ibu

7 0 0
                                    

8 tahun kemudian...

"Hana! Oh Hana!" Zati memanggil aku.
"Ye!" Sahut aku.
"Aku dah balik ni ha, bawak KFC kau. Kau kat mana ni?"
"Aku kat dalam bilik ni. Jap aku pegi depan"
"Hana, tadi duit yang kau bagi aku kurang 2 ringgit."
"Ha pastu?" Tanya aku sambil meletakkan piring di atas meja.
"Aku nak mintak kau bayarlah, ape lagi"
"Alah kau ni, niat sedekah tak boleh ke?" Aku meminta.
"Hish kau ni, yelah. Apalah malang sangat nasib aku ni duk berkepit dengan kau dari sekolah rendah sampai universiti. Dari dulu aku belanja kau."
"Alah Zati, nanti aku dah kumpul duit sikit, aku belanjalah kau pulak. Aku bukan apa, tapi kau fahamkan nenek aku dah meninggal." Kata aku hampir menangis.
"Eh janganlah camtu Hana. Aku gurau je" Zati cuba memujuk.
Sejak arwah nenek aku meninggal, hidup aku makin susah. Aku mula cari kerja sambilan berdekatan universiti kami di KL. Setiap kali cuti sem, aku akan balik ke rumah Zati. Ibu bapanya sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri, tapi...
"Hana, malam ni kita gerak balik kampung tau"
"Aku kena ikut ke?"
"Haah, mak aku nak jumpa kau." Kata Zati bersalah.
"Abang kau balik eh minggu ni?" Aku bertanya lagi.
"Haah." Zati masih bersalah.
Aku senyap. Tak tahu nak cakap apa. Aku takut kalau aku menolak pelawaan ibunya, ibunya akan terasa. Ada sebab kenapa aku kurang berminat apabila ibu Zati ingin berjumpa dengan aku. Untuk membalas jasa ibu Zati, aku sanggup hadap.
.
.
"Hana! Kau dah siap packing barang?"
"Belum! Dah nak siap ni!"
Sedang aku sibuk mengemas barang, aku terpandang teddy bear di atas katil. Aku tersenyum. Aku menggelarnya 'Haziq'.
"Haziq, harini aku balik rumah Zati lagi. Kau doakan hati aku dah terbuka tau untuk 'dia'. Aku cuba Haziq. Bukan senang nak lupakan kau." Aku tersenyum lagi.
.
.
"Assalamualaikum!" Serentak kami memberi salam.
"Waalaikumsalam, eh