✒ 3

12 1 0
                                    

Q masuk ke balai. Kehadirannya di dalam balai itu disambut oleh Encik Jafri, ketua Jabatan Jenayah dan Forensik. Raut wajah lelaki yang berusia dalam linkungan 40-an begitu tegang dan serius. Tidak pernah-pernah beliau datang terus kepadanya.

"Macam mana inspection di rumah mangsa?"

Q sudah agak apa yang bakal ditanya oleh Encik Jafri. Dari riak wajah lagi, Q sudah boleh baca.

"Tak banyak bukti yang menunjukkan mangsa ada cubaan untuk dibunuh. Saya jumpa pisau tapi cap jarinya adalah milik mangsa. Pihak makmal dah sahkan pagi tadi."

Encik Jafri mengangguk-angguk. Dia berfikir sejenak.

Q merenung riak wajah Encik Jafri. Mahu mencari apa yang beliau cuba fikirkan.

"Tapi... Fiqran ada bagitahu yang saksi dengar ada perbualan antara mangsa dan suspek."

"Saksi tak semestinya betul, tuan. We need to hear from a victim. Hanya mangsa yang tahu apa yang berlaku pada malam tu."

"I guess you nak minta kebenaran untuk berjumpa dengan mangsa?"

Q diam. Dia begitu nengharapkan yang Encik Jafri membenarkannya untuk bertemu dengan mangsa sendiri. Tapi, apa yang dia boleh baca pada fikiran beliau, jawapannya amat mustahil lagi.

"Kes kali ni, saya tak nak berlaku apa-apa kepada mangsa. Your past adalah denda terhadap apa yang you dah buat selama ini. Sekali saya dapat tahu yang you pergi jumpa mangsa, you'll be no longer working here. Remember my words."

Encik Jafri menepuk bahu kanan Q sebelum beliau berpaling dan melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Q menghela nafas untuk kesekian kali. Entah apa lagi yang dia boleh buat untuk Encik Jafri percayakannya lagi.

Lengannya tiba-tiba dicuit seseorang. ASP Khair menghulurkan segelas kopi panas kepadanya. Tahu-tahu sahaja yang sekarang dia sedang dahaga.

"Thanks."

Balas Q sambil menerima huluran itu. Dia dan ASP Khair serentak menuju ke arah tempat duduk meja kerja mereka. Meja mereka hanyalah bertentangan tapi tidak saling bersua muka.

Mereka masing-masing berpusing dengan kerusi kerja yang boleh berpusing 360 darjah itu dan menghadap antara satu sama lain.

Q menghirup kopi panas.

"Fiqran mana?"

"Masih dekat tempat inspection."

"Bro, aku dengar apa yang Tuan Jafri cakap tadi."

"So, kau pun setuju apa yang lelaki tua tu buat keputusan tentang aku?"

ASP Khair menggigit bawah bibir. Jelas benar apa yang Q cakapkan itu.

"Aku bukan apa, dah dua kali kau cederakan mangsa dengan tindakan agresif kau yang tiba-tiba tu. Pertama..."

"Wait."

Q meletakkan cawan di atas meja. Dia membetulkan duduknya sebelum meneruskan bicara dengan rakan sekerjanya.

"Biar aku sambung apa yang kau nak cakap. Pertama, aku pernah cederakan seorang suspek di dalam bilik soal jawab. Apa yang aku buat? Aku tumbuk dia bertubi-tubi sebab dia tak nak mengaku yang dia betul-betul membunuh maknya sendiri. Aku tumbuk dia sampai koma.

Kedua, aku pernah cederakan mangsa yang kononnya mahu menutup kesalahan si pembunuh tu. Aku buat apa? Aku cekik leher dia separuh mati sampai dia betul-betul mengaku yang abangnya sendiri adalah pembunuh kepada kawannya."

ASP Khair menelan air liur. Semua yang diperkatakan oleh Q itu ada di dalam benaknya yang dia seharusnya perlu lontarkan kepada Q. Alih-alih, Q tahu apa yang dia mahu lontarkan.

READ YOUR MINDWhere stories live. Discover now