Bab 4 √

1.4K 104 23
                                    


MEJA itu diketuk-ketuk dengan pen yang berada di tangannya sejak dari tadi. Hilang fokusnya untuk membuat kerja. Ingatannya pada gadis penjual sayur itu tidak mahu hilang dari kotak memorinya. Semakin dia mahu melupakan, semakin ia datang mengetuk pintu hatinya.

Sudahnya, mesyuarat yang sepatutnya diadakan jam sembilan pagi nanti, dia batalkan. Dia tidak keruan di tempat duduknya. Sudahlah kegelisahannya pagi tadi dihidu Elina. Pelbagai asakan soalan dari wanita itu terpaksa dia hadap sewaktu di meja makan saat sedang bersarapan.

"Mak Cik Murni kata, semalam Am bawa balik sayur satu plastik besar. Mana Am beli? Untuk apa? Sejak bila pula Am reti pergi pasar ni? Dah nak ambil alih tugas Mak Cik Murni pulak ke, Am?" Amar melepas keluhan. Teguran Elina buat dia malas untuk berdebat.

"Takde apa la mommy, Am cuma tolong ada sorang mak cik tu. Hari nak hujan. Kesian dia, sayurnya masih banyak. Jual tepi jalan. Jadi Am beli biar cepat habis. Tak salah kan mommy kita tolong orang!" Amar bersahaja menjawab pertanyaan Elina namun dahi wanita itu berkerut tanda hairan.

"Jual tepi jalan? Bukan kat pasar? Kamu ke mana semalam, Am?"

"Takde ke mana la mommy. Apa kes pulak Am nak pergi pasar, mommy!" Amar mulai risih.

"Mommy tengok kamu ni lain macam je, Am? Tak sihat, ke? Bermenung je? Tu... bihun goreng, tak sedap ke? Asyik kuis je dari tadi tak dimakan?" Elina bertanya lagi sambil tangannya menyuap bihun goreng ke mulutnya.

"Sedap, mommy. Tapi Am takde selera. Perut memulas dari tadi." Amar beralasan.

"Eh? Salah makan ke? Semalam makan apa?" Elina menyoal lagi. Amar di hadapan menggeleng berhasil membuat Elina mengerutkan dahinya. Hampir bertaut keningnya.

"Am gerak dulu, mommy. Nanti lambat." Amar bingkas bangun seraya meninggalkan meja makan setelah menyalami Elina sebelumnya.

SAYO-NARA [CETAK]Where stories live. Discover now