6. MUNCUL, HADIAH AYAH.

7 1 0
                                    


Hari seterusnya,

Sudah pukul 8 dan Timiya pun bangun dari katilnya dan bersenam sikit seperti biasa. Tiba-tiba dia rasa bahagian badan yang terkena dinding semalan  sangat sakit .Dia angkatkan kain tidurnya dan cek tangan kanannya dan kakinya dan perasan bahagian itu sudah lebam dan berdarah sikit. 'Semalam tak perasan pun.' 

Walau begitu Timiya hanya cepat tukarkan baju dan bersedia untuk bersarapan.Baru Timiya keluar dari bilik pun dengar satu suara lelaki.

"Selamat pagi ,cik." Timiya terkejut dengan suara lelaki itu bukan sebab suara itu tiba-tiba muncul.Sebelum keluar dari bilik dia pun sudah bersedia untuk menerima sapa tetapi suara itu lelaki. Rumahnya sudah lama tidak ada pembantu rumah lelaki kecuali chef dan pengawal rumah. Tapi 2 jawatan ini tidak sepatut di sini, yang penting chef di rumahnya hanya seorang tapi masa ini dia mesti berada di dapur untuk sediakan sarapan .'Bukan chef , pengawal rumah?'

Timiya pusing kepalanya menuju ke arah suara berbunyi. Tetapi dia tidak nampak lelaki yang memakai baju uniform yang disediakan oleh keluarganya tetapi baju jas. Timiya terkejut lagi ."Siapa kamu ? Kamu bukan pengawal rumah ?" Timiya perasan lelaki itu memakai jas yang lengkap dan rasanya tidak sama dengan pengawal rumah yang kasar. 'Penguam? Masa ini?'

Timiya tengok jam tangannya yang menunjuk ke 9 dan berfikir lagi, selepas itu dia tanya dengan yakin, "Ayah saya meninggal dunia?"

"............Tidak, Saya bukan penguam ,saya butler peribadi cik yang diluluskan oleh Encik Sinw." Lelaki itu perasan Timiya mengganggap dia seorang penguam.

'Butler peribadi ? Ayah??' "Buktinya mana?" Timiya hulurkan tangan dan meminta.

Lelaki itu memberikan beberapa helai kertas yang sudah lama dipegang ke tangan Timiya dengan menggelakkan menyentuh Timiya.

"Ini konkrit yang disetujukan oleh Encik Sinw, dan Encik Sinw suadah menandatangan sekarang hanya harus cik tandatangan dan saya akan berkhidmat untuk cik sahaja."

"Em.. Kalau saya tak tandatangan ,maksudnya... kerja kamu tidak boleh dijalankan ,betul atau tidak?" Timiya sudah memastikan tandatangan ayahnya adalah benar dan terus mengabaikan syarat-syarat . Timiya tidak ingin ada lagi seorang lelaki yang sudah dewasa selalu di sisinya dan menjaga dia , pembantu rumah yang berpuluh-puluh sudah cukup untuk menjaga dia.

"Tidak, sebab tandatangan cik hanya untuk memastikan cik faham syarat-syarat itu dan memastikan saya menjalankan tugas dengan baik pada masa yang akan datang. Encik Sinw yang membayarkan gaji saya." Lelaki itu menjelaskan fungsi tandatangan Timiya dalam kertas konkrit itu.

'Tak berfungsi...Aihh'  "Faham, saya perlu sedikit masa untuk tengok semua kertas ini ,mungkin petang ini saya akan tandatangan. Dan tolong beritahu Loe aktiviti hari ini semua batalkan......Loe ketua pembantu rumah ,tahu?" Timiya tengok kertas yang  tebal itu dan perasan mungkin budak baru ini belum kenal semua orang di rumahnya.

"Tahu, boleh tanya mengapa membatalkan aktiviti hari ini , bukan hari ini tak perlu bersekolah hanya kelas tambahan sahajake?" Dia berasa pelik dengan Timiya yang tidak pernah memonteng sesuatu kelas pun.

"Sakit badan." Timiya menjawab dan sambil menurun tangga.

"Saya akan panggil Doktor Coco nanti." Dia mengekori Timiya di belakang

Timiya berhenti dan berpusing badan dan cakap "Adakah saya minta? Jangan buat keputusan yang saya tidak minta."

"Minta maaf ,cik." Butler minta maaf kepada Timiya .

Timiya berpusing dan menurun tangga.

Apabila Timiya sampai ke meja makan ,pembantu rumah yang bertunggu di situ cepat-cepat menyediakan alat makan ke atas meja dan menyuruh chef yang sudah menunggu di dapur . Tiada siapa yang berasa pelik dengan kemunculan lelaki itu.

Loe datang ke depan Timiya dan bertanya "Cik Miya, hari ini bangun lewatnya , tak sihat ke?"

"Tak ada apa, hanya sakit badan sahaja , semalam kan kena baling."

