🍃

10 1 1
                                    

Kini..aku sendirian melayani malam yang sepi ditemani bunyi ombak dan sapaan bayu malam yang dingin membelai kulit.

Ah..sungguh menenangkan.

Aku memenjamkan mata seketika menikmati pujukan bayu ini.

Seperti usapan seorang ibu terhadap anaknya...

Cuma ia dingin.

Aku tertawa kecil dengan monolog sendiri.

Tin bir yang berbaki separuh aku hirup lagi.

Rasanya yang menyengat membuatkan wajah aku sedikit berkerut.

"Aah.."

Suasana yang aku tidak akan mungkin dapat ditengah-tengah bandar yang sibuk aku nikmati dengan penuh perasaan.

Terasa seperti kesakitan yang aku lalui sepanjang siang tadi hilang begitu sahaja.

Alangkah indahnya jika aku dapat kongsi ketenangan ini dengan Hara.

Ah..genggaman aku pada tin bir ini menjadi sedikit kuat.

Berhenti kangjun!

Jangan terus meletakkan harapan.

Cukuplah...

Dia sedang gembira dan aku sepatutnya bergembira.

Menasihati diri sendiri membuatkan hati aku bertambah sakit.

Seperti dua orang yang tidak sefahaman dalam satu badan.

Aku tidak dapat melupakan Hara.

Tapi aku tak sanggup lagi mengganggu mereka.

Hubungan mereka akan pergi jauh tak lama lagi.

Itu apa yang aku dengar siang tadi.

"Hey~sorang je?"suatu suara menegur.

"H-hara.."

Aku sedikit terkejut dengan kehadiran Nara di belakang aku.

Nara tertawa kecil sebelum mengambil tempat disebelah aku.

"Eo?awak minum?"berkerut dahi hara melihat tin bir di tangan aku.

"Ah..sorry."aku terus meletakkan tin bir disisi aku.

Muka aku sudah mula memerah kerana sejuk dan kesan dari bir tadi.

Aku kembali memandang ke arah lautan yang luas terbentang didepan mata.

Malam bulan yang menghilang sebentar tadi sudah kelihatan.

Sungguh terang membuatkan aku tersenyum gembira.

Cantiknya bulan itu seperti mata bundar Hara yang sentiasa bersinar.

"Cantikkan bulan tu?"tegur hara membuatkan aku tersentak.

Ah..aku hampir terlupa Hara berada disamping aku.

Suasana kembali menyepi setelah aku mengangguk kecil.

"Erm..hara.."aku cuba memecahkan suasana sepi dengan memulakan perbualan.

"Boleh saya tahu apa maksud cinta pada awak?"aku tidak memandangnya kerana ketika ini Hara kelihatan sangat cantik.

Aku bimbang aku akan mengecewakan Hara dengan tindakan luar jangka aku.

Aku masih sayangkan minjae dan hara.

"Cinta ya?cinta itu suatu perasaan yang indah dan hadir tanpa dipinta.saya sampai sekarang tak sangka yang saya akan suka mamat masuk air macam minjae tu.hahaha!"hara tertawa kecil membuatkan aku turut ketawa.

FAR AWAY YOUNG LOVE{♡story}Where stories live. Discover now