✒ 2

16 1 0
                                    

"SUDAH empat kali kau ponteng kerja. Kau ingat syarikat ni bapak kau punya? Sesuka hati nak ponteng dan datang lambat?"

Dian sekadar sengih. Telinga menadah lebar mendengar bebelan itu.

"Maafkan saya bos. Saya janji nanti saya dah tak datang lambat dan ponteng kerja sesuka hati lagi."

Ayat biasa yang digunakannya sebagai penyelamat. Biasanya selepas dia meminta maaf, bos akan membenarkannya masuk ke dalam pejabat.

"Saya masuk dulu ya."

"Ehh kejap! Siapa suruh kau masuk?"

"Er... Kan saya dah minta maaf tadi?"

"Kali ni, aku dah tak terima maaf kau. Sekarang ni, aku bagi masa lima minit untuk kau masuk ke dalam."

"Lima minit? Bukan ke kerja selalu habis petang nanti? Sekejap sangat tu kerja." Dian melihat jam di pergelangan tangan untuk sekilas.

"Memang sekejap tapi hanya untuk kau. Kau pergi masuk, kemas semua barang-barang kau kat office tu dan blah dari sini!"

Serentak itu, bulat mata Dian dibuatnya.

"Eh, bos! Apa ni? Main halau-halau." Dian sempat menghalang laluan bos yang ingin masuk ke dalam syarikatnya itu.

"Aku dah tak boleh terima alasan dan maaf kau lagi. Dah banyak projek tergendala disebabkan ketidakhadiran kau di syarikat ni. Jadi, aku nak kau undur diri dan cari syarikat yang boleh terima perangai kau yang satu ni."

Dian sudah mati kutu. Kalau dia dipecat, dimana lagi dia mahu mencari kerja. Tapi sayang, syarikat inilah satu-satunya syarikat yang mampu menampung hidupnya selama ini.

"Tolong bagi saya satu lagi peluang? Saya janji saya akan sentiasa datang kerja tepat pada waktunya. Kalau bos nak saya settlekan banyak projek pun tak apa. Tolong lah bos, jangan pecat saya." Merayu Dian bersungguh-sungguh.

Bos ini pun satu, sejak bila pula lah boleh bertegas seperti ni. Mesti ada mulut-mulut yang suka membawang mengenainya.

"Maafkan aku, Dian. Telinga aku ni dah naik nanah dah lepas dengar staf-staf lain duk bercakap pasal kau. Jadi, lebih baik kau pergi dari syarikat ni dan cari kerja lain. Aku tak nak syarikat aku ni rugi disebabkan kau."

Bos atau Encik Hanif yang umurnya sudah lebih 4 dekad itu sebenarnya sudah lama back up Dian di syarikatnya itu. Dia tahu semua kebolehan Dian yang boleh memberi untung kepada syarikatnya terutama dalam perniagaan sebuah pusat beli-belah yang terkemuka di kota raya itu. Alih-alih, begini pula jadinya.

"Bos... saya tak pernah buat syarikat bos rugi sepanjang empat tahun saya bekerja di sini. Dan bos tahu itu kan? Takkan bos senang-senang nak pecat saya macam tu je?"

Dan itu adalah kenyataannya. Encik Hanif menghela nafas. Betul yang dikatakan Dian itu. Syarikatnya tak pernah rugi saat kewujudan Dian sejak empat tahun lepas. Walaupun Dian suka datang lambat, sungguh syarikatnya tak pernah rugi. Tang mana datangnya alasan yang akan rugi tu?

Encik Hanif berkira-kira lagi.

"Kau ni kan, eiii... selalu buat aku naik darah tahu."

Dian sengih.

"Lima minit lagi..."

"Bos, tolonglah jangan pecat saya. Kat mana lagi saya mahu cari makan selain syarikat kesayangan saya ni?" Dian memotong cakap bosnya sambil merayu lagi.

"Hish dengar dulu! Lima minit lagi, aku nak kau pergi jumpa dengan klien baru kita iaitu Dato' Munif di kafe mall kita. Aku bagi kau lima minit untuk prepare. Gagal untuk meeting kali ini, aku dah takkan tolerate dengan kau."

Bulat mata Dian. Seronoknya bukan kepalang selepas mendengar arahan itu.

"Betul ke ni bos?"

Encik Hanif tidak jadi melangkah masuk. Geram pula dia dengan si Dian ni.

"Lima minit aje, Dian."

"Okk... baik bos!"