"Kalau tak boleh bertahan panggil Loe tau?"

"Ya, ya,ya, Loe kenal butler peribadi saya?" Timiya tunjukkan lelaki di belakang yang hanya bersenyum-senyum dengan pembantu rumah yang ingin membantunya dan menyoal dia soalan untuk menarik perhatian dia.

"Ohh, Heslov ,mestilah kenal ,dia buat daftar dekat saya. Terkejut Loe, tengok muka ingat penguam tetapi butler." Loe memandang lelaki yang ditunjukkan oleh Timiya.

"Heslov?" Timiya tanya Loe.

"Cik tak tahu lagi nama dia?"Loe pula yang terkejut.

"Lupa nak tanya, tiba-tiba muncul ,belum biasakan."Timiya jelaskan matanya memberitahu bahawa dia ingin mengetahui nama penuh Heslov .

"Namanya Heslov Pou, umurnya dekat dengan cik, 20tahun, tetapi dia sudah jadi butler cemerlang dalam 1 tahun ibubapanya orang biasa ,dia bekerja sebab ingin meringankan beban ibubapa ."

'Dalam satu tahun ,sudah jadi butler cemerlang?' Timiya berasa sangat pelik dengan tempoh masa yang sangat pendek Heslov naik gred.

"Dia pernah berkhidmat untuk siapa?"

"Yang inilah Loe rasa pelik , seorang pun tak ada, cik orang pertama dia berkhidmat. Mungkin dia berlatih bersungguh-sungguh ? Entahlah."

"Mana mungkin, butler kena berkidmat untuk beberapa orang dan mendapat komen yang baik dan ada surat sokong dari beberapa dulu, baru akan jadi butler cemerlang, mana mungkin sebab pelatih terbaik?" Suara Timiya semakain kuat dan perkataan terakhir hampir menjerit.

Heslov berasa risau dan cepat berlangkah ke sisinya dan menjawab "Cik ,sila bertenang. Oleh sebab saya pernah jadi pembantu rumah beberapa keluarga pembesar negara, dan dapat surat sokong , syarikat saya menaikkan gred saya."

"Betul? Kalau saya tahu kamu tipu jangan harap bekerja di sini lagi.Saya tak suka orang bertipu pada saya." Timiya memberi amaran kepada Heslov.

"Ya ,betul."Heslov bersenyum dan menjawabkan.

"Sudah." Timiya rasanya dia seorang yang jujur, 'Mungkin boleh percayanya.'

Heslov menarik kerusi dan menolak kerusi apabila Timiya duduk. Kemudian memberitahu arahan Timiya pada pagi tadi kepada Loe dan meminta semua perkara Timiya dari Loe.

"Sarapan apa?" Timiya duduk di kerusi dan tanya kepada pembantu yang sedang menyediakan makanan.

"Pagi ini ada sup cendawan , roti beras ,dan susu lembu segar dari ladang nenek cik. Sup cendawan sedang dibuat ,cik sila tunggu sementara."pembantu rumah itu menghidangkan roti beras dan susu ke atas meja.

"Nenek hantar susu lembu ? Bila susu itu sampai ?" Timiya ambil susu dan tanya. 'Nenek hantar susu ? Bukan sudah lama tidak hubungi ke?' Timiya sambil minum dan berfikir.

Pembantu rumah memberikan tisu dan menjawab "Pagi tadi ,cik."

"Ok, kamu boleh pergi rehat selepas sup sampai." Timiya lapkan susu yang melekat di sekeliling mulut.

"Terima kasih ,cik. "Pembantu rumah itu pergi ke dapur dan menunggu sup. Masa ini Heslov juga balik. Hanya mereka berdua sahaja yang sedang di meja makan.

Perempuan duduk di kerusi perlahan-lahan menggoyakkan roti beras dan makan bersama dengan susu segar ,dia menepikan rambut yang mengganggunya makan ,pipi yang putih dan bibir yang merah menjadikan perbezaan dimunculkan. belakangnya ada seorang lelaki berpakaian jas hitam yang kacak dan mempunyai bentuk badan yang sangat sempurna berdiri tegak dan hanya berdiam menjaganya , cahaya matahari yang terlepas dari tingkap menyinarkan kedua-dua orang. Jas hitam lelaki dan kain warna kelabu perempuan seperti telah menjadi warna yang paling ceria dalam dunia ini .Ia merupakan suasana yang sangat damai . Heslov menikmati masa itu dan pada masa yang akan datang suasana merupakan ingatan yang paling bahagia.

Tiba-tiba ada satu suara merosakkan suasana ini.

"Weh nanti sediakan kereta , i nak keluar sekejap."



Yohoo, bab dulu dibatalkan sebab rasa macam pelik, mengapa Timiya tiba-tiba jadi kelakar??So aq tukar .......(mengambil masa yang panjang sbb computer sibuk digunakan oleh kakak~)

CAHAYA DALAM GELAPWhere stories live. Discover now