E : 18

109 18 0
                                    

10-Nights Fun
10:30 a.m.

tiga figura yang masih lengkap berpakaian berjalan di sekitar bahagian tingkat empat. keadaan di tingkat empat lebih kemas berbanding tingkat tingkat yang lain. mungkin 'mereka' tidak menggunakan kawasan ini atau ini semua hanya perangkap.

" em ," siti memerhati gerak geri ira yang sedang membelek barang di lantai .

" weh " panggil siti .

" hm ." balas Ira ringkas sambil tangannya ligat memasukkan beberapa barang ke dalam beg galasnya .

"kau still marahkan kitaorang ? " pertanyaan Siti menghentikan pergerakan Ira . Ira bangun dari posisi bercangkung lalu berdiri menghadap siti.

" kalau diikutkan bukan setakat marah tapi semua perasaan ada. kecewa,jijik,sedih,takut .tapi semua perasaan tu dah tak ada guna, benda dah jadi . korang dah bunuh and dia dah mati pun. "ira menghela nafas berat sebelum kembali menyambung ayatnya.

"lagipun aku tengok sekarang korang dah berubah.setiap orang berhak diberi peluang kedua dalam hidup ,ti.so aku percaya yang korang dah tinggal kerja kerja kotor tu semua . past is past." ira cuba mengukirkan senyuman malah senyuman itu tidak menggambarkan perasaan sebenarnya.

" tapi dia takkan bagi kita peluang kedua ." siti dan ira menoleh ke arah suara yang menyampuk perbualan mereka.

"dia rasa marah dan bertindak untuk bunuh orang yang dah bunuh adik adik dia. aku pun rasa marah tapi aku takkan sesekali nak bunuh dia atas sebab dia dah bunuh kawan-kawan aku." kata ira. mereka hanya saling berkongsi pandangan.

" aku janji yang aku akan berjuang sampai akhir ayat aku supaya kita boleh keluar dari tempat ni ." siti berkata girang .

" thanks ." mimi menarik siti ke dalam pelukannya. ira hanya tersenyum nipis melihat adegan manis rakannya.

kini mereka bertiga mengatur langkah ke tingkat paling bawah .

" ting!"

mereka melangkah keluar dari lif lalu melilau ke setiap arah untuk memastikan kawasan itu selamat .

" kenapa kau semangat sangat ?" tanya ira yang berjalan di belakang mimi .

" apa maksud kau?" mimi yang langsung tidak bertoleh ke belakang hanya menjawab soalan Ira.

" aku perasan dari first day kita terperangkap dekat sini, kau yang paling semangat nak cari jalan keluar. kau sentiasa ada rancangan dalam setiap situasi untuk selamatkan kitaorang. kau lead kitaorang . kenapa kau bersungguh sangat nak cari pintu exit tu ?" ira bersandar pada dinding sambil memerhati pergerakan mimi yang cuba meraba dinding demi mencari keberadaan pintu exit .

" haihh " nafas berat dihela.

" kau lupa siapa yang jadi punca kita dekat sini? kalau aku tak percaya mesej tu mesti kita takkan terperangkap dekat sini. aku bodoh sangat tak perasan dari awal yang semua ni perangkap ." jelas Mimi sambil menundukkan kepala.

" aku rasa kesal . disebabkan aku korang terperangkap dekat sini. no bukan hanya terperangkap tapi korang tamatkan hayat korang dekat sini dalam keadaan paling menyakitkan." mimi kembali mengangkat muka dan menoleh memandang ira .

" setiap orang buat kesilapan .tapi terpulang pulak pada orang tu sama ada still nak repeat salah dia atau perbaiki semua tu. yang aku nampak sekarang kau nak tebus kesalahan kau dengan cari pintu keluar , kan ?" mereka saling memandang antara satu sama lain . mimi mengangguk laju .

" terima kasih seba—"

" ah!"

pantas mereka menoleh ke arah suara jeritan itu.

" tu suara siti ?!"


" ini bukan pengakhirannya."
- il -

EXITWhere stories live. Discover now