kejutan

9 0 0
                                    

"Hana! Bawak kek ni ke depan. Majlis hari jadi kamu dah nak mula ni." Aku tersentak dari lamunan aku dan terus membantu nenek aku di dapur.
Sebulan dah berlalu. Harini birthday aku. Aku excited gila nak jumpa kawan-kawan, lagi-lagi Haziq. Sepupu tu memang jangan haraplah nak datang. Lepas arwah ibu dan abah meninggal, mereka semua buang aku, dan langsung tak pernah melawat aku dan nenek kat kampung.

" Dah pukul 2 ni, apesal diorang tak datang lagi? Biasanya Haziq orang first yang datang, ni batang hidung dia pon aku tak nampak" Aku tercari-cari kelibat rakan-rakanku. Takde sorang pun yang muncul.
"HAPPY BIRTHDAY!" Aku terkejut mendengar suara dari belakang aku dan menoleh. Semua kawan aku sudah berada di belakang aku sambil memegang hadiah yang akan diberikan kepada aku. "Haih, dari mana korang masuk?" Tanya aku pelik. "Hehe. Dari pintu belakang rumah kau" Aku tergelak sambil tersenyum gembira.

Sambutan hari jadi aku sangat meriah. Namun, dalam kemeriahan tersebut, aku masih tertanya-tanya. "Mana Haziq?" Aku termenung memikirkan keberadaan sahabat aku itu. Sejak habis UPSR, aku langsung tidak mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengannya.
"Weh Hana! ni ada posmen hantar surat dengan hadiah sekali." Zati, salah seorang rakan karib aku berkata. Aku tersentak dari lamunan aku dan terus memandang Zati yang sudah berada di sebelah aku sambil menghulurkan surat dan hadiah.
"Ha? Ape kau cakap tadi?" Aku bertanya.
"Haih kau ni, petang-petang nak mengelamun, orang panggil tak dengar. Pastu tanya. Menyampah aku. Ni ha, ada orang bagi surat dengan hadiah. Posmen hantar tadi." Bebel Zati sebelum memberikan aku surat dan hadiah tersebut.
"Hehe. Sorry" Aku tersengih. " Erm siapa bagi ni Zati?"
"Eh eh tanya aku pulak. Cuba tanya surat tu, agak-agak dia jawab tak? Tengoklah nama dekat surat tu, hadoiyai kau ni" Bebel Zati lagi.
"Hehe. ye tak ye jugak." Aku membelek-belek surat tersebut untuk mencari nama pengirim. " Ehh takde pon nama orang yang bagi." Kata aku sambil memuncungkan bibir.
"Ha ni lagi satu. Aku taulah kita dah habis UPSR, tapi otak tu janganlah bengong sangat. Nama pengirim dekat dalamlah!" Kata Zati sambil mengoyakkan sampul surat dan menudingkan jari ke arah dalam sampul. Aku tersengih. Zati menggelengkan kepalanya dan berlalu pergi. Aku membuka lipatan surat tersebut dan mata aku terus melekat pada alamat pengirim.
"Kuala Lumpur? Jauhnya. Sejak bila aku ada kawan dekat KL?" Kata aku di dalam hati, pelik kerana aku tidak pernah sempat bersekolah di Kuala Lumpur kerana terus berpindah ke Melaka selepas ibu bapa aku meninggal. Aku terus membaca nama pengirim.
"Haziq?"







bersambung...

TAKDIRWhere stories live. Discover now