29

84 12 0
                                    

" oppa tengah kerja ni. Kita jumpa esok boleh? "

Minkyu menerangkan situasi sulitnya kepada Hana.

" arraseo, jumpa esok oppa. Bye! "

Hana akur. Dia terlebih dahulu memutuskan panggilan.

" nugu? "

Soal Jinyoung pendek ke arah Minkyu.

" cousin "

Jawab Minkyu pendek sambil tersenyum pendek.




















Tuk! Tuk! Tuk!

" masuk " kata Manwol. Cermin mata bulatnya dibuka dan diletakkan di tepi.

Pelipisnya diurut. Sakit kepalanya apabila melihat dokumen-dokumen yang perlu diperiksa dengan begitu lama.

Minkyu berjalan ke arah meja Manwol.

Manwol berdecit apabila melihat muka Minkyu.
Bukan apa,
Menyampah sahaja.

" jang manwol-shii, dengan rendah hati, saya Kim minkyu mahu meminta cuti untuk keesokan hari. Adakah anda memberi kebenaran? " soal Minkyu dengan sopan santun.

Minkyu melihat wajah Manwol dengan penuh kasihan agar cutinya dibenarkan.

Namun hanya jelingan yang diberi oleh Manwol.

" kau cuti nak buat apa? Membuang masa? " tanya Manwol pula. Minkyu mengeluh.

" kalau kau tak bagi tak meng-"

" ishhh, ya lah aku luluskan "

Jawapan Manwol membuatkan Minkyu tersenyum. Dia terus beredar dari bilik Manwol tanpa mengucapkan terima kasih.

" dasar manusia tak kenang budi " kata Manwol perlahan.

Dia memberi kebenaran cuti kepada Minkyu kerana dia malas mahu menatap muka Minkyu lama-lama.
Cukuplah hanya beberapa minit tadi.




















The next day
Airport-

" Hana kat mana?Oppa ada kat sini ni. " soal Minkyu di telefon.

" hana tengah melambai dekat oppa " jawab hana pada telefon.

Minkyu melihat sekelilingnya dan mencari gadis yang sedang melambai dirinya.

Memandangkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan sepupunya itu, jadi dia tidak lagi dapat mengecam wajah Hana.

Dan pada ketika itu, matanya terpaku pada seorang gadis yang sedang melambai dirinya.

Minkyu terkaku. Panggilan pada telefonnya ditamatkan.

Gadis tersebut segera berlari ke arahnya dan mendakap tubuh tinggi lampai milik Minkyu.

" minkyu oppa. Bogoshipeo. Oppa tahu tak Hana rindu sangat sangat sangat pada oppa? "

Minkyu melihat wajah Lee Hana iaitu sepupunya.

Dia tidak percaya yang dia dapat melihat wajah ini pada zaman ini.

Minkyu perlahan-lahan mengundur ke belakang.

" minkyu oppa. Kenapa ni? " soal Hana. Tetapi Minkyu berdiam diri.

W-Wajah Hana sebijik seperti Soyeong.
Dan dia masih tidak percayakannya.
Adakah ini takdir?






-----

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Contract:Devil's Love | MinkyuWhere stories live. Discover now