KAKAK?

3 0 0
                                    

"So, kau dengan Amirah ni adik beradik susuan lah?" Zati masih terkejut.

"Ye. Lain kali, jangan buat andaian terus, tanya dulu" Haziq memerli. Amirah tergelak kecil.

"Sorry" Zati tersengih.

"So, benarkan kitorang lawat 'bestfriend' kau boleh?"

"Boleh boleh" Zati membuka pintu bilik Hana. Hana langsung tidak memandang tetamu yang masuk. Dia memasih bermain dengan cincin yang terletak di jarinya.

"Hana" Haziq memanggilnya. Hana memandangnya dengan senyuman, tetapi tidak sehingga Amirah masuk ke dalam bilik itu. Hana mengalihkan pandangannya.

"Kau buat apa kat sini?"

"Aku nak lawat kau, Hana" Haziq menjawab.

"Sebelum kau cakap apa-apa, aku nak bagitau kau yang aku dengan Haziq ni adik beradik susuan" Amirah bersuara. Hana memandangnya keliru.

"Kenapa tak cakap awal-awal?" Hana tersenyum.
.
.
.
"Amboi termenung nampak. Tembus lantai tu" Amirah menegur Haziq. Haziq tergelak kecil

"Eh takdelah"

"Tak nak kongsi apa-apa ke?"

"Kongsi apa?"

"Kau fikir aku tak nampak reaksi kau dekat hospital tadi?" Haziq tersenyum mendengar kata-kata Amirah.

"Aku nampak kak"

"Kau nampak apa?"

"Dia masih pakai cincin yang Haris bagi" Haziq menundukkan mukanya.

"Kalau aku pun aku pakai" Haziq memandangnya pelik.

"Serious ah kak"

"Betullah. Sayang kot. Cincin mahal tu siapa tak nak pakai?"

"Haish kau ni" Haziq tak berpuas hati.

"Okay lah. Aku rasa dia belum boleh lupakan Haris lagi tu. Dia baru je kehilangan kan." Amirah cuba memujuk.

"Kalau dia tak lupakan jugak macam mana?"

"In shaa allah Haziq. Yakin dengan Allah. Kalau kau ada jodoh dengan dia, Allah akan temukan jugak nanti" Haziq tersenyum.
.
.
.
"Hana" Zati memanggil. Hana hanya menjawab panggilannya dengan pandangan.

"Doktor cakap harini kau dah boleh discharge." Hana tersenyum.

"Lepasni kita terus pegi makan tau. Kalini special sikit"

"Eh? Okay..." Jawab Hana tertanya-tanya.
.
"Weh serious ah makan dekat sini?" Terbeliak biji mata Hana setelah sampai di destinasi yang dituju.

"Serious" Zati tersenyum.

Masuk sahaja ke tempat tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang duduk berseorangan, membelakangi mereka. Hanya dia sahaja yang berada di situ. Mungkin baru pukul 12.30. Hana melihat jam tangannya. Hana terus duduk di meja yang berdekatan, tetapi Zati masih belum berhenti berjalan. Hana memandangnya pelik.

"Zati, kau nak pergi mana tu?" Hana berbisik.

"Eh sinilah" Zati menarik tangannya ke meja lelaki tersebut. Alangkah terkejutnya Hana apabila melihat bahawa lelaki tersebut ialah Haziq.

"Haziq" Kata Hana perlahan tapi mampu didengari pemilik nama tersebut.

"Duduklah. Saya dah order untuk awak" Kata Haziq tersenyum. Lama mereka bertentang mata.

"Oi, aku kau tak order ke?" Kata Zati cuba meleraikan tenungan mereka.

"Of course dah" Haziq menggulingkan bola matanya. Hana tergelak kecil.

Mereka makan dan berbual dengan gembira. Lama tak tengok kau senyum macam ni, Hana. Kata Zati di dalam hati. Dah selesai dah tugas aku. Sambung Zati tersenyum.

Dia nampak macam dah okay. Mungkin ni masa yang sesuai. Cepat-cepat Haziq mengeluarkan sesuatu daripada poketnya, tetapi disorokkan di bawah meja.

"Hana" Hana terus mengangkat muka, memandang Haziq yang memanggilnya.

"Saya nak tanya—." Kata-kata Haziq terpotong disebabkan oleh Zati yang tiba-tiba terbatuk secara kuat, dan kelihatan panik. Zati memegang lehernya dengan kedua belah tangan, seakan-akan tercekik. Belum sempat Hana menolongnya, dia pengsan.

"Haziq, bawak Zati pergi hospital"









bersambung...

TAKDIRWhere stories live. Discover now