far

19 3 0
                                    

"Awak~lepas ni kita tengok wayang nak tak?ada cerita best!"

Gadis berwajah bujur telur itu memandang aku dengan mata bundarnya yang penuh pengharapan.

Bibirnya mengukir senyuman semanis mungkin membuatkan aku ketawa.

Aku membetulkan duduk aku dari terus menyandar di permukaan cermin kaca kafe ini ke kerusi kami.

Aku mengusap lembut rambut pendek paras bahunya dan menyelak rambut depannya ke belakang telinga sebelum hidungnya aku cuit perlahan.

"Boleh sayang~"jawapan aku membuatkan jeritan riangnya pecah.

Wajah terujanya membuatkan aku ketawa.

"Saya sayangkan awak!muah!hahaha!"ciuman kecilnya pada pipi aku beserta ketawa riangnya membuatkan aku turut ketawa keriangan.

Ah Hara~awak selalu buat saya jatuh cinta lagi dengan awak.

Dia memeluk aku erat dengan senyuman manis membuatkan aku turut membalas pelukannya dengan lebih erat.

"Lepas tu kita pergi makan nak?saya teringin nak makan jjajangmyeon~"

Bibirnya yang dimuncungkan membuatkan aku ketawa.

Aku mengangguk kecil dan dia terus berceloteh.

Celotehnya membuatkan aku berasa senang dan sungguh gembira.

Melihat gadis yang aku cintai berada didalam dakapan cinta aku membuatkan aku tidak mahu masa ini berlalu.

Suara comelnya berceloteh membuatkan aku seakan berada diawangan.

Ttok!ttok!

Cermin kaca kafe disisiku diketuk membuatkan aku memandang gerangan yang mengetuk.

Aku terkedu apabila melihat wajah Hara yang tersenyum.

Dia mengetuk lagi cermin itu.

"Kangjun-ah!saya ada bawakan awak sesuatu.bukalah!"

Dia tersenyum manis sambil tangannya masih galak mengetuk cermin kafe itu.

Aku terkedu melihat Hara yang berada diluar kafe.

Hara mengetuk lagi.

"Cepatlah~saya ada bawakan awak donat coklat yang awak suka tu~"

Dia mengangkat plastik yang berisi donut itu dengan wajah yang girang sambil menunjuk-nunjuk kearah plastik itu.

Aku berasa sungguh keliru.

Aku memandang pula Hara yang berada disamping aku yang masih berceloteh.

Seakan-akan dia tidak terganggu dengan kekeliruan aku ketika ini.

Aku memandang kembali Hara yang mengetuk cermin kafe.

Dia ketawa.

"Kangjun-ah!hahaha!awak mamai ke?cepatlah bukak?saya nak masuk."tawaan dia membuatkan aku semakin keliru dengan situasi ini.

Ah..adakah aku bermimpi?

Seketika kemudian tubuh Hara dipeluk dari arah belakang oleh seorang lelaki membuatkan hara menampar manja tangan lelaki itu.

"Awak tengok kangjun masih mamai!hahaha"Hara mengadu kepada lelaki yang memeluknya membuatkan lelaki itu turut ketawa.

"Yah!kangjun-ah!kau mamai ape duh?hahaha!cepat lah bukak!"Lelaki itu ketawa.

M-minjae?

Lelaki itu mencium lembut belakang leher Hara membuatkan aku sedar...

Yang aku sedang bermimpi..

Serta-merta aku terasa seperti ditarik jauh dari Hara yang memeluk aku.

Suaranya juga kedengaran sangat jauh pada pendengaran aku.

Akhirnya aku sedar...

Yang aku sangat jauh dari Hara...








Ok gais!ni first ff yeol dkt akaun baru ni.😄

Hope enjoy😘

FAR AWAY YOUNG LOVE{♡story}Where stories live. Discover now