Prolog

515 19 3
                                    

UDARA yang bersih selepas hujan itu dihirup segar. Sudah lama dirinya tidak merasai kesegaran seperti ini. Rupanya dunia ini masih indah. Hanya dirinya saja yang tidak pernah menghargai alam.

Nafas ditarik, kemudian dihembus perlahan. Aktiviti itu dibuat berulang kali sehingga dia berasa puas.

Alhamdulillah, syukur. Nikmat Tuhan yang manakah mahu kamu dustakan?

"Betul ke keputusan yang kau buat ni, Jasmine?" Soal Puteri, teman rapat Jasmine Uyaira.

"Aku dah fikir masak-masak. Dan aku sangat yakin. Aku akan tinggalkan semua ni. Aku akan pergi jauh dari sini." Kata Jasmine bersungguh.

"Bila kau nak pergi?"

"Hari ini adalah hari terakhir aku dekat sini. Esok aku akan bertolak."

"Aku harap sangat keputusan yang kau buat ni tak buat kau menyesal dikemudian hari."

"InshaAllah."

Puteri tersenyum apabila mendengar perkataan itu dari mulut Jasmine.

"Kenapa kau sengih?"

"Perubahan kau sangat drastik, Jas. Aku takut kau tak kuat."

"Aku tahu... Put, aku harap sangat kau dapat rahsiakan hal ini dari semua orang. Aku nak cari ketenangan aku sendiri. Kalau boleh aku tak mahu ada sesiapa pun tahu."

"Yang itu kau jangan risau. Kau kawan aku sampai bila-bila. Walaupun lepas ni kita bagai langit dengan bumi tapi aku nak kau tahu yang aku sentiasa ada untuk kau."

"Terima kasih, Put. Aku doakan suatu hari nanti kau pun dapat satu perasaan yang sama macam aku."

"Mungkin."

"InshaAllah lah."

"Amin..."

Jasmine dan Puteri berpelukkan buat kali terakhir sebelum Jasmine berangkat ke tempat yang jauh dari kota metropolitan. Demi hati yang tenang. Dan dia akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Puteri.




BARANG-BARANGNYA telah selesai di kemas. Tinggal untuk dibawa turun sahaja. Jasmine hanya membawa satu bagasi besar. Cukuplah hanya keperluan pakaian sahaja. Yang lain-lain mungkin akan di beli sahaja di sana nanti.

"Ni bawa beg besar-besar you nak pergi mana, Jas?" Soal Puan Laili, ibu Jasmine Uyaira.

"Jas ada kerja dekat luar negeri, Mummy." Jawab Jasmine. Mungkin itu satu penipuan untuk melepaskan dirinya.

"Berapa lama?"

"Tak pasti. Mungkin beberapa minggu."

"Ok, ikut suka hati you. Mummy dan Daddy akan ke luar negara juga next week. Tapi tak pasti sampai bila. Kalau Jas dah balik, pandai-pandai Jas la ya." Jasmine tersenyum kelat.

"Ok, Mummy."

Jasmine menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun rasa kekok, Puan Laili tetap menyambut salam anak tunggalnya itu.

"Jas pergi dulu." Ucap Jasmine sambil memeluk erat ibunya itu.

Pemandu Grab telah menuggu lama di depan rumah banglo tiga tingkat milik orang tuanya itu.

Hoodie pada sweatshirts yang dipakai dinaikkan ke kepala untuk menutupi rambutnya yang berwarna coklat kemerahan  itu. Kebetulan hujan sudah mula turun rintik-rintik.

Jasmine menatap banglo mewah itu buat kali terakhirnya. Semua kesenangan yang diperoleh dari orang tuanya ditinggalkan. Kereta mewah, rumah yang sangat selesa serta kerjaya yang stabil juga ditinggalkan. Dia hanya bawa sejumlah wang simpanan yang diusaha oleh titik peluhnya sendiri sahaja.

Yang Memilih KamuWhere stories live. Discover now