33

88 11 0
                                    

Minkyu membuka matanya perlahan. Dia bangun secara perlahan-lahan daripada pembaringan.

Auch!

Dia berasa sakit di bahagian kepalanya.

Kemudian, dia memandang di kawasan di sekitarnya.

Ini adalah bilik tidur di dalam rumahnya. Bukannya di Hotel.

Dia memejamkan matanya untuk cuba mengingati sesuatu.

Dia telah ingat. Manwol telah menikamnya di bahagian dada semalam.

Tanpa berlengah dia meletakkan tapak tangannya di bahagian dada dan cuba merasai kesan tikaman.

Malangnya tiada langsung kesan tikaman serta parut di situ.

Minkyu bangun dari duduknya. Dia melihat ada sepucuk surat yang terletak elok di atas meja kerjanya. Kemudian surat tersebut diambil dan dibuka.

Ke hadapan Encik Kim Minkyu, malangnya kami terpaksa memecat Encik atas sebab-sebab tertentu. Terima kasih kerana memahami.

From,
Jang Manwol,
Pengerusi Hotel Del Luna

Menggigil tangan Minkyu sesudah dia selesai membaca surat pemberhentian tugasannya itu.

Dia segera mencapai kunci kereta lalu keluar daripada rumahnya.

Keretanya dipandu ke Hotel Del Luna. Sebaik sahaja dia sampai di hadapan bangunan Hotel Del Luna, dia keluar daripada keretanya dan berlari ke pintu masuk hotel.

Namun dia dihalang untuk masuk ke dalam hotel oleh Jinyoung.

" apa ni Jinyoung? " Tanya Minkyu secara cemas.

Surat pemberhentian kerja ditunjuk kepada Jinyoung. Tetapi wajah Jinyoung tetap tenang.

Dia mengukirkan senyuman pada wajahnya.

" itu kehendak sajangnim. Dia rasa awak tak sesuai untuk bekerja di sini " balas Jinyoung.

" saya nak Manwol sendiri cakap yang dia tak perlukan saya lagi! "

Tegas Minkyu berkata. Sambil itu, dia menolak tubuh Jinyoung dengan kuat berharap tubuh badan Jinyoung akan beralih.

" Jinyoung, biarkan dia masuk! "

Secara tiba-tiba Manwol muncul daripada belakang Jinyoung diikuti dengan arahan tegas daripadanya.

Minkyu segera berlari ke arah Manwol. Lengan Manwol dipegang.

" kita perlu berbincang " kata Minkyu.

Dia segera menarik lengan Manwol ke arah keretanya.

" kau nak apa lagi Minkyu. Kau tak baca lagi ke surat berhenti kerja tu! "

Marah Manwol. Wajahnya dingin seperti ais. Tiada langsung senyuman di wajahnya.

" saya dah baca. Tapi kenapa? Maksud saya apa kurangnya saya sampai awak pecat saya? "

Minkyu memberikan soalan kepada Manwol. Wajahnya resah apabila dipecat.

" aku berbahaya Minkyu. Bila-bila masa sahaja kau boleh mati "

Jawab Manwol sambil memandang tepat ke arah iris mata milik

“ aku seekor devil Minkyu ” kata Manwol lagi.

“ awak berbahaya sebab awak devil? Sebab tu awak nak jauhkan diri daripada saya? ” soal Minkyu.

Manwol mengangukkan kepalanya.

“ terkadang saya terfikir, macam mana seorang gadis daripada zaman joseon bertukar menjadi devil? Can you tell me about that?

“ kau nak tau kisah silam aku? Baik tak perlu, kau tak penting bagi aku! ”

Jawab Manwol segera.

------

Tbc

Chapter seterusnya adalah final😭😭😭
Nantikan..

[C] Contract:Devil's Love | MinkyuWhere stories live. Discover now