BAB 2

119 31 58
                                    

10 TAHUN 1 BULAN 1 HARI KEMUDIAN

SEAWAL jam 9:00 pagi, Irfan telah tiba di Stesen Bas Duta, KL. Dengan semangat membara mahu bertemu sahabat baiknya iaitu Hafizan dan Nawawi, dia terus membuka dompet dan mengambil secebis kertas yang diberi oleh Hafizan lima tahun yang lalu. Tercatat lokasi terkini di mana Hafizan dan Nawawi menetap.

Dengan yakinnya, dia mengatur langkah menahan teksi dan menuju ke destinasi.

Tiba ke destinasi seperti alamat yang tertera, Irfan terus melangkah berdiri di hadapan pintu masuk rumah papan itu setelah membayar tambang teksi yang dinaiki sebentar tadi.

"Assalamualaikum, Ijan? Awie? Assalamualaikum?" Irfan memberi salam dua kali seraya menyeru nama kedua sahabatnya itu.

Beberapa minit menunggu di situ, masih tiada sahutan dari tuan rumah
Irfan mula berkira-kira untuk berlalu dari situ mencari tempat penginapan lain. Pada perkiraannya, mungkin Hafizan dan Nawawi sudah berpindah rumah. Yalah, sudah sepuluh tahun mereka tidak bertemu, pelbagai kemungkinan boleh terjadi pada waktu itu.

Lima tahun lalu pun bertemu secara tidak sengaja dengan Hafizan dalam sebuah restoran di Kuala Lumpur selepas dia dan ayahnya menghantar adik-adiknya ke kolej di bandar.

Untuk kepastian kali terakhir, dia meninjau ke kawasan belakang rumah itu pula. Siapa tahu, mereka ada di belakang rumah itu dan tidak mendengar dia memberi salam tadi.

Ketika kakinya menapak menuju ke situ, Irfan terlihat seorang lelaki berusia lebih kurang 60-an sedang mengusahakan kebun kecilnya tidak jauh dari jarak belakang rumah itu.

Tanpa menunggu lagi Irfan terus menyapa lelaki itu.

"Assalamualaikum, pak cik?" Irfan memberi salam tanda hormat telah mengejutkan lelaki tua itu yang sedang mendongak ke atas tengah mencantas daun pisang yang kekeringan dengan pisau sabit berbatang panjang.

"Eh, mak kau terkejut! Eh waalaikumussalam," latah lelaki tua itu tadi. Tercampak habis pisau sabit di tangan. Nyaris terkena Irfan. Nasib baik Irfan sempat mengelak. Jika tidak, memang nahas dia mati kering sia-sia di situ akibat tertebas di pisau sabit yang tercampak tadi itu.

"Maaf, Pak cik! Saya tak sengaja telah terbuat Pak cik terkejut pulak." Irfan memohon maaf di atas kesilapannya tadi.

"Eh, tak apalah. Anak ni siapa?" soal lelaki 60-an itu sambil menggosok dadanya sendiri bagi menenangkan debaran jantungnya akibat terkejut tadi.

"Saya, Irfan. Saya datang ni nak cari kawan saya, Hafizan dan Nawawi. Mengikut alamat yang di beri, inilah alamatnya," beritahu Irfan kepada lelaki itu sambil menunjukkan secebis kertas yang tertera alamat Hafizan dan Nawawi.

"Oh, begitu. Betullah tu alamat tu. Tapi, waktu begini... mereka tiada di rumah," jawab lelaki itu.

"Oh, jadi betullah ini rumah Hafizan dan Nawawi?" Irfan mahukan kepastian.

"Ya, betul. Ini rumah Hafizan dan Nawawi. Tetapi, waktu sebegini... nereka memang tiada di rumah. Mereka bekerja," beritahu lelaki itu lagi untuk meyakinkan pemuda yang bernama Irfan itu.

"Bekerja di mana? Bagaimana dengan kehidupan mereka berdua di sini, Pak Cik?" soal Irfan tidak sabar benar ingin tahu keadaan sebenar kehidupan kedua beradik di bandar itu. Adakah hidup mereka lebih mewah atau hanya cukup-cukup makan? Ataupun, lebih teruk dari itu? Pelbagai perkara bermain di minda Irfan.

"Kehidupan mereka? Humm..." Lelaki 60-an itu berjeda seketika. Tergeleng kepalanya sejenak sebelum memulakan bicara, menceritakan kisah kehidupan sebenar kedua beradik itu.

Mr. Mafia K.G.P( TERBIT 8 SEPTEMBER 2021)Where stories live. Discover now