Part 5 - 6PM

6 0 0
                                    


R. Pinjam kete. Aku nak hantar Ain.

Whasapp mesej dari Opie.

Ko kat mane?

Replied! Lama gak si Ain ni dengan Opie. Pecah rekod 3 bulan lebih rasanya. Biasa Opie ni maksima date 2 bulan jer. 2 minggu mengayat, sebulan dating, 2 minggu buat perangai untuk putus. Dan situasinya sama jer, kitorang kena tahu dia keluar dengan siapa supaya tak salah sebut bila disoal siasat dengan awek-awek baru atau lama.

Chili's.

Tak ada penjelasan diperlukan. Aku la tu yang nak kena hantar kunci ni. Kepalaku mendongak mencari budak intern yang belum balik untuk suruh hantar kunci. Haih, awal benar balik semua orang. Tahu lah hari ni Jumaat. Aku mengemas meja, document-document di screen komputer di simpan dan log off. Kotak kasut di bawah meja dipandang sekali lalu. Terdetik rasa rindu.

"Lama betul kita tak jumpa kan?" ice lemon tea dihirup perlahan. Senyum Ain tak lekang di bibir.

"Berapa ye, 4 tahun? Ain cakap nak belanja makan bila dapat kerja. Lama abang Opie tunggu" Nachos di kunyah garing. Raut muka manis dihadapannya dipandang lembut.

"Boleh abang tanya? Bila Ain start pakai tudung ni? Manis je abang tengok" puji Opie mengayat. Status bujang nya dah 2 minggu kekosongan sejak Ain Zulaika. Kebetulan dia jumpa Ainul pula. Boleh la ni.

"Lepas intern haritu. Alhamdulillah dah sampai masa." ucap Ain malu-malu. Abang senior a.k.a major crush masa dia buat latihan industri dulu. Tak sangka abang Opie masih kenal dia di instagram. Dari situ lah mereka berhubung untuk bertemu hari ini.

"Dah sampai masa? Ain dah kahwin ker? Nanti ada orang marah pulak kita keluar berdua ni" pancing Opie lagi. Pengalaman mengajar dia untuk siasat latar belakang sebelum declare apa-apa. Karang tak pasal-pasal lebam biji mata.

"Ish, mana ade abang ni. Dah sampai masa untuk Ain berhijrah la. Menyesal tak berubah awal-awal dulu" terang Ain jujur. Opie mengangguk suka, bermakna.

"Hai" hampir sahaja aku berlalu pergi selepas memberi kunci kereta kepada Opie. Kalau tak kerana lampu restauran Chili's yang malap ni menyukarkan pandangan, pasti dia dapat cam wanita yang mencuri tidur lenanya sejak 2 bulan lepas. Aku memberikan senyuman paling manis kepada wanita yang hampir tersedak melihat aku di situ. Tanpa disuruh, aku terus mengambil tempat disebelah Opie. Opie terpaksa mengesot ke dalam supaya aku dapat bertentang mata dengan si pemilik kasut merah.

"Siapa ni Opie? Kau tak nak kenalkan aku ke?" ucapku sambil menyiku Opie. Mataku masih tak lepas pandangan dari raut wajah wanita bertudung litup ini.

"Oh, kenalkan ini housemate abang, Reza Muhammad" Opie kelihatan serba salah bila aku menganggu date mereka. Bro's rules, no snitching. Tapi aku yang kenal dia dulu, so rules overruled.

"Reza, ni junior intern aku dulu Ainul Mardhiah, panggil Ain je" terang Opie sambil tersengih.

"Ainul Mardhiah. Cantik, macam bidadari syurga" ucapku perlahan sambil menghulurkan tangan. Tapi cepat Opie menepis tanganku dari disambut Ain. Aku mengalih pandanganku ke Opie yang menggeleng. Bukan aku tak sensitive, tapi kalau nak diikutkan minah ni dah harass aku lebih dari jabat tangan. Kaki aku, jari aku, bahu, lengan, muka, tangan, pinggang - ok, pinggang Ain punya. Aku yang harass. Aku perasan muka Ain merah padam bertentang mata denganku.

9AM 6PMWhere stories live. Discover now