Cover by : @MrsSufi
Kerana sebuah tragedi, hidup seorang Addin seperti diganggu mimpi. Dia tidak tenteram saat mahu melelapkan mata. Sudahnya dia membuat keputusan untuk mencari kisah di balik tragedi hingga dia jatuh cinta pada tulusnya si gadis bu...
KOTAK kecil di tangan diraba sekali lagi. Isi dalamnya diambil. Perlahan objek kecil itu dipegang. Walaupun tidak dapat dilihat, dia tahu itu apa. Entah di mana pemiliknya. Adakah dia pernah mencari ataupun sudah pergi jauh bersama lesapnya dia saat hari kejadian.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Gadis itu usap pipi yang mulai basah. Kenapa ini yang harus terjadi di dalam hidupnya? Lima tahun lalu, hidupnya masih bahagia walaupun tidak bergelumang dengan kemewahan. Ada ayah dan ibu yang saling meneman. Ada adik yang memberi tawa memecah kesunyian.
Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Ibunya ditinggal sang ayah yang diserang sakit angin ahmar. Menderita ibunya tiada lagi ketua keluarga tempat mereka bergantung hidup. Terpaksa Latifah mengusahakan tanah kebun yang cuma sekangkang kera itu untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan hidup.
Selang dua tahun kemudian, Adib Amar, adik Ainnara pula pergi meninggalkan keluarga kecil itu kerana terlibat dalam satu kemalangan. Ainnara sendiri pula kehilangan penglihatannya kerana satu tragedi yang menyayat hati.
Tinggallah Latifah membanting tulang empat kerat untuk menyara hidup mereka dua beranak. Ainnara cuma mampu menolongnya di gerai jualan sayur. Pergerakan gadis itu terbatas. Dia tidak mampu untuk melakukan kerja seharian dengan mudah.
Kesal. Itulah yang dia rasa saat ini. Sudah dua tahun kejadian ngeri itu berlalu. Ia meninggalkan luka yang perit. Dunianya berubah seratus peratus. Tiada lagi cahaya yang menyinari hidupnya. Hanya kegelapan yang menjadi sahabat karibnya.
Waktu dulu, matahari menjadi saksi betapa dia mensyukuri setiap cahaya yang menerangi hidupnya. Tidak disangka waktu malam yang gelap gelita pula yang dia harungi saban hari. Siang dan malam tiada beza. Hanya kegelapan yang dia punya.
"Kak, Amar nak jadi doktor bila dahhabisbelajarnanti. Amar nakmerawatsakit ayah. Biaributak susah hatilagi. Kalauakaksakit pun, takpayahkeluarkanduit. Amar berirawatanpercuma."
Suara arwah Adib Amar, adiknya itu menampar gegendang telinga Ainnara. Betapa dia merindui Amar, adiknya yang cuma seorang itu. Namun apa daya, dia pergi menyusul Mahadi, ayah mereka itu yang meninggal dua tahun sebelumnya.
Betapa teganya manusia itu yang membawa adiknya pergi dari hidupnya. Berlumuran darah Adib Amar di kepala dengan kaki yang patah. Namun tidak ada yang sudi menolong untuk dihantar ke hospital. Tewas akhirnya Adib Amar tanpa pertolongan siapa-siapa.
Kerana itu, Ainnara trauma saat mendengar nama Amar. Lelaki itu, Encik Kubis pelanggan tetapnya bernama Amar. Dia tidak sanggup untuk memanggil nama itu walaupun sekali. Tidak sanggup! Jadi, biarlah cuma Addin yang dia kenal. Tidak dengan nama Amar.