30

86 11 0
                                    

" eh, sajangnim nak ke mana? "

Soal Jinyoung apabila melihat Manwol ingin keluar bersendirian.

" keluarlah, jalan-jalan. Rimas asyik duduk hotel "

Jawab Manwol acuu tidak acuh.

" kenapa tak ajak Minkyu- "

" oh, baru saya teringat. Dia sedang berjumpa dengan seseorang "

Jawapan daripada Jinyoung menarik perhatian Manwol untuk mengetahui siapakah gerangan yang bertemu dengan Minkyu.

" jumpa dengan seseorang? "

Soal Manwol bersahaja. Cermin mata hitam dibuka dan diselitkan di kolar baju.

" ya, semalam sepupu Minkyu telefon. Dan Minkyu berbahasakan dirinya sebagai oppa. Sepupu perempuan mungkin "

Manwol mendengar cerita daripada Jinyoung dengan penuh khusyuk.

" dia ambil cuti semata-mata mahu bertemu dengan perempuan? Ini tidak boleh terjadi! "

Kata Manwol dengan geram.

Jinyoung menjadi kecut perut apabila Manwol tiba-tiba sahaja meninggikan suaranya.

Kemudian, Manwol menjelingnya sekilas dan melangkah masuk semula ke dalam Hotel. Dapat dilihat aura kemarahan mengelilingi gadis yang bertubuh kecil tersebut.































Selepas seharian keluar bersama dengan Hana, Minkyu pulang ke hotel.

" YAHH KIM MINKYU, EODISEO? " jerit Manwol sebaik sahaja Minkyu menjejakkan kakinya ke dalam hotel.

Minkyu cuba untuk bersikap tenang, tetapi jantungnya tetap mengepam darah dengan laju apabila melihat muka Manwol yang sedang menahan kemartakut-takut.

" Manwol-shii, lebih baik kita berbincang di pejabat awak "

Kata Minkyu dengan takut-takut.

Manwol melihat sekelilingnya. Memang tidak sopan apabila bergaduh di hadapan tetamu.

Tanpa membuang masa, dia berjalan laju menuju ke pejabat dan meninggalkan Minkyu yang sedang terpinga-pinga.

Minkyu terus mengejar langkah Manwol. Lengan milik Manwol dipegang.

Manwol menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memegang lengannya.

" lepaskan tangan aku Minkyu " ujar Manwol perlahan.

Namun Minkyu hanya mengendahkan kata-kata Manwol.

Lengan Manwol ditarik sehingga sampai ke dalam pejabat Minkyu.

Setelah sampai, dia melepaskan pegangan pada lengan Manwol.

Minkyu terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir Manwol tanda senyap.

Setelah Manwol senyap, Minkyu mengukirkan senyuman.

" first of all, kenapa awak nak marah kalau saya dah minta cuti awal-awal? " tanya Minkyu secara elok-elok

Panggilannya antara Manwol dan dirinya ditukar daripada 'aku kau' kepada ' awak saya '

" and bukannya awak tak beri kelulusan cuti saya, awak bagi kan? " soal Minkyu lagi.

Pertanyaan daripada Minkyu membuatkan Manwol terdiam. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

Dia tidak tahu mahu membalas apa kepada pertanyaan Minkyu sebentar tadi.

Minkyu tersenyum. " OK OK kalau awak nak tahu sangat saya keluar dengan sepupu saya. And of course lah kerja penting bagi saya tapi tak salah kan saya ambil cuti? " jawab Minkyu.

Manwol mengangkat mukanya memandang wajah Minkyu kembali.

" tak salah? " soal Manwol. Muka yang paling menjengkelkan ditunjuk kepada Minkyu.

" kau tahu tak hari ni ramai tetamu? Penat aku dengan Jinyoung layan tetamu tadi. Kau pula seronok keluar " balas Manwol.

Dia menjeling Minkyu.

" baiklah jang manwol-shii. Saya tak akan ambil cuti lagi kalau itu yang awak nak "

" Bagus! "

Manwol berpuas hati dengan jawapan Minkyu sebentar tadi. Dia menepuk kedua belah tangannya tanda kegembiraan apabila Minkyu mengucapkan kata-kata tersebut.

Manwol terus melangkah keluar daripada bilik Minkyu dengan senyuman yang lebar.

Manakala Minkyu pula bercekak pinggang melihat raut wajah Manwol itu.

" manwol-shii, saya tahu awak cemburu " kata Minkyu perlahan sebaik sahaja Manwol keluar daripada pejabatnya.

-----

Tbc

[C] Contract:Devil's Love | MinkyuWhere stories live. Discover now