LAKARAN yang dilukis hanya sekadar contengan itu ditenung lama. Sudah lebih dari dua bulan dirinya menyepi. Apa agaknya Mummy dan Daddy buat. Mesti masing-masing tengah sibuk sampai tidak perasan dengan kewujudan aku ada atau tiada. Lagi pula dulu aku pun jenis keluar masuk rumah sesuka hati. Sampai mereka pun dah malas nak kawal aku.
"Jauhnya termenung. Ni mesti asyik teringat dekat buah hati kan?" Tegur Airin sambil mencuit bahu Jasmine.
"Takdelah. Buah hati pun tak ada macam mana nak ingat."
"Amboi... Habis Izham tu apa? Buah ciku?"
"Izham tu cinta hati. Cia cia cia." Jasmine sengaja mahu membalas usikkan Airin.
"Tak payah nak cinta hati sangat. Kalau mamat tu dengar mahunya malam ni tidur pun senyum sampai ke telinga."
"Tahu tak apa."
"Eh, Uyaira pandai melukis rupanya." Tegur Airin apabila perasan kertas yang diconteng oleh Jasmine itu .
"Tak adalah pandai. Conteng-conteng je ni. Balik-balik buang ke dalam tong sampah jugak."
"Airin nak simpanlah. Ni namanya contengan yang berunsurkan seni. Uyaira boleh jadi pereka fesyen ni."
Jasmine ketawa.
"Macam ni pun boleh jadi pereka fesyen?"
"Why not?"
"Tak apalah, Airin. Lebih baik Airin kekalkan je guna khidmat pereka fesyen yang ada. Mereka lebih pandai dan berbakat."
"Uyaira, belakang parang kalau di asah tajam juga tau. Lagipun Airin rasa design baju kita ni macam sama je. Fesyen yang tak keluar dari sempadan Malaysia."
Jasmine tersenyum.
Memang pun. Ya, dia tidak tahu sangat tentang peredaran semasa dalam fesyen muslimah tapi apa yang dia tahu berbanding pengalaman di dalam dunia fesyen dari luar negara, fesyen muslimah kita ni dah jauh ketinggalan.
"Hmm yelah-yelah. Uyaira anggap je la apa yang Airin cakap tu sebagai kata-kata semangat untuk saya terus bermimpi di langit tinggi."
"Tengok tu, orang bagi cadangan tak nak terima."
Jasmine hanya mengeluh berat. Jasmine sememangnya seorang yang pandai melukis. Seorang pereka hias dalaman semestinya perlu pandai melukis.
"Airin nak cakap sikit boleh?"
"Pasal apa?"
"Izham."
Jasmine terdiam.
"Iz tu sebenarnya betul-betul serius nak kan Uyaira."
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Apa yang boleh saya bagitahu benda ni terlalu awal. Sejujurnya Uyaira masih belum bersedia untuk fasa seterusnya." Luah Jasmine.
"Airin bukan nak mendesak atau menyebelahkan Iz tau. Airin cuma nak tahu dari Uyaira sendiri. Apa perasaan Uyaira pada Iz sekarang ni?"
"Susah ya kalau nak cakap tentang hati dan perasaan ni. Sejujurnya, Uyaira pernah ada kekasih sebelum ni. Dan bekas kekasih Uyaira tak sama macam Iz. Uyaira bukan nak bandingkan, tapi apa yang Uyaira nak cakap Iz ni lain dari lelaki yang Uyaira pernah kenal. Dan itu membuatkan Uyaira takut untuk terima Izham."
"Airin tak tahu kisah Uyaira sebelum ni. Tapi Airin harap Izham ni adalah lelaki yang terbaik untuk Uyaira. Terima dia, InshaAllah Uyaira akan bahagia."
Jasmine tersenyum pelik.
"Saya peliklah. Airin tahu yang Izham ni seorang lelaki yang baik tapi kenapa bukan Airin sendiri yang cuba dekati hati Izham?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Yang Memilih Kamu
RomancePerubahan drastik keatas seorang perempuan yang bernama Jasmine Uyaira membuatkan orang sekelilingnya tidak senang. Pelbagai andaian yang dibuat oleh orang sekeliling dibiarkan sahaja. Jika itu bayaran yang perlu dibayar atas kehidupannya sebelum in...