Part 4 - 9AM

4 0 0
                                    


Dah sebulan dia berulang-alik naik LRT mencari pemilik kasut merah tumit tinggi ini. Tapi sekali pun tak jumpa. Dia dah cuba berhenti sampai ke Terminal Gombak, walaupun perhentian sebenarnya ialah Wangsa Maju sahaja. Tapi masih tak berbuah hasil. 

Reza tersengih-sengih memandang kotak kasut di atas meja nya. Rasa dendamnya terbalas melihat wanita itu berkaki ayam di platform tempoh hari. Suka hati dia je, pijak kaki aku. Lepas tu dia tuduh aku pervert pulak. Padan muka!

"Amboi, suka nampak?" tegur Adi terjegul dari penghadang biru depan meja ku. Cepat-cepat kotak kasut itu ku tutup dan sorok di bawah meja.

"Hoi, terkejut aku! Cuba lah bagi salam ke apa. Kalau aku ada kencing manis, mahu heart attack mati sini" gurau ku menyorok rasa malu.

"Amenda tuh? Sara punya ke?" tanya Adi version Mat Kepoh.

"Apa hal Sara pulak? Dia tak ade kena mengena dengan hidup aku" jawabku menyampah setiap kali nama itu disebut.

"Dia ex engkau! Layan jela. And FYI, she's ruining my life right now" marah Adi menarik kerusi Lee San, penghuni meja sebelah aku. Aku menarik kening kiri tanda kurang faham.

"Kau tahu kan, Alia ngan Sara tu BFFFFF. Setiap hari aku balik dia membebel pasal Sara, pasal kau" Adi rapat ke meja ku lagi.

"Alia pospone honeymoon kitorang sebab Sara need her by her sides. WTH? I need her in my bed..." bicara Adi perlahan part yang belakang tu. Takut orang lain dengar. Aku ketawa terbahak-bahak.

"Not my problem. Aku dah cut clean dengan dia. Dia yang tak faham" rajukku.

Bukannya diorang tak tahu cerita aku dan Sara ni. Sepanjang 4 tahun di universiti dulu kami bercinta. Selepas ijazah aku pegi Miri dan dia dapat KLCC. Sejak bekerja hubungan kami semakin jauh, aku ingatkan sebab jarak yang memisahkan tapi hati Sara yang menjauh. Ramai yang menghantar berita kepadaku, bahawa Sara bercinta dengan warga asing. Padanlah setiap kali aku bangkitkan hal masuk meminang dia mengelak sahaja. Bila projek aku ditutup di Sarawak, cepat-cepat aku mohon untuk pindah ke KL. Walaupun terpaksa menganggur 3 bulan untuk tunggu kekosongan di KL, aku tetap menolak tawaran Exxon untuk bekerja di Dubai, Masa itu, aku menolak dengan harapan nak mendirikan rumah tangga dengan Sara. Tapi sayang Sara menolaknya mentah-mentah kerana Alex – Project Manager yang dihantar dari pejabat Washington. Sekarang bila Alex dah balik ke negara dia, baru lah terhegeh-hegeh cari aku. Aku tak jilat ludah aku balik la.

"Hati aku dah hancur, Adi. Time aku paling susah, paling aku perlukan dia, dia tinggalkan aku. Sekarang, dah terlambat untuk dia kutip aku" ujarku sedih.

"Sorry bro" Adi menepuk bahuku perlahan, seolah-olah memahamiku.

"Itu pasal sekarang kau kutip kasut orang?" gurau Adi cepat-cepat mengangkat punggung lari.

"S***" maki ku melihat Adi terkekek-kekek lari.

9AM 6PMWhere stories live. Discover now