17

128 19 0
                                    


minkyu's

" kontrak apa lagi? " Tanyaku.

Sehelai kertas yang berada di gengaman Manwol aku ambil dan membacanya.

Special contract

Between Jang Manwol and Kim Minkyu.

Syarat:

1. kim minkyu perlu bekerja di hotel del luna selama yang mungkin

Kebaikan:

1. Kontrak roh selama sepuluh tahun antara Kim minkyu dan jang manwol akan dibatalkan. Tetapi kepandaian Kim minkyu tidak akan ditarik.

Aku terus mengangkat muka untuk memandang Manwol. Dia juga sedang memerhatikan aku.

" kontrak ini, betul? " tanyaku seperti tidak mempercayainya. Aku mengambil kontrak tersebut dan membacanya berkali-kali.

Manwol menyilangkan kedua-dua tangannya. "do you want it or not? "

Pertanyaan daripada Manwol membuatkan aku terdiam. Aku berdehem.

"aku bukan tak nak cum-"

"kalau kau tak nak, aku akan tuntut roh kau dalam masa 5 hari ini" kata manwol. Dia segera bangun dari duduk.

Tetapi aku lebih pantas, aku memegang pergelangan tangannya. "wait"

Manwol menolehkan kepala melihat ke belakang. Dia memandang aku. "cepat beritahu apa yang kau nak cakap. Aku kena cepat. Ramai lagi tetamu hotel yang aku kena layan"

Aku mengeluh dan merenung wajah Manwol. "a-aku terima"





" kau uruskan tetamu ni" kata Manwol. Terbeliak mata aku apabila dia menuturkan arahan tersebut.

Bukan apa, tetamu yang berada di hadapan aku ini adalah hantu dan mukanya kelihatan urmm agak buruk sekali.

Mukanya kelihatan terkoyak seperti dilanggar kereta, tangannya pula sudah bengkok sebelah dan yang paling menakutkan sekali dia merenung diri aku seperti aku yang melanggarnya.

" sajangnim " kata Jinyoung perlahan. Mukanya didekatkan pada telinga Manwol.

" bukan ke perbuatan sajangnim agak kejam? "

Aku terus mengangukkan kepala di hadapan mata Manwol. Dia menolak muka Jinyoung dan merenung aku.

" do or die "

" in this case, I will choose die "

Dengan penuh yakin aku menuturkan ayat tersebut kerana aku yakin gadis di hadapan aku ini tidak sanggup untuk membunuh aku.

Namun sangkaan aku meleset. Dia terus memegang leher aku. Badanku secara tiba-tiba terhentak ke dinding dan tangannya masih memegang leher aku.

" think before speak. " bisik Manwol di telingaku.

Dia segera mencekik leher aku. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun, dia terus mencekik leher aku dengan kuat.

Nafas aku mulai tercungap-cungap. Wajah baran dan cantik milik Jang Manwol menghiasi ruangan mata aku.

" sajangn-"

Aku mendengar perkataan terakhir daripada Jinyoung sebelum mata aku tertutup.

Inilah padahnya apabila aku terlampau angkuh dan ego.

------

Tbc

[C] Contract:Devil's Love | MinkyuWhere stories live. Discover now