RUANGAN yang kecil dan sempit itu ditenung lama. Harap aku dapat selesa duduk di tempat seluas ini. Rumah teres satu tingkat kos sederhana rendah ini saja yang ada buat masa ini. Lagipun aku hanya tinggal seorang, itu sudah memadai.
Rumah ini umpama seluas bilik aku saja di rumah banglo di KL. Tak apa la. Janji ada tempat untuk berteduh sudah cukup. Nak belajar membiasakan diri dengan suasana baru bukan mudah.
Jasmine memindahkan pakaiannya di dalam bagasi ke almari yang disediakan. Mujur dia dapat rumah yang fully furnished . Tak perlulah dia membeli perabot lagi.
Ditangannya dikeluarkan sehelai selendang berwarna hitam dari bagasi. Ini adalah satu-satunya tudung yang dia ada. Itupun hanya sehelai selendang berwarna hitam untuk acara kematian.
Tudung sehelai yang tidak sampai sepuluh ringgit harganya pun ada tetapi tidak pernah langsung terlintas difikirannya untuk membeli.
Sehelai jubah hitam pula dikeluarkan dari bagasi. Ini pun sama. Dibeli hanya untuk acara kematian. Itupun jarang sekali dia memakai dan menghadiri majlis itu.
"Tak apa. Nanti alang-alang nak ke bandar aku cari sekali tudung dan pakaian yang elok sikit." Getus Jasmine dalam hati.
Baju-baju yang tak cukup benang dan kain ni aku simpan je la. Tak pun pakai dalam rumah saja. Rugi pula kalau nak buang. Semua baju-baju ni aku beli mahal dan berjenama. Kalau jual semula pun aku rasa akan dapat untung. Tapi takkan aku nak galakkan lagi orang lain untuk pakai baju tak cukup benang ni kan.
RAMBANG matanya memilih baju-baju di butik ini. Semua cantik-cantik, tapi takkan nak borong satu kedai ni. Maka terpaksalah pilih yang betul-betul berkenan di hati.
"Yang ini kalau awak pakai mesti cantik." Sapa seorang perempuan yang entah bila muncul disebelahnya.
"Yeke? Terima kasih. Banyak baju yang lawa-lawa kat butik ni. Rambang mata jadinya." Balas Jasmine ramah.
"Terima kasih. Jemputlah tengok yang belah sana pula." Pelawa perempuan yang menegurnya tadi.
"Ni butik awak ke?"
"Haah, butik saya sendiri. Sayalah bos, saya jugalah kuli dekat sini." Seloroh perempuan itu.
"Tak apa, gaji pun dibayar double." Usik Jasmine.
Perempuan itu hanya ketawa kecil.
"Kalau ada orang nak bekerja, bolehlah bawa jumpa saya ya."
"Tengah cari pekerja ke?"
"Ha'ah, tak larat lah nak kerja sorang-sorang. Staf saya baru saja berhenti selepas mendapat tawaran belajar dan sampai sekarang masih belum dapat penganti."
"Kalau saya yang nak bekerja di sini? Boleh?"
"Boleh, kalau betul-betul nak kerja."
"Saya boleh dan betul-betul nak bekerja. Lagipun saya baru saja berpindah disini."
"Oh ya? Kalau macam tu esok boleh datang sini untuk mula kerja?"
"Boleh. Sebelum tu saya nak bayar untuk ini dulu." Jasmine meletakkan beberapa helai tudung dan baju di atas kaunter pembayaran.
"Boleh... boleh..."
"Saya nak panggil cik apa ya?"
"Panggil Airin cukup. Nama awak apa?"
"Panggil Jas... hmm panggil Uyaira saja."
"Uyaira, jom masuk bilik saya sekejap. Kita buat sesi interview dulu."
YOU ARE READING
Yang Memilih Kamu
Roman d'amourPerubahan drastik keatas seorang perempuan yang bernama Jasmine Uyaira membuatkan orang sekelilingnya tidak senang. Pelbagai andaian yang dibuat oleh orang sekeliling dibiarkan sahaja. Jika itu bayaran yang perlu dibayar atas kehidupannya sebelum in...