Monday Blues! Hari ini saja 4 meeting aku kena attend. Dah la office jauh-jauh. Memang diorang ni tunggu hari Isnin ke nak seksa aku. Penat bukan kepalang, kaki nya sudah lenguh berdiri dari Stesen Kelana Jaya tadi. Di perhatikan signboard stesen, ade 5 perhentian lagi. Perlahan-lahan Ain membuka kasut high heels merahnya. Lega rasa bila tapak kakinya dapat berdiri rata. Rasa memang tak ada orang nampak, memandangkan gerabak ini sesak dari tadi. Masing-masing rapat mencari tiang untuk memegang. Kalau kaki aku berbau pun, tak dapat atasi bau tengik manusia yang balik kerja ni.
"Stesen seterusnya, Wangsa Maju, Wangsa Maju" bila suara automatik itu membuat pengumuman, cepat-cepat aku menyarungkan heels aku balik. Stesen Wangsa Maju ramai orang keluar, nanti kantoi pulak aku bukak kasut. Belum sempat dia menyarungkan kasut, pintu keretapi sudah terbuka dan manusia berpusu-pusu meluru keluar. Beberapa orang dari belakang ku berasak, dan menyebabkan tanganku terlepas dari genggaman tiang.
Beberapa saat, aku membayangkan aku tersungkur dikhalayak ramai. Long dress yang aku pakai hari ini akan terkoyak sebab area lemak tambahan yang aku kumpul 2 3 tahun ini ketat walaupun aku berjaya tutup dengan sut hitam. Malunya! Mataku dipejam rapat.
Eh? Kepalaku masih di atas dan kakiku dibawah walaupun tak stabil dari hasil gelincir tadi. Tangan aku dua-dua kat muka, jadi tangan siapa kat pinggang aku ni. Mataku menangkap tangan asing yang merangkul aku dari belakang. Lantas aku berdiri tegak dan memusing ke belakang.
"Awak?" aku hampir menjerit melihat riak wajah yang aku kenali itu.
"Hai" mamat itu tersenyum melihat aku, macam tak jumpa setahun. Tangannya masih mengelilingi pinggang aku. Cepat-cepat tanganku menepis bahu, lengan dan mukanya. Terkejut dengan reaksiku, lelaki itu berundur setapak. Dadaku berombak kencang, tak tahu sebab marah atau sebab badan kami yang melekap tadi.
"Apa.. apa yang awak buat ha? Raba-raba. Mengambil kesempatan ye, pervert!" tuduhku menunding jari. Beberapa orang di dalam gerabak melihat kami dan berbisik sesama mereka.
"Mana ada. Saya hanya membantu bagi yang memerlukan" jawab lelaki tersebut memulang paku buah keras. Keningku berkerut, macam pernah dengar ayat tu. Mataku menangkap matanya di perut aku.
"I'm not pregnant!" Aku menutup perutku dengan kedua belah tangan. Marah! Baru dia teringat insiden seminggu lepas. Lelaki ini lah yang tanya aku pregnant ke.
Telingaku menangkap pengumuman stesen terakhir, Terminal Gombak. Cepat-cepat aku keluar dan menyangka lelaki itu akan turut keluar, jadi kami boleh selesaikan perselisihan faham ini. Bila aku toleh, lelaki itu masih di dalam gerabak. Aku memberi signal untuk dia keluar tapi lelaki itu menunduk mengutip sesuatu di lantai. Bila pintu keretapi hampir tutup, aku lihat lelaki tersebut memegang kasut merahku sambil tersenyum. Belum sempat aku menahan, keretapi sudah berpatah balik ke Stesen Taman Melati bersama Encik Salah Faham dan kasut Carlo Rino aku.

YOU ARE READING
9AM 6PM
RomanceYoung hot-blooded worker unexpectedly met at train and fall-in-love.