02

279 18 0
                                    

RUNTIN kerjanya dilakukan seperti kebiasaan. Cuma hari ini pelanggan agak ramai juga. Jadi tidak menang tangan nak melayan pelanggan. Mujur hari ini ada seorang staf separuh masa datang membantu. Jika tidak mesti stok dekat belakang itu tidak sempat diusik.

"Kalau Salwa nak keluar rehat dulu pergilah." Kata Airin.

"Kak Uyaira tak nak rehat sekali?" Pelawa Salwa.

"Tak kot. Akak bawa bekal hari ni." Tolak Jasmine.

Kebetulan hari ini dia tidak terasa nak makan makanan yang berat. Sandwich yang dia bawa untuk sarapan pagi tadi pun masih belum terusik.

Selepas waktu rehat pelangan sudah berkurangan sedikit. Mungkin kebanyakkan pelanggan curi masa untuk ke butik memandangkan kawasan berdekatan adalah bangunan-bangunan pejabat.

"Assalamualaikum, Airin ada?" Soal lelaki yang sama tempoh hari. Kalau tak silap Izham namanya.

"Wa'alaikumussalam. Airin ada kat dalam." Jawab Jasmine.

"Ada apa cari aku?" Muncul Airin apabila merasa ada orang menyebut namanya.

"Jom teman aku makan tengahari." Ajak Izham

"Aku bukan tak nak. Tapi memang tak sempat nak keluar makan tengahari ni. Stok baru nak keluar minggu ni. Staf aku sorang baru je pergi keluar makan."

"Kalau macam tu aku tapau untuk korang berdua la."

"Eh, untuk saya tak payahlah. Saya ada bawa makanan dari rumah."

"Kenyang ke Uyaira, awak makan sandwich tu. Tak apa Iz. Kau tapau je untuk Uyaira sekali."

"Saya tak rasa nak makan pun."

"Tak baik tolak rezeki." Kata Izham.

"Nanti pengsan dekat sini saya juga yang kalut."

Jasmine hanya akur.

Tidak lama kemudian Izham datang membawa makanan yang dibungkus. Bau macam sedap. Nasib baik tidak menolak pelawaan mereka tadi.

"Jom kita makan dulu. Maaflah kalau saya pesan makanan tak ikut selera awak. Saya tahu selera Airin je."

"Tak apa. Ni bau pun dah sedap. Tiba-tiba terasa lapar." Balas Jasmine.

"Elehh... padahal memang lapar kan?" Usik Airin.

"Rezeki jangan di tolak... orang dah belanja."

Dalam pada tak nak makan tadi habis licin nasi ni aku balun. Ingat nak makan sandwich je tengahari ni. Balik kerja nanti nak masak kat rumah.

Tapi bila difikir semula, nak masak apa erk? Aku nak sukat air untuk tanak nasi pun tak tahu. Yang paling pakar pun masak mi segera 2 minit. Itu pun kadang-kadang sampai kembang mi segera tu.





          PADA cuti hujung minggu Airin ajak teman dia untuk pilih design baru dan sekali pilih material kain untuk design baru itu juga. Kebetulan tak ada apa nak buat dekat rumah, jadi aku setuju untuk ikut.

"Sorry lambat sikit. Jalan sesak sangat hujung minggu ni." Kata Izham.

Mamat ni lagi. Memang dimana ada Airin, disitu ada mamat ni atau mamat ni ada dimana-mana?

"Tak apa, lagipun kitaorang baru je habis bincang dengan designer supplier tadi." Jawab Airin.

"Jadi, macam mana dengan design yang akan keluar nanti?" Soal Izham.

Kenapa erk mamat ni nak kena tahu progress Butik Aireens ni?

"InshaAllah, aku harap sangat design kali ni lebih menonjol dan mendapat sambutan ramai. Kos dia agak mahal juga la. Tapi design ni memang menjadi kegilaan ramai. Tu yang aku berani ambil." Kata Airin.

Yang Memilih KamuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang