10-Nights Fun
4:00 p.mJarum jam menunjukkan tepat jam empat petang . Pintu exit masih belum dijumpai sejak dari tadi .
" kita rehat kejap, please . aku dah penat ." keluh Ira lalu duduk bersandar pada dinding .
ketujuh tujuh perempuan itu mula duduk akibat kepenatan . Nafas mereka juga sudah tidak teratur .
" kat mana lagi pintu exit tu ada? kat mana lagi kita nak cari ?" tanya Siti .
" aku — tak tahu . Habis semua tempat kita dah cari tapi tak ada . Pintu exit tu takde ." balas Wawa bernada sayu . Mereka hampir sahaja berputus asa sejam yang lepas tetapi disebabkan memikirkan yang pintu exit tu masih ada , mereka menguatkan diri untuk masih mencarinya.
" kalau kau dengan Emah ikut Dini selamatkan diri , kau takkan terperangkap sekarang ni . Mungkin sekarang kau dah bahagia kat luar sana , jumpa family kau . " kata Ira dalam nada kesal . Dia memejamkan mata sambil menyandarkan kepala ke dinding .
Pada awalnya, mereka cuba menggunakan smartphone masing masing untuk menghubungi sesiapa sebagai sumber bantuan tapi malangnya tiada sebarang talian dalam kawasan funfair ini.
" jangan cakap macam tu .kalau aku tinggalkan korang , confirm hidup aku takkan tenang ." balas Wawa.
" lagipun sekarang kita semua dah selamat berada atas tanah cuma kita masih terperangkap dalam tempat ni ." sambung Emah lemah .
" mustahil kalau pintu exit tu hilang ." sampuk Mimi tiba tiba .
" maksud kau ?"
" dalam funfair ni ada lima pintu exit . kita dah cari seluruh tempat , memang mustahil kalau tak ada . "
" tapi kita belum periksa kalau ade pintu exit dekat dengan rollercoaster tadi ." pernyataan Ihah membuatkan mereka semua terbangun dari duduk dan bergegas ke bahagian rollercoaster .
" mana ? mana ? mana ? mana ? " tujuh perempuan itu mula memerhati seluruh tempat di setiap penjuru mencari kelibat pintu exit atau papan tanda exit .
" mana tho " Sarah mula bengang apabila tiada sebarang tanda yang pintu exit ada disekitar situ .
" tak logik pintu exit ade dekat ata- " Ihah kematian kata . Matanya terbuntang melihat objek yang tergantung di atas landasan rollercoaster.
" k-korang ."
" KORANGG !! " Ihah jatuh terduduk sambil jari telunjuknya terketar ketar menghala ke arah objek tadi .
enam perempuan itu mula berlari mendapatkan Ihah yang dalam esakan .
" D-dini ? "
ya .objek yang tergantung di atas landasan rollercoaster tu Dini , kawan mereka . Keadaannya yang berlumuran darah , bebola mata seperti dicungkil dan tanpa kaki membuatkan ia lebih ngeri .
" innalillah . " wawa memeluk erat Ihah yang masih dalam esakan akibat panik .
" jadi , ape yang kau cakap memang betul . dini dah mati . " bisik wawa .
" sekarang , kita jangan berpecah . jangan sesekali korang pergi mana mana tempat berseorangan .please jangan cari nahas . " pesan Siti dalam nada yang serius .
Mereka sedar yang mereka bukan hanya bertujuh dalam funfair ni , masih ada orang lain yang bersama dengan mereka .
"one dead , seven left ."
-il-
YOU ARE READING
EXIT
Mystery / Thrillertak semua kematian ada pengakhiran . tak semua pembunuh melalui happy ending . dan tak semua orang nak lalui semua ni . " aku dah beritahu kau yang mesej tu perangkap ! " It's too late " kita kena cari jalan keluar ! " to regret it " lari ! lari...