Lantas Dian melangkah lebih laju dari Encik Hanif dan segera menuju ke lif. Tidak sempat Encik Hanif mengejar lif itu, pintu lif sudah ditutup. Bertambah rasa naik darahnya apabila Dian tidak menekan butang buka pintu lif itu untuknya.

"Haish, budak ni! Pantang diberi peluang sikit."

Geleng kepala Encik Hanif dibuatnya. Namun, dia boleh menghela nafas lega apabila Dian sudi menerima tugasan untuk bertemu dengan klien barunya. Dengar cerita, Dato' Munif tu cerewet orangnya. Harap Dian dapat bermain katalah dengan Dato' Munif agar bersetuju untuk melabur sedikit sebanyak dalam perniagaannya.

DIAN menyusun segala fail dokumen dan buku nota di atas meja kerjanya dengan perasaan yang begitu senang hati. Suka kerana nasibnya hari ini masih baik. Kalau ikutkan, setiap hari nasibnya akan berubah malang kerana setiap hari itu jugalah Encik Hanif kerap membebel dan mengugutnya untuk diberhentikan kerja. Kerana dia selalu lambat datang kerja dan kerap kali jugala dia terpaksa ponteng tugasan. Semuanya salah siapa?

Semuanya salah dia ni!

"Baik lagi eh nasib kau hari ni."

Mika tiba-tiba muncul di sebelah kanan Dian. Dia sengih-sengih sambil menutup mulutnya dengan telapak tangan kanan. Suka lah tu bila tengok nasib malangnya setiap hari.

Senyuman Dian semakin lama semakin merudum. Melihat Mika yang suka muncul dan asyik gelakkannya sungguh membuatkan harinya makin menggelap.

"Semuanya salah kau tahu tak." Dian bercakap separa berbisik tanpa memandang ke arah Mika. Dia perlu membuat riak wajah natural agak pekerja lain di situ tidak menyangka yang dia sedang bercakap seorang diri.

"Eh, kenapa salah aku pula?"

"Sebab kau selalu minta aku untuk tolong kawan-kawan hantu kau tulah, aku selalu lambat datang kerja. Kau seronoklah ye tengok aku hampir dibuang tadi?"

Mika tersengih-sengih lagi.

"Ala... Dah kau aje yang boleh nampak aku. Kau pernah katakan, yang tolong orang ni akan dapat pahala lebih di akhirat nanti. Jadi, kau dapatlah pahala tu sebab tolong kawan-kawan aku."

Segala fail itu didakap ke dada. Dian berpaling seolah-olah mahu keluar dari ruangan pejabat itu namun sebenarnya dia sedang menghadap Mika.

"Kecik besar kecik besar aje aku tengok kau ni." Balasnya sedikit geram. Ada aje ayat penyelamat diri bagi Mika itu.

Seketika, Dian melangkah keluar. Dia tidak melepasi badan Mika walaupun sebenarnya Mika itu adalah hantu dan boleh muncul di mana-mana dan bila-bila masa sahaja tetapi Dian tetap hormat Mika. Dia sudah lama kenal Mika sejak dia kehilangan kedua-dua orang tuanya dahulu. Kalau diingat balik, sudah 20 tahun yang lalu. Jadi, kewujudan Mika sudah lama dan dia dikenali dirinya sebagai hantu.

20 tahun dahulu, sungguh membuatkan Mika begitu mengenali sifat luaran dan dalaman Dian. Dia tahu Dian juga seperti manusia lain. Dian begitu takut ketika dia pertama kali memperkenalkan dirinya sebagai hantu. Ditambah lagi sebagai penjaga Dian pula. Semua itu berlaku selepas ibu bapa Dian dipercayai telah kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Tinggal Dian seorang yang menangis hiba tanpa diangkat oleh orang lain sebagai anak angkat.

Tambahan pula, Mika ada tujuan kenapa dia mahu menjadi penjaga kepada Dian sedangkan dia hanyalah seorang hantu. Kerana Dian lain daripada yang lain. Dian memiliki kemampuan untuk melihat entiti atau makhluk halus sepertinya. Mungkin kerana kelebihan yang dimiliki oleh Dian itu juga, Dian tidak banyak kawan.

Mika melihat sahaja langkah Dian keluar bangunan syarikat itu. Walaupun memang benar salahnya dek Dian hampir dibuang kerja, tetapi dia kagum dengan Dian. Kagum kerana Dian masih sudi mahu menolongnya.



READ YOUR MINDWhere stories live. Discover now