Ex-Boyfriend Isteriku (Part.5)
Aku sedar sahaja pagi tu dah pukul 9.00 pagi dan isteriku masih lagi lena di sebelahku. Aku bangun dan mandi, selepas mandi aku keluar dari bilik dan lihat kelibat Nizam tidak kelihatan, mungkin masih lagi tidur. Mana tidaknya, dah tentu mereka keletihan selepas 3 round mereka main malam tadi. Aku pun mengambil Video Cam di bawah almari yang aku sorokkan malam tadi dan terus masuk ke bilik kerjaku. Aku terus save semua isi rakaman yang telah aku record selama 2 hari ini dalam satu folder di dalam desktopku. Aku letak password supaya tak ada sapa yang dapat buka kecuali aku. Bila aku dah pastikan semuanya selamat, aku pun erase semua isi di dalam tape-tape tadi supaya aku dapat guna semula kemudian hari.
Sementara aku di dalam bilik kerjaku itu, aku ligat memikirkan bagaimana caranya untuk aku sentiasa dapat mengawasi isteriku itu apabila dia balik ke rumahnya di Parit Buntar nanti. Sudah semestinya Nizam akan selalu melawat isteriku memandangkan aku tiada disisinya. Fikir punya fikir, akhirnya aku dapat idea untuk memasang camera seperti CCTV di kuarters isteriku. Satu di bilik utama dan satu lagi di ruang tamu. Aku terus sahaja menghubungi rakanku yang mahir tentang CCTV dan juga software yang sesuai untuk security system. Setelah berbincang dengannya melalui telefon, akhirnya aku bersetuju dengan cadangannya untuk memasang kamera yang kecil seperti Spy Cam supaya ia lebih mudah di urus dan tidak terlalu ketara kelihatan selepas dipasang. Pada mulanya dia mencadangkan CCTV biasa yang besar itu dan harganya agak murah berbanding dengan apa yang aku ambil ini. Aku terpaksa membayar sejumlah lebih dari RM2,000.00 untuk memastikan camera yang ingin dipasang itu mengikut kehendakku dan dapat dipasang di kuarters isteriku tanpa dia sedari. Walaupun agak mahal, aku cukup berpuas hati kerana untuk harga sebegitu, aku diberikan dua wireless spy cam 1080p yang bersaiz sebesar butang baju siap dengan sensor pergerakan, software pengawasan terkini dan satu internal harddisk 500GB. Aku pun bersiap dan terus pergi ke rumah kawanku untuk mengambil barang-barang yang dijanjikan tadi. Semasa aku keluar isteriku dan Nizam masih belum bangun lagi. Rumah kawanku ni bukannya jauh sangat, dalam 20 minit memandu sahaja maka sampailah ke rumahnya.
Selepas selesai membuat bayaran, rakanku tadi menerangkan kepadaku tentang cara-cara untuk memasang peralatan tersebut. Katanya terpulang kepadaku untuk meletakkan camera tersebut di mana-mana kerana ia sangat tahan lasak dan mampu merakam dengan baik. Aku mendengar dengan teliti setiap penerangan yang diberikan oleh rakanku itu. Bila aku sudah berpuas hati, aku pun terus pulang ke rumah sebab takut nanti melepas pula tengok drama di rumah kalau aku balik lambat. Di pertengahan jalan, aku sempat berhenti untuk membeli nasi lemak sebelum meneruskan perjalananku pulang ke rumah, bolehlah dijadikan alasan kenapa aku keluar awal-awal pagi lagi. Sampai sahaja di rumah, Nizam masih belum bangun, peluang yang ada ini aku gunakan untuk menyimpan barang-barang tadi di bilik kerjaku lalu terus masuk ke bilik tidur. Isteriku rupanya sudah bangun dan sedang berada di dalam bilik air. Tak lama selepas itu isteri aku pun keluar dari bilik air dengan hanya berkembankan tuala.
Nizam bangun pukul 11.00 pagi. Selepas mandi dan makan, dia pun menyatakan keinginannya untuk balik ke Kuala Kangsar kerana sudah terlalu lama dia berada di rumahku. Aku tidak menghalang, begitu juga dengan isteriku. Seusai makan tengah hari, Nizam akhirnya berlalu pergi meninggalkan aku dan isteriku. Petang itu, giliranku pula menghantar isteriku balik ke Parit Buntar kerana esok hari Isnin dan dia juga aku kena mengajar. Sebelum aku menghantar isteriku balik, aku sempat menelefon kakitangan pejabat sekolahku terlebih dahulu untuk memaklumkan aku terpaksa cuti sehari esok. Dalam perjalanan menghantar isteriku, aku sengaja bercerita tentang kes-kes isteri-isteri orang yang ditangkap basah di hotel dengan lelaki lain. Macam-macamlah aku cerita tentang bahayanya buat kerja sebegitu di hotel dan tak selamat sebenarnya pun. Kalau tak kena tangkap, manalah tahu, mungkin orang yang mengenali kita nampak tapi kita tak perasan. Sebenarnya aku saja takut-takutkan isteriku supaya dia nanti tak buat projek dengan Nizam di hotel pula, susahlah aku nak skodeng. Di rumah Nizam dah tentu tak boleh sebab Nizam duduk dengan orang tua dan ramai lagi adik beradiknya yang tinggal di situ bersamanya. Sekarang cuma satu tempat sahaja untuk mereka projek, iaitu di kuarters isteriku. Kuarters pendidikan tempat isteriku tinggal adalah sebuah apartmen empat tingkat dan setiap tingkat hanya ada dua rumah sahaja dan isteriku tinggal di tingkat dua, tapi rumah satu lagi yang sama tingkat dengan isteriku itu belum ada penghuni lagi. Kalau ada pun, memang tak ada sapa yang tahu kalau ada yang menyelinap masuk ke apartmen isteriku yang terletak berhampiran dengan pagar utama. Tambahan pula tidak ramai yang menginap di kuarters guru memandangkan guru-guru yang sudah berkahwin memilih untuk tinggal di rumah masing-masing. Aku perasan riak wajah isteriku yang gusar bila aku menceritakan perkara seperti itu kepadanya. Sekurang-kurangnya, ini akan mengelakkan dia buat projek tu di hotel.
YOU ARE READING
Ex-BF Isteriku (Season 1)
RomanceTiba-tiba Nizam bangkit dari tempat duduknya lalu duduk di sebelah isteriku. Dia mengambil tisu di atas meja lalu mengelap pipi isteriku. Selepas itu Nizam terus memegang dan meramas tangan kanan isteriku sambil separuh berbisik, mengatakan pada ist...