Part 2 - 9AM

3 0 0
                                    


Arghhh, malang betul aku hari ini. Reza mengurut ibu jari kakinya. Sudahlah 3 hari tak berhenti menunggu plant shutdown, pastu bila boleh balik kereta pulak tak boleh start. Tak pasal-pasal kena naik LRT dan tak pasal-pasal kena pijak dengan perempuan gila pulak.

"Bro, baru balik ker?" tegur Opie teman serumahnya. Reza mengangguk lemah.

"Apesal tu?" Opie menjuih bibirnya ke kaki kiriku. "Tak de pape la. Ko tak keje ke?" saja aku menukar topik, malas nk cerita.

"Keje. Kul 11, Abeng xde. Dia pergi off-shore dua bulan" sengih Opie sambil meneguk air oren Marigold straight dari kotak.

"Untungla" sinis aku memahami perangai Opie yang curi tulang. Eh, bukan curi tulang, Opportunist katanya. Bukan tidak melakukan kerja, kadang-kadang sampai lewat malam baru pulang ke rumah. Menggantikan waktu yang dibuang, takut tidak halal gajinya.

Aku dah berkawan dengan Opie ni sejak belajar di UTP lagi. Selain daripada kami, Adi dan Wahab juga rakan serumah ini telah berkawan sejak 9 tahun dulu. Alhamdulillah, dapat kerja pun dekat KL juga. Bak kata Opie, bau kentut pun kitorang boleh kenal. Hujung bulan ini Adi akan melangsungkan perkahwinan mengikut jejak langkah kawan-kawan kami yang lain. Maka, rumah ini akan bertambah sunyi.

"OK tak keje shift wei?" tanya Opie sambil melontar badannya yang kurus kering tu disebelah aku. Air kotak oren itu dihulurkan ke muka ku.

"Penat gila. Orang tidur, kau kena kerja. Orang kerja, kau kena kerja jugak" menghirup air oren bekas Opie sambil merungut.

"Itulah kau. Exxon offer masyuk kau tak nak. Loyal konon, puii" perlinya lagi. Aku hanya mampu mengangkat bahu. Sejak harga petroleum jatuh, banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan kos. Ada kawan-kawan seangkatan kami yang diberhentikan atau di'nasihat'kan untuk berhenti kerana projek mereka diberhentikan. Tetapi ada yang bernasib baik, hanya ditukarkan pejabat sahaja contohnya aku. Opie mengangkat punggung menuju ke bilik air.

"Shift kau pukul 7 kan? Pinjam kete? Aku nak dating ngan Ain balik kang" Ngomel Opie. Ain pulak, bila la kawan aku ni nak berubah.

"Kete aku kat KLCC. Tak boleh start tadi" Aku baling kunci kereta Vios ku ke arah Opie. Tangkas tangannya menangkap sambil tersengih.

"Oret boss" tanpa perlu dibicarakan, aku tahu Opie akan baiki kereta aku itu. Opie memang hebat dalam membaiki kereta, minatnya mendalami enjin kereta sejak universiti. Kalau beri pada aku, nak buka boot kereta pun aku malas. Aku melangkah masuk ke bilik ku. Mengantuk yang ditahan dari tadi tak kepalang.

"Lagi satu, Sara tepon aku. Dia cari kau kat opis cam orang gila" jerit Opie dari luar bilik. Cukup lah, satu je orang gila aku jumpa hari ini. Reza memicit pilisnya memikirkan peristiwa pagi tadi.

* * *

Matanya betul-betul berat untuk dibuka bila bahunya disentuh. Rasa bengang tidurnya diganggu. Diperhatikan wanita bertudung dihadapannya atas bawah. Nasib baik cantik.

"Pregnant ke?" tanyaku. Tengok kaki, kasut high heels warna merah, matching ngan kemeja satinnya. Checked, not pregnant! Pregnant tak pakai heels tinggi camtu. Aku kembali sambung lenaku tanpa menanti jawapannya. Tak sampai seminit, kaki aku perit menanggung kepedihan. Terus matanya terjaga, kerana tindakan refleks badannya yang panjang, kepalanya terhantuk di besi pemegang.

Baru dia perasan ada wanita yang sarat mengandung mengambil tempat duduk. Rasa malu menebal dimuka tambahan lagi apabila wanita yang mengandung tersebut meminta maaf kerana berasa kurang sihat. Bila stesen seterusnya berhenti, cepat-cepat dia keluar dan sempat memandang sekilas pada wanita high heels merah itu.

9AM 6PMWhere stories live. Discover now