga yang sebetulnya layak untuk kau, kau jangan lupa aku eh."

Lantas riak wajah Dian berubah. Tiada lagi wajah yang disinari dengan senyuman senang. Dia memandang wajah Mika yang bagaimana tidak mahu memandangnya lagi. Dian berhenti berjalan. begitu juga Mika.

"Hey, Mika! Pandang aku."

Mika menurut sahaja.

"Aku hanya ada kau. Tiada siapa yang boleh ganti tempat kau melainkan kau sendiri."

Mika senyum nipis.

"Aku ni hanya jelmaan roh sahaja. Takkan kau nak hidup dengan aku sampai kau mati?"

"Dah kalau itu takdir aku, aku terima. At least nanti kalau aku mati, aku akan jadi roh macam kau. Boleh muncul dimana-mana sahaja dan mengacau orang sesuka hati."

Kali ini, Mika senyum lebih lebar. Tercuit dengan bicara itu.

"Nak sangat eh mati tu."

Seketika, berdiri habis bulu roma Dian. Berbicara soal mati, sememangnya Dian belum bersedia namun dia harus percaya yang mati itu boleh menjemputnya bila-bila sahaja. Dian menyengih.

"Apa pun aku tak nak dengar kau cakap macam tu lagi. Macam nak tinggalkan aku je."

"Yalah yalah."

Kali ini Mika pula rasa serba salah. Itulah, siapa suruh pergi cakap macam tu. Dian mencebik kecewa. Mika harus tahu yang kecewanya orang perempuan ni tak sama dengan lelaki.

Kalau lelaki mungkin la kecewanya sekejap macam Mika tadi. Tak terasa pun. Eh, tapi dia roh je.

Kalau perempuan macam Dian, ambil masa sedikit untuk melayan perasaan kecewa itu. Jenuhlah Mika nak pujuknya nanti.

Dian melangkah laju dan masuk ke dalam bangunan syarikat. Tidak mahu melayan Mika mungkin. Habislah Mika.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

READ YOUR MINDWhere stories live. Discover now