Bab 1(Done edit✔️)

183 35 57
                                    

TIGA sahabat baik pulang dari sekolah sambil borak-borak kosong tanpa memikirkan masalah luar. Sedar tak sedar mereka sudah sampai di persimpangan laluan hendak masuk ke rumah.

Ketika kaki mereka menjejak jalan tanah dalam halaman rumah itu, mereka dikejutkan dengan keriuhan orang kampung yang sedang berkerumun pada sesuatu membuatkan langkah mereka terhenti di pertengahan jalan.

"Eh, Ijan, Awie! Tu, ada keramaian apa tu? Penuh orang berkumpul dekat rumah muma. Abah dan mak muma buat kenduri ke?" tegur Irfan terhadap rakannya, Hafizan dan Nawawi.

"Ha'ahlah. Ada apa kat rumah kita tu ek? Nak kata ada kenduri, abah dengan mak tu mana ada duit nak buat kenduri macam tu. Mesti ada sebab lain ni," sahut Nawawi yang mula merasa bingung.

"Aku rasa tak sedap hatilah. Jom, kita pergi tengok." Tanpa membuang masa Hafizan terus melintas Irfan dan Nawawi, berjalan mendahului mereka.

Nawawi dan Irfan menyusul kemudian. Mereka berdua turut kebimbangan.

Hafizan masuk mencelah di tengah orang kampung berkumpul.

"Weyh, ada apa ni? Macam best je. Apa hal muma tak ajak aku?" Hafizan menyapa tanpa menyedari apa yang sebenarnya telah berlaku.

Orang kampung yang mendengar suara Hafizan langsung berpaling bersama pelbagai reaksi yang dipertontonkan di hadapan anak muda itu.

Mereka memberi laluan kepada Hafizan, Nawawi dan Irfan untuk melihat apa yang terjadi di situ.

Di saat mereka semua ke tepi, tergemap tiga sahabat di situ kerana apa yang tersiar di ruang mata mereka benar-benar di luar jangkaan mereka. Mereka
di hadapan mereka adalah pasangan tua yang tengah nazak akibat dari pukulan orang kampung.

"Mak! Abah!" Nawawi berlari mendapatkan mereka bersama tangisan sendu.

"Pak cik! Mak cik!" Irfan turut mendapatkan mereka yang sudah terkulai layu.

Hafizan tercengang dengan apa yang terjadi. Sejurus kemudian, Hafizan menggenggam penumbuk. Di dalam segenggam penumbuk, tergenggam kesumat dendam yang berselirat tanpa penghujungnya.

"Mak... abah... jangan tinggalkan kami... tolong..." Merintih sayu Nawawi takut ditinggalkan berasak-asak mengganggu perasaan.

Dada kedua orang tuanya berombak-ombak. Darah membuak keluar dari mulut mereka. Terdapat kesan lebam pada tubuh mereka. Dan akhirnya, mereka menghembus nafas terakhir di situ.

"Mak! Abah! Siapa yang buat semua ni? Tok Din? Siapa yang buat ni?"

"Kami pun tak tahu. Kami dengar orang minta tolong. Masa kami datang mereka dah teruk."

"Tapi tadi kami nampak ada beberapa kereta mewah pandu laju keluar dari sini. Kami tak tahu siapa," beritahu Tok Dali salah seorang dari orang kampung itu juga.

"Pembunuh! Cakaplah siapa yang buat?" amuk Nawawi melepaskan kesedihannya.

"Sabar Nawawi... sabar ya." Jeman kawan sekampung mereka cuba menyabarkan remaja itu dari terus mengamuk di situ.

"Innalillahiwainnalillahirajiun... Astaghfirullahal'azim..." Irfan tertunduk sayu mengenangkan nasib Hafizan dan Nawawi. Dia juga marah dengan tindakan bagi pihak yang tidak berperikemanusiaan langsung.

Orang kampung terkejut dengan kematian Che'Pa dan Che'Yah tanpa diduga. Kesedihan melanda jiwa mereka.

Hafizan menggertap gigi menahan rasa.

"Aku akan menuntut bela di atas kematian kedua mak abah. Dendam kesumat berselirat di dalam nadiku. Akanku ingat sampai mati kejadian hari ni. Aku akan cari siapa pembunuh mak abah. Hutang budi dibalas budi. Hutang darah dibalas darah!" tekad Hafizan bersama dendam kesumat. Matanya memerah berurat biji saga.

Mr. Mafia K.G.P( TERBIT 8 SEPTEMBER 2021)Where stories live. Discover now