Ex-BF Isteriku Part 1
Aku mengajak kawan isteriku tidur saja di rumahku. Dia dan isteriku baru saja sampai dari Langkawi menghadiri seminar sehari. Sebenarnya Nizam ni adalah Ex isteriku. Dulu mereka pernah bercinta selama 7 tahun semenjak dari tingkatan 3 lagi. Aku dapat tahu tentang hubungan Nizam dan isteriku daripada adik iparku sendiri apabila aku menemui beberapa surat cinta yang sudah berdebu di atas almari pakaian rumah mertuaku. Dari apa yang diceritakan oleh adik iparku itu, mereka ni berpisah bila Nizam ni ditunangkan dengan perempuan pilihan orang tuanya. Tapi setelah aku bernikah dengan isteriku, Nizam memutuskan pertunangannya dengan perempuan itu. Aku pun tak tahu kenapa dan Nizam tak kahwin lagi hingga sekarang. Selepas kami berkahwin, aku telah membawa isteriku ke Sarawak sebab aku ditugaskan disana dan isteriku yang bekerja sebagai seorang guru juga memohon untuk ditukarkan ke Sarawak. Selepas 5 tahun di Sarawak, kami pulang semula ke semenanjung dan aku ditempatkan di Kedah, malangnya isteriku hanya dapat ditempatkan di sebuah sekolah di Perak. Jadi terpaksalah kami tinggal berasingan, aku di Alor Setar dan isteriku di Parit Buntar.
Isteriku berjumpa kembali dengan Ex-nya semasa menghadiri seminar selama sehari di Langkawi. Semasa aku menjemput isteriku itu di Kuala Perlis, isteriku memperkenalkan Nizam pada aku. Aku dapat mengecam wajah Nizam daripada gambar yang ada dalam salah satu sampul surat di atas almari itu. Tetapi aku tidak memikirkan apa-apa perkara negatif pun tentang mereka. Yalah, perkara yang sudah lama berlalu. Tidak menjadi satu kesalahan pun kalau mereka masih nak berkawan. Disebabkan hari dah malam ketika itu, aku meminta Nizam mengikut kami pulang ke rumah dan bermalam saja di rumah kami. Nizam menyambut baik cadanganku. Selepas makan malam, kami berdua duduk bersembang di ruang tamu sambil berbual-bual tentang diri masing-masing. Aku bertanya pada Nizam kenapa tak kahwin-kahwin lagi, dia kata belum ada jodoh lagi. Lagi pun dia belum jumpa perempuan yang sesuai. Nizam dan isteriku sebaya berumur 31 tahun manakala aku 39 tahun. Walau pun kami dah kahwin selama 6 tahun, tapi kami belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Lebih kurang pukul 12 malam, mata aku mula mengantuk. Aku lihat Nizam belum mengantuk lagi dan aku pun meminta maaf pada Nizam dan menyatakan bahawa aku perlu masuk tidur dulu. Isteriku masih lagi berbual dengan Nizam semasa aku masuk ke bilik. Aku membaringkan tubuhku di atas katil tapi mataku susah untuk lelap walaupun aku betul-betul mengantuk ketika itu. Tak lama selepas itu isteriku masuk ke dalam bilik, menyedari kehadirannya, aku pura-pura tidur, aku sendiri tidak tahu kenapa aku berbuat begitu. Tetapi ternyata tindakan itu bakal merubah kehidupanku. Melihat aku yang sudah tidur, isteriku memberi satu ciuman di pipiku lalu keluar semula.Isteriku Nur kelihatan bergerak keluar dari bilik perlahan-lahan sambil menutup daun pintu bilik kami. Ahhh... aku sangkakan yang isteriku ingin tidur sama rupanya sangkaan ku meleset. Mungkin dia ingin memastikan bilik tamu rumah kami dalam keadaan yang teratur dan bersih untuk Nizam fikirku. Aku cuba memejamkan mataku semula, tetapi gagal. Tidurku nampaknya terganggu. Aku memerhati jam loceng di meja. Pukul 12.15 pagi. Aku cuba pejam mata lagi, memaksa diriku untuk tidur namun masih gagal. Entah kenapa, hatiku berdebar-debar. Aku pandang jam lagi, pukul 12.30 pagi.
"Mana pi Nur ni? Takkan lama sangat pergi check bilik?" Getusku dalam hati. Aku mula syak yang bukan-bukan.
Aku bangkit dari katil dan keluar dari bilikku. Perlahan-lahan kerana aku tak mahu isteriku dan Nizam menyedari, aku ingin mengintip apa yang dilakukan oleh mereka. Aku pun melangkah perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Kelihatan isteriku sedang duduk di atas sofa menonton bersama-sama Nizam sambil berbual-bual kosong. Hatiku lega melihat mereka begitu. Namun, aku tidak segera balik ke bilik, malah aku menyembunyikan diri di sebalik almari hiasan di sisi mereka. Keadaan gelap ketika itu pasti tidak bisa menampakkan diriku. Aku dapat melihat mereka berdua dengan jelas sebab lampu di ruang tamu masih menyala begitu juga dengan TV yang masih terpasang... Aku terus memerhatikan mereka. Aku dapat mendengar apa yang mereka bualkan. Mereka tengah berbual kisah-kisah lalu semasa mereka bercinta dan lepas tu aku dengar isteriku bertanya pada Nizam kenapa dia tak kahwin-kahwin lagi. Nizam mengatakan yang dia masih menyintai isteriku dan dia tak dapat nak menerima perempuan lain dalam hidupnya. Aku lihat tiba-tiba isteriku terdiam dan terus tunduk membisu, rupanya isteriku menitiskan air matanya bila Nizam mengaku yang dia masih menyintai isteriku.
YOU ARE READING
Ex-BF Isteriku (Season 1)
RomanceTiba-tiba Nizam bangkit dari tempat duduknya lalu duduk di sebelah isteriku. Dia mengambil tisu di atas meja lalu mengelap pipi isteriku. Selepas itu Nizam terus memegang dan meramas tangan kanan isteriku sambil separuh berbisik, mengatakan pada ist...