DARAH merah yang pekat mengalir di bahagian lorong almari itu dipandang dengan pandangan yang agak tajam dan teliti. Tidak cukup dengan itu, matanya di alih ke arah bahagian almari pula di mana terdapat sisa-sisa darah yang melekat di situ. Kemudian, mata dialih lagi kearah sofa di sebelahnya. Masih ada darah yang sama melekat di situ.
Ahh... Darah di mana-mana. Keluh hatinya.
Q bangun dari cangkungan. Surgical mask dibuka pada wajah. Dia keluar dari kawasan inspection itu yang mana sebuah rumah teres yang telah berlaku kes bunuh diri awal semalam.
Satu laporan tiba didadanya. Fiqran menala laporan itu kepada Q sambil dia berpeluk tubuh.
Q menerima laporan itu lalu dibelek sekilas lalu.
"Mangsa dah sedar?"
"Dah. Dua jam yang lalu."
"Kenapa tak bagitahu aku?"
"Kau ditugaskan di sini kan? Hal soal jawab dengan mangsa itu sudah ditugaskan untuk aku."
Q memang masih tidak berpuas hati dengan tugasan yang diberikan oleh ketua jabatan pada pagi tadi. Sememangnya dia teringin untuk melakukan tugas Fiqran tetapi dia sedar apa kesannya nanti.
"Aku dah muak dengan segala darah ni semua. Boleh tak kau tolerate sikit dengan Encik Jafri tu untuk ditukarkan tugas kau dengan aku?"
Fiqran ketawa. Agak sinis.
"Kau ni, masih tak serik dengan kejadian dulu eh?"
Q menghela nafas. Apabila dia teringatkan semula peristiwa itu, memang tiada harapanlah Encik Jafri untuk menukar tugas kali ini.
"So, macam mana keadaan dekat dalam?"
"Darah, bau hanyir, as usual."
"Evidence?"
Q hanya menjungkit bahu. Malas menghuraikan kes itu lebih lanjut.
"Come on bro. Be active lah sikit."
"Aku penatlah." Q mencabut glove dan membuang ke dalam plastik sampah hitam di sebelahnya.
Fiqran ketawa lagi.
"Penat dan malas kau tu sebenarnya dah ada semua evidence kan?"
Q menjungkit sebelah kening kiri.
"Dalam kepala otak kau tu. Semua dah ada dekat situ kan? Nanti nak dilontarkan sahaja di hadapan suspek as an evidence."
Fiqran kenal benar dengan Q sepanjang mereka bekerjasama dalam pasukan polis jenayah dan forensik hampir 2 tahun. Walaupun Q asalnya tidak tahu apa-apa ketika penyiasatan tapi tup-tup segala mulutnya boleh mengeluarkan segala butiran bukti kepada suspek. Dan semua yang dilontarkan itu adalah benar.
"Cuma..."
"Cuma?" Fiqran mula berwajah serius.
"Aku tak rasa ni kes percubaan bunuh diri. Apa yang aku perhatikan, banyak kesan darah di segenap ruang dalam rumah tu."
"Tapi ada saksi yang mengaku yang dia cuba nak bunuh diri dengan pisau. Tiada kes pembunuhan."
"Sebab itulah aku nak jumpa dengan mangsa terus. Saksi tak semestinya betul."
"Q... Aku tahu kau boleh baca mind orang. Tapi, tolonglah. Tolong ikut prosedur yang sekarang."
"Prosedur apa? Kau nak tunggu mangsa tu mati baru kau nak cari aku?"
Sinis Q membalas. Ada nada mahu menyindir sebenarnya selepas dia sudah dilarang untuk mendekati mangsa.
"Bro, relax ah. Maybe buat masa sekarang ni, Encik Jafri tak nak berlaku apa-apa dekat mangsa. Mangsa is the key point of this case. Hilang dia, tak ada guna kita jalankan siasatan ni."
Q mengangkat plastik sampah lalu di hulurkan kepada salah seorang ahli polis di kawasan luar rumah mangsa. Dia mendekati Fiqran.
"Then, you should bring me to her."
Fiqran menghela nafas.
"Q..."
"Aku nak kes ni diselesaikan secepat mungkin."
"Aku takut kau akan cederakan mangsa tu."
"Hundred percent, I'm sure yang aku takkan cederakan mangsa."
Fiqran terpaksa mengangguk. Namun lemah sekali dia mahu membenarkan hal itu.
"Mark your word."
"I will." Balas Q dengan riak wajah yang penuh dengan keyakinan.
"Tapi, kau kena pergi dengan aku."
"No problem. So... Apa jawapan mangsa tu?"
Soal Q sambil menyelak semula laporan soal jawab itu.
"Zero."
"Patutlah semua kertas ni kosong." Q sedar dari tadi lagi yang laporan itu hanyalah kertas kosong yang diberikan oleh Fiqran. Tiada satu pun jawapan melainkan soalan sahaja. Q menutup semula laporan itu.
"Mangsa sedar dari koma tapi still, taknak bercakap. Doktor pun cakap tak boleh paksa sangat untuk dia bercakap sebab keadaan dia masih lemah. Masih trauma."
Q mengangguk-angguk kepala.
"Aku rasa kau boleh baca fikiran dia. Apa yang dia sedang fikir sampai jadi trauma."
"Tak semudah tu. At least, she need to talk a word, maybe aku boleh agak apa yang sedang difikirkannya."
"Otak kau ni... Haishh"
Fiqran sudah tidak tahu mahu memberi compliment apa lagi kepada Q.
"Jangan cakap aku ni a monster or mind reader. Bare my word, aku ni a human. Sama macam kau."
Q menghulurkan semula laporan kosong itu kepala Fiqran. Dia menepuk bahu sebelah kanan Fiqran lalu melangkah dari situ.
A mind reader, huh?
Q senyum nipis. Dia tidak menafikan yang dia mampu untuk mengagak fikiran manusia. Satu anugerah yang tidak ada pada orang lain.
Tapi, dia bukan ahli nujum. Mustahil untuk dia betul-betul membaca fikiran orang dengan tepat. Boleh jadi apa yang dia sedang baca adalah salah kerana pernah terjadi pada satu kes jenayah suatu ketika dahulu.
Nonsense!
Ya, itu yang dia selalu dengar dari mulut orang apabila dia beberapa kali berjaya selesaikan kes berat. Segala bukti yang dibicaranya adalah benar dan logik. Malah, Q pernah dijadikan salah seorang daripada pembicara utama dalam mahkamah.
Q berhenti pada sebelah bench yang terletak di sisi jalan masuk ke rumah teres itu. Tidak jauh, dia berpusing lalu merenung ke arah rumah mangsa. Dekat situ, masih ada beberapa orang polis penyiasat yang sedang melakukan kerja termasuk Fiqran.
Pandangannya tajam seolah-olah dapat menembusi ke dalam rumah mangsa itu. Otak ligat mencari sesuatu. Apa lagi kalau bukan bukti.
'I will dig it, until the end!'
YOU ARE READING
READ YOUR MIND
Mystery / ThrillerQ - Dia bukan raksasa. Bukan alien. Bukan juga dewa. Jauh sekali mutant. Dia hanya seorang manusia biasa yang memiliki kekuatan dan kelemahan. Dan kekuatannya adalah mampu membaca fikiran manusia. Dan kelemahannya pula? Dian - Dia adalah misteri ba...