Bab 4

543 6 0
                                    

Masuk hari ketiga, kereta Nurhana akhirnya siap dibaiki. Seorang mekanik menghantar keretanya terus ke rumah bersama seorang rakan yang menunggang motosikal.

Walaupun pertama kali bertemu, pemuda yang menggelar dirinya sebagai Alex itu amat peramah dan suka bergurau. Mungkin taktik perniagaan, fikir Nurhana.

"You girlfriend Nik kan? Nik punya pasal, I bagi you harga diskaun. Nanti jangan lupa beritahu Nik, tau!" Sempat Alex mengingatkan.

Nurhana hanya senyum tanpa sebarang kata. Tidak dia mengiyakan atau menafikan. Lebih-lebih lagi bila harga yang ditawarkan Alex kepadanya memang murah.

"Terima kasih, Alex," ucap Nurhana selepas selesai membayar. Wang berganti tangan. Alex menyerahkan resit kepadanya.

"Sama-sama kasih," balas Alex, berseloroh sebelum tergelak sendiri.

Nurhana tertawa sama. Terus dia teringat akan Haznik. Nampak sangat dua orang lelaki itu berkawan baik. Perangai pun dua kali lima sahaja!

"Lain kali kalau kereta jadi apa-apa hal, you mesti call I ya? I akan datang dalam sekelip mata," Alex membuat isyarat telefon dengan tangan lalu dirapatkan ke telinganya.

"No problem." Nurhana membalas, senang.

Selesai segala urusan pembayaran, Alex meninggalkan rumahnya dengan menaiki motor rakan yang mengikutinya tadi. Nurhana terus menutup pintu pagar dan masuk ke dalam rumah.

Pagi itu, rumahnya sunyi sepi sahaja. Kedua ibu bapanya tiada di rumah. bekerja dan hanya akan pulang petang nanti selepas habis bekerja. Ibunya pula keluar untuk berjumpa kawan lamanya. Eratkan silaturahim katanya!

Langkah Nurhana diatur terus ke dalam bilik. Dihempaskan tubuh ke atas katil. Baru beberapa hari berada di tanah air, dia sudah dihimpit rasa bosan. Perlukah dia mencari kerja? Atau kembali semula ke Sydney setelah menyudahkan urusan dengan abangnya?

Nurhana berpaling ke arah sisi, memandang meja kecil di tepi katil. Pandangannya jatuh ke arah kad nama yang diletak elok di tepi bekas kristal berisi barang kemasnya. Terbayang-bayang wajah Haznik. Perlukah dia memberitahu lelaki itu bahawa keretanya sudah siap dibaiki?

Segera dia mencapai telefon bimbitnya. Jari-jemarinya bermain-main di atas skrin telefon bimbitnya. Kemudian matanya terarah pada cincin yang tersarung di jari manisnya. Mindanya melayang mengenangkan kata-kata Haznik tempoh hari.

"Awak mungkin tak nak dengar cakap-cakap daripada orang yang baru awak kenal macam saya. Tapi awak tak rasakah dua tahun adalah tempoh yang terlalu lama?"

Ya, memang lama... Perlahan-lahan Nurhana menanggalkan cincin tersebut. Terasa janggal bila tiada apa membelenggu jarinya. Lama dia merenung cincin tersebut sebelum diletakkan ke dalam laci.

***

Nurhana bergegas keluar dari bilik bila terlihat sebuah BMW hitam masuk ke perkarangan rumah dari jendela. Anak tangga dituruni satu persatu sepantas mungkin.

Sebaik tiba di tingkat bawah, pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang sedang duduk di atas sofa. Lelaki itu selamba mencapai alat kawalan jauh dan menghidupkan televisyen. Ruang yang sunyi mulai dipenuhi riuh gelak tawa rancangan hiburan dari Korea.

Nurhana berjalan tenang ke ruang tamu. Dia duduk di sofa bertentangan. Direnung tajam wajah lelaki di hadapannya itu.

Selepas dua tahun, wajah lelaki itu masih tidak berubah. Cuma ada sedikit garis kematangan di hujung pelipat mata. Rambut pula nampak lebih pendek berbanding kali terakhir dia lihat dua tahun lalu.

"Sampai bila Na nak tenung abang?" soal Nasrul, selamba. Sedikitpun tidak rasa gentar dengan tenungan adiknya itu.

Suasana di antara mereka berdua penuh tegang. Sejak tiba, Nurhana tidak bercakap walau sepatah pun. Dirinya ditenung seakan ingin ditelan hidup-hidup.

Demi RindumuWhere stories live. Discover now