i love you

3 0 0
                                    

Hana merebahkan badannya di atas katil sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik.
"Kenapa dengan aku ni. Haziq je pon, pehal nak emo sangat. Kesian Zati kena hadap aku bertahun tahun. hishhhhh" Hana membebel. "EIIIIII KENAPA SUSAH SANGAT AKU NAK MOVE ON!!"
Sebelum Hana sempat membaling bantalnya, telefon Hana berbunyi menunjukkan ada panggilan yang masuk.

"Hello Zati"

"Hello Hana~" Apahal bukan suara Zati?

"Oi kau sape?"

"Ala Hana kita baru jumpa setengah jam yang lalu. Takkan sekejap dah lupa?" Haziq?

"Oi jantan bak baliklah phone aku, mentang mentang kau tinggi, kau boleh buli aku lah?" Suara 'background' membuatkan Hana lebih confuse.

"Ish diamlah. Nanti dia dengar. Ok Hana aku tau apa kau rasa sekarang ni tapi tolong jangan letak phone dulu pleaseee" Haziq merayu.

"Ha yela. Apa kau nak"

"Amboi, kasarnya. Hana, boleh tak kau turun cafe kejap jumpa aku? Bolehla, aku nak borak dengan kau"

"Em yelahh. Tunggu jap. Aku turun"
.
.
"So, kau nak cakap apa?" Hana memulakan perbualan.

"Kau tak nak order air dulu ke?" Haziq mempelawa.

"Tak yah. Aku nak cepat"

"Ok...Hana, kau apa khabar?"

"Bolehla" Hana menjawab sepatah.

"Lama dah kan kita tak jumpa. Dah 8 tahun." Hana mengangguk, tidak memandang muka Haziq.

"Ish kau ni tak boleh MESRA lagi ke ha?" Haziq memerli. Hana menjelingnya.

"Ish aku dah cakap kan. Aku nak cepat. Dahla, daripada layan kau, baik aku tidur. Lagi bagus!"
Hana bangun dari tempatnya.

"Hana!" Haziq memanggil.

"Ape lagi?!"

"I love you." Lafaz Haziq sambil tersenyum. Hana terpaku dengan kata katanya. Tapi ego tetap tidak mahu direndahkan.

"Yeah, I love ME too" Kata Hana dengan nada sarkastik.

Uishh garangnya. Sejak bila die jadi macam ni? Haziq bermonolog sendiri.
.
.
.
Kenapa lama sangat nak sampai dorm ni?
Hana cuba mempercepatkan langkah. Dia sudah cukup lama menahan air mata. Tidak sempat sampai ke tempat yang dituju. Air matanya sudah jatuh.

Kenapa? Kenapa susah sangat aku nak lupakan dia? Hana mengesat air matanya menggunakan lengan baju. Dia terus bergegas ke biliknya.

"Assalamualaikum," Hana memberi salam sebaik sahaja dia membuka pintu bilik.

"Waalaikumsalam. Hana, amacam?" Zati mengangkat kening.

"Macam biasalah. Dia dengan perangai tak berapa helok dia tu" Hana cuba berlakon.

"Hana, kau tau kan yang kau takkan boleh tipu aku" Hana memandang Zati dengan pandangan yang lemah. Hana tersenyum.

"Nanti ada masa aku cerita lah"

"Ala kau ni. Tak best lah... Ha lupa nak bagitau kau"

"Apa dia?"

"Minggu ni kita balik kampung lagi tau"

"Okay"
Maaf Hana. Kalini bukan kehendak ibu, tapi kehendak abang. Zati mula risaukan Hana.






bersambung...

TAKDIRWhere stories live. Discover now