Aku melangkah keluar dari subway.
Burger yang berada di tangan aku pandang.
Keluhan kasar aku lepaskan.
Ah!sungguh aku tak mahu berjumpa hara selepas peristiwa tadi.
Kau tahu apa perasaan apabila kau mengkhianati seseorang dalam diam dan kau perlu menghadap dia?
Aku tak pernah rasa sesakit ini.
Mengingati perbuatan aku yang dengan begitu senang melepaskan minjae membuatkan aku mahu menumbuk diri aku sepuasnya.
Langkah yang berat aku aturkan ke kereta aku.
Butik hara aku tuju.
Aku tak pasti jika aku mampu menghadapi hara selepas ini.
Sebaik tiba di hadapan butik hara aku berdiri kaku tidak jauh dari laluan masuk ke butiknya.
Sungguh terasa seperti aku ditimpa lagi dengan beribu-ribu lagi tusukan tajam dibelakang aku membuatkan aku lemah untuk melangkah.
Tiba-tiba pintu kaca tersebut dibuka.
Kelihatan sepasang pasangan dan hara yang tersenyum mesra.
"Thank you so much hara!design you memang tak pernah mengecewakan i~"ucap seorang wanita yang berwajah 30-an.
Dia memeluk erat lengan lelaki yang berada disampingnya.
"Biasa je puan.hahaha!"hara tertawa kecil dengan pujian wanita tadi.
Hara yang perasan aku membulatkan matanya dan mengangkat separuh tangannya menyuruh aku tunggu sebentar.
Aku tidak beriak dan terus menerus memandang mereka.
Senyum dan tawa hara menarik perhatian aku.
Adakah dia akan terus tersenyum jika dia tahu kebenaran selepas ini?
Pada detik itu dan seterusnya..
aku berjanji akan melakukan apa sahaja kepada hara asalkan senyuman dan tawanya tidak hilang.
"Kangjun-ah!jom!"hara mengajak aku masuk.
Aku memandang kelibat hara yang menghilang dibalik pintu kaca tersebut dengan keluhan kecil.
Aku gagahkan juga kaki aku melangkah masuk kedalam butiknya.
Aku duduk di atas sofa sambil memerhatikan hara yang sedang menelek beberapa helai pakaian.
"Haih..nasib baik awak ada.Saya dah lah takde model lelaki.Minjae pulak ada kerja dekat Daegu.Nasib ada awak Kangjun.sorry susahkan awak sebab mintak awak jadi model paksa rela saya dan..oh!burger tu.hahaha!thanks again!"
Hara berjalan ke arah aku dan burger yang aku letakkan di atas meja kopi dihadapan aku diambilnya.
Pipi aku dicuit perlahan berserta tawaan kecilnya membuatkan aku sedikit terkedu.
Setiap sentuhan hara berjaya menyentak aku ke alam mimpi untuk sesaat.
Mimpi di mana hanya aku miliknya dan dia milik aku...
"Kerja awak macam mana kangjun?okey?"ujar hara sambil menikmati burgernya.
Aku tersenyum nipis.
"Biasa saja.saya baru siapkan semua gubalan tu semalam.tinggal nak edit sahaja.dua minggu lagi barulah diorang boleh start record lagu-lagu tu."
Aku merenung tepat ke wajah hara yang sedang makan.
Hara mengangguk sambil menggigit burgernya.
YOU ARE READING
FAR AWAY YOUNG LOVE{♡story}
De TodoA Far Away Young Love~ ''I want to tell you that i love you.. but i cant..." #short story @Bang_Yeolri Started;Dec 2019 End;26 jan 2020