BELUM sempat tubuh Amar melangkah masuk ke dalam perut kereta, namanya dipanggil seseorang. Amar berpaling. Senyumnya pudar serta-merta.Figura di hadapannya kini sedang tersenyum seolah meminta simpati. Amar tidak memberi reaksi. Dia sudah tahu, jika figura ini bermanis muka seperti ini, sudah tentu dia punya agenda tersendiri. Pasti ada yang dia hendak dari dirinya.
"Hmm... ada apa?"
"Kau dari mana saja, hah? Puas aku call tak berangkat. Sekarang ni dah macam halimunan. Memanjang takde. Mentang-mentang cuti. Langsung tak masuk office."
Amar mengerut dahi. Sibuk betul mamat ni. Ada je yang buat hatinya menggelegak. "Eh! Suka hati akulah! Dah namanya pun cuti. Apasal pulak nak kena masuk office?"
"Lantak kau la. Whatever!" Cebik figura di hadapan.
"Kau nak apa ni, Qief? Jangan kacau urusan aku boleh, tak?" Amar tayang riak bosannya.
"Daddy minta cuti kau ditunda untuk tiga hari ke depan. Ambil cuti hari lain." Tersengih Aqief macam kerang busuk, menyakitkan hati Amar.
"Eh, apasal pulak? Mana aci macam ni. Kau cuti sampai berbulan, takde siapa pun nak kacau. Aku belum sampai seminggu, daddy dah tarik balik. Apasal ni?" Amar tidak puas hati.
"Dua hari lagi ada meeting penting dengan Saujana Holding. Daddy minta kau yang uruskan sebab daddy ada pertemuan dengan Encik Watashi dari Jepun hari yang sama. Jadi, kau jangan nak mengelak." Aqief tayang sengihnya lagi. Berbulu pula Amar rasa dengan tingkah Aqief ni.
"Habis tu, kau buat apa?"
"Aku ada urusan lain yang lebih penting. Kau kan orang kepercayaan daddy. Jadi kau la orang yang paling tepat kena handle meeting tu. Tapi bukan kat pejabat ya, kat PD. Tiga hari!"
Aqief acung tiga jarinya di depan Amar."Hah? PD? Tiga hari?" Terbuntang mata Amar mendengarnya. Oh no! Tak dapat nak jumpa Nara ni. Kurang asam kau, Qief.
"Kau je la pergi, Qief! Belajarlah. Cuti aku juga kau nak kacau. Leceh arr kau ni." Amar merungut kesal. Hilang peluangnya untuk menemui Ainnara. Bungkusan kotak hadiah yang baru diletakkam di atas kerusi penumpang sebelah hadapan dia tenung. Hai la hadiah! Belum tiba masanya kau bertukar tangan.
"Ini arahan daddy la, bongok! Pergi jelah. Kau ingat aku sengaja tak nak pergi?" balas Aqief dengan senyum sinisnya.
"Kau panggil aku macam tu lagi, pecah mulut kau. Aku tak main-main. Jangan cabar aku, Qief!" marah Amar dengan mengepal penumbuknya. Berhadapan dengan adiknya yang cuma seorang ini boleh jadi gila. Perlukan tingkat kesabaran yang tinggi.
"Okey, okey! I'm sorry abangku sayang. Apa-apa bantahan melalui daddy, ya? Dah, tu je aku nak bagitahu. Semua info pasal meeting tu jumpa PA kau. Dia bagitahu nanti. Aku chaw dulu."
"Wait! Kau tak boleh pergi PD tu kenapa?"
"Aku dah ada temujanji dengan Marsyanda. Nak pergi tengok wayang dengan dia."
"Tunggu!" Tangan Aqief ditarik Amar.
"Apa ni?" Berkerut dahi Aqief pula.
"Kau masih nak stay dengan pompuan pisau cukur tu? Tolong la Qief. Kau akan menyesal nanti."
"Kau apasal sibuk hal aku pulak, Am?" marah Aqief seraya merentap kasar tangannya daripada dipegang Amar.
"Tak dapat pengajaran ya dari apa yang Marsya buat kat aku? Kita jadi macam ni pun sebab dia, tahu? Please la Qief buka mata tu. Marsya tu cuma pergunakan kau untuk kepentingan dia je. Takde istilah setia dalam diri dia, Qief. Aku lebih kenal dia. Kau ingat tu, Qief!" Amar cuba mengingatkan.
YOU ARE READING
SAYO-NARA [CETAK]
RomansaCover by : @MrsSufi Kerana sebuah tragedi, hidup seorang Addin seperti diganggu mimpi. Dia tidak tenteram saat mahu melelapkan mata. Sudahnya dia membuat keputusan untuk mencari kisah di balik tragedi hingga dia jatuh cinta pada tulusnya si gadis bu...