AIRIN merenung tajam ke arahku sambil menunggu jawapan. Matanya sengaja dijengkilkan supaya aku membuat keputusan dengan segera setelah lama berdiam.
"Saya tahu kawan awak tu baik orangnya. Tapi saya masih belum bersedia."
"Sebab tu awak kena cuba. Cuba dulu ya. Mana tahu serasi, tapi misal kata korang berdua tak ada chemistry. It's okay. Airin boleh terima apapun keputusan Uyaira selepas ni."
"Airin, kenapa dia tak dengan awak je. Airin jauh lagi baik dari saya. Saya yakin yang korang berdua memang boleh jadi pasangan yang baik."
"Ish dia ni. Kita ni nak kenenkan dengan dia, tapi dia sibuk nak kenenkan dengan orang."
"Ok, macam ni lah. Saya cuba. Tapi terus terang saya cakap saya takkan paksa diri saya untuk terima dia."
"Haa.. macam tulah. Uyaira cuba dulu. Belum cuba belum tahu."
Jasmine hanya tersenyum kelat. Mengenangkan yang Airin ni bos dia saja. Dan banyak membantu sepanjang dirinya berada disini. Kalau ikutkan hati, dia tak nak perkara macam ni berlaku dengan cepat. Jasmine belum bersedia.
"Iz tu baik sangat orangnya. Keluarga dia pun dari orang baik-baik." Puji Airin lagi. Nak menjual la tu.
"Uyaira bukan apa. Rasa macam tak layak pula. Saya tahu Iz tu orang baik-baik."
"Uyaira, semua orang ada sifat baik dan buruk. Kalau Uyaira rasa tak cukup baik, apa kata ambil pendekatan ni sebagai satu langkah untuk kita menjadi baik juga seperti dia."
Ada betul juga kata Airin.
Kalau kita rasa diri kita tak baik kenapa kita tak buat benda baik?
"Oklah. Nanti Airin bagitahu Iz yang saya terima tawaran dia."
Airin tersenyum lebar.
JASMINE merenung skin telefon pintarnya. Lajunya Airin buat kerja. Kata nak bagitahu bila mamat ni dah balik dari outstation. Ni tak sampai malam dah berdesup mamat ni call.
"Ada apa telefon malam-malam ni?" Soal Jasmine sejurus menjawab salam dari pemanggil.
"Garangnya. Saya nak tanya awak je."
"Nak tanya apa? Tanyalah cepat. Saya ada banyak kerja nak buat ni."
"Aik, awak dekat butik lagi ke? Airin kata awak dah balik."
"Ooh.. Airin dah buat laporan ke?"
"Eh, tak ada. Saya yang tanya Airin."
"Nak tanya apa tadi? Cakaplah cepat."
"Awak dekat mana ni?"
"Dekat rumahlah. Awak ingat saya balik rumah terus tidur ke?
Ada ketawa di hujung talian.
"Ok, maaf. Saya cuma nak tanya, betul ke?"
"Apa yang betul?"
"Betul ke apa yang Airin bagitahu saya ni?"
"Apa yang Airin bagitahu awak?"
"Awak terima lamaran saya?"
"Bukan terima lamaran ya. Terima tawaran sahaja."
"Mana-mana sajalah, janji awak terima saya."
"Saya cuba saja, Iz. Saya tak nak awak berharap lebih."
"Ok, tak apa. Itupun dah memadai."
Beberapa saat berdiam, Izham menyoalnya kembali.
"Esok awak free?"
YOU ARE READING
Yang Memilih Kamu
RomancePerubahan drastik keatas seorang perempuan yang bernama Jasmine Uyaira membuatkan orang sekelilingnya tidak senang. Pelbagai andaian yang dibuat oleh orang sekeliling dibiarkan sahaja. Jika itu bayaran yang perlu dibayar atas kehidupannya sebelum in...