💔

5 1 0
                                    

Aku merenung kosong persekitaran aku yang aku sendiri tidak tahu dimana.

Hanyalah pemandangan tanah lapang yang luas dan kelam malam menghiasi pandangan aku ketika ini.

Hanya aku keseorangan disini.

Seperti hati dan perasaan aku sekarang ini..

Kosong...

Aku dah luahkan perasaan aku secara tidak sengaja tadi.

Wajah tergamam hara masih menghiasi minda aku.

Aku pejamkan mata seketika.

Nafas aku tarik perlahan.

Sungguh aku mahu lupakan semua yang berlaku hari ini..

Nafas panjang aku lepaskan agar rasa sakit hati aku turut sama pergi.

Aku memandang skrin telefon aku yang berada di tempat duduk penumpang.

57 missed call
Hara✨

Aku mengambil telefon bimbit aku.

Gambar aku hara dan minjae bersama yang aku jadikan wallpaper aku renung.

Kenapa aku perlu jatuh cinta pada hara?

Kenapa perlu minjae bercinta dengan hara sedangkan dia tidak mencintai gadis itu?

Kenapa hara mencintai minjae dan bukan orang lain selain kami?

Soalan demi soalan batin aku menjerit bertanya.

Air mata aku kembali bergenang.

Jika aku tidak mencintai hara tentu hal ini menjadi mudah bagi aku.

Jika lelaki lain yang mencurangi hara tentu tidak jadi masalah untuk aku pukul tanpa perasaan.

Jika minjae bercinta dengan perempuan lain tentu aku dan hara tidak perlu lalui kesakitan ini semua.

Tetapi...semua aturan ini telah ditetapkan tuhan.

Takdir yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa.

Meskipun pedih rasa itu semua hanya boleh dirasai bukan dihalangi.

Drtt...drtt..

                  Incoming call...
                        Hara✨

Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan hara.

Jejari aku yang menggigil aku gagahkan meleret punat hijau tersebut.

"Kangjun..."suara lirih hara membuatkan aku diserang rasa resah.

Adakah..

"Minjae..dia..tsk!saya nampak dia dengan perempuan lain..tsk!tsk!"

Aku mengertap bibir perlahan.

Seperti yang aku jangkakan..

"Kangjun..awak..betul ke apa yang awak cakapkan petang tadi?awak sukakan saya?"

Aku diam.

"Kenapa saya?tsk!kenapa awak suka saya?"

Aku tarik nafas perlahan.

"Mianhae kangjun...saya minta maaf untuk selama ni..

Mesti sakitkan bila awak lihat saya dengan minjae?

Saya...tsk!saya rasa sakit sangat bila tengok minjae dengan kawan baik saya sendiri!saya sakit!tsk!tsk!

Macam ni ke yang awak rasa bila awak tengok saya dan minjae selama ni?

FAR AWAY YOUNG LOVE{♡story}Where stories live. Discover now