Ya, itu Taliya.
Taliya turun dari tangga dan menyuruh pembantu rumah dengan nada yang sangat sombong. Tiba-tiba , awan menutupi matahari, cahaya matahari tidak lagi cerah seperti tadi. Suasana damai juga hilang bersama dengan cahaya matahari. Heslov bermasam muka walaupun tahu Taliya itu adik Timiya.
Taliya baru berlangkah masuk tempat makan pun nampak Heslov yang bermuka masam berdiri di belakang Timiya. "Eh?? Kau siapa? Guard? No way..." Taliya berpusing-pusing di sekeliling Heslov.
"Selamat pagi, cik Taliya ,saya butler peribadi Cik Timiya." Heslov merendahkan kepala untuk menggelakkan memandang Taliya.
"Butler peribadi? Untuk kakje, so I punya tak adalah!" Taliya rasa ayahnya sangat tidak adil ,kakaknya ada butler tetapi dia tak ada. Dia terlupa ayahnya pernah berjanji dengan dia untuk memberikan hadiah selepas pulang walaupun bukan hari jadi dia.
"Encik Sinw belum mencadangkan untuk Cik Taliya lagi." Heslov hanya menjawab apa yang dia tahu.
"Semua kakak punya ,I tak pentinglah! He!" Taliya rasa ayah sangat tidak adil kepada dia dan kakaknya. 'Mengapa dia je yang dapat butler handsome, aku tak dapat apa pun!' Taliya membaling bag tangan Bonia nya ke atas sofa yang diletak di tepi meja makan. Tangannya juga terkena kerusi yang diletak didepannya.
"Ouch!!" Taliya memegang tangan yang cedera itu menjerit selepas nampak Heslov langsung tidak kisah pada dia. "Weh , kau tak nampak tuan kau sakit ke! Cepatlah papah I pergi rehat!"
Tetapi bagi Heslov Timiya sahaja yang merupakan tuannya, orang lain nak layan atau tidak suka hatilah.
Pada masa ini, Timiya sudah tak sabar untuk berhentikan Taliya untuk membaling muka lagi. " Liya, tuan dia ayah ,aku orang yang dapat faedah sahaja. Sudah, duduk makan ada sup cendawan yang paling suka dan nenek hantarkan susu lembu dari ladang."
"Nenek hantar susu lembu! Yeah, nenek sahaja yang sayang I! Tapi siapa cakap kau boleh minum, I yang minta dengan nenek nak susu tau!" Taliya merampas cawan yang dipegang oleh Timiya. Entah Taliya sengaja atau apa, susu yang dalam cawan semua tumpah ke atas kain Timiya. Taliya menunjukkan muka yang puas hati apabila Timiya terkejut.
"Opss, sorry." Taliya tidak pandang Timiya walaupun sedang minta maaf.
"Cik, kamu tak apa?" Heslov ingin mengelapkan susu yang tertumpah dengan sengaja di atas kain Timiya tetapi teringat syarat-syarat , menggelakkan menyentuh Timiya, Timiya tidak suka orang lain sentuh dia. Heslov hanya memberikan sapu tangan yang dia sentiasa membawa di sisi.
"Tak ada apa, terima kasih tapi..... bagi saya tisu sahajalah." Timiya tidak terima sapu tangan dia kerana mengerikan sapu tangan itu. 'Sapu tangan bukan guna untuk lap peluh ,hidung ke?' Timiya berfikir ini.
Heslov boleh perasan kengerian Timiya, dia simpan balik sapu tangan dan memberikan beberapa keping tisu .
"He! Nak bagi tapi kak tak terima ,nampak ke tak itulah respon dia apabila kau tindak baik kat dia!" Taliya masih sibuk di situ untuk 'memperhatikan' Timiya dan Heslov.
"Liya ,aku akan bincang dengan ayah untuk menambah masa kelas tambahan kau, kau bukan tak ada hal ke." Timiya memberikan tisu yang diguna kepada Heslov dan membalas balik kepada Taliya.
"Kau berani!" Taliya mengangkat tanganya tunjuk kepada Timiya.
"Aku berani.Dan tak ada siapa pun cakap susu itu untuk kau sahaja . Kalau memang begitu juga, kamu perlu minum susu itu setiap masa kerana nenek hantar 10Liter dalam 2 botol, untuk pengetahuan kau ,susu akan basi selepas 3hari dibuka." Timiya balas balik dan merendahkan tangan Taliya yang tunjuk dia.
"Tak sopan guna jari tunjuk orang." Timiya baru perasan Taliya pakai baju lawa dan makeup, ingin keluar rumah.
"Suka hati akulah!" Taliya lapkan tangan yang disentuh atas kainnya.
"Heslov ,aku pergi tukar baju kamu jangan bagi Taliya keluar dari rumah ,dan bagitahu guru taekwondo dia hari ini boleh tak tambah lagi 2jam."
Taliya paling benci kelas taekwondo sebab akan berpeluh.Timiya tak menyertai kelas taekwondo sebab akan menunjukkan muka.
"Aku nak keluar! Aku ada hal!" Taliya cakap.
"Batalkan." Timiya tidak menunggu Taliya balas terus naik ke tangga.
"What??!! Wehh! Wehh! " Taliya jerit di belakang Timiya. Tetapi dia hanya nampak belakang Timiya sahaja.
"Cik Taliya sila bersarapan, kamu hanya 20 minit untuk bersarapan, selepas sarapan ada kelas taekwondo." Selepas Heslov memberitahu Taliya, dia menuju ke arah ruang tamu dan duduk di sofa.
"I ada cakap kau boleh duduk ke! Percaya tak I pecat kau!" Selepas Taliya cukup jerit dia tukar sasarannya, Heslov yang tidak hormat dia.
Heslov hanya duduk di atas sofa dan membiarkan Taliya habiskan marah di situ.
"Cik Taliya , saya ulang sekali identiti saya, harap kamu boleh ingat kali ini. Saya butler PERIBADI Cik Timiya, iaitu kakak engkau dan dengan yang lebih penting Encik Sinw yang membayar gaji saya. Saya dengan Cik Taliya tiada satu hubungan pun. Tugas saya sekarang adalah mengawas Cik Taliya sehingga Cik Timiya , iaitu tuan saya turun."
"Dan yang paling penting sekali ,konkrit saya dengan Cik Timiya ada satu syarat yang memberitahu bahawa saya hanya perlu mementingkan dan menjaga keseluruhan perkara yang berkaitan dengan Cik Timiya, walaupun Encik Sinw saya pun tak payah layannya ,jangan kata kamu . " Heslov hanya memandang Taliya dengan tenang dan tiada emosi. Dia orang Timiya ,mana boleh dibuli!
"Cis! So kau jaga I macam nilah!" Taliya tak suka cara Heslov pandang dan juga nadanya ,seerti dengan Timiya. Sentiasa tenang sahaja.
"Bukan jaga, Mengawas." Heslov membetulkan kesalahan perkataannya.
"Shit.." Taliya putus asa untuk mencari pasal Heslov mulutnya kejam seperti kakakya. Dia jalan balik ke meja makan dan bersarapan. Hanya pecahkan satu mangkuk sahaja, kerana kena ugut dengan menambah masa kelas tambahannya oleh Timiya yang baru siap tukar baju dan turun tangga .
Heslov berdiri dan mengemaskan bajunya apabila Timiya turun. Timiya memandang Heslov yang bertenang sahaja duduk di sofa. "Heslov, apa yang berlaku?"
"Tak ada apa yang berlaku. Cik Taliya nak main mangkuk saya mana ada hak nak halangnya ."
".......ma..in.?" Timiya rasa pening kepala cakap dengan Heslov ini. Main mangkuk pun boleh keluar dari mulutnya!
"En!" Heslov pandang Timiya dengan mata jujur dan berkilat.
"..........." 'Hehe ,Main ! Main kepala otak kau! Main!'
YOU ARE READING
CAHAYA DALAM GELAP
RomanceTIMIYA SINW SENTIASA SEORANG TIDAK KIRA DI RUMAH ATAU DI LUAR.AYAH YANG SIBUK DENGAN PERNIAGAAN,EMAK YANG MATI AWAL ,ADIK PEMREMPUAN YANG BENCI DIA KERANA AYAH BAGI KASIH SAYANG LEBIH BANYAK WALAUPUN KASIH SAYANG ITU ADALAH TIDAK SAMPAI 1/100 BERBA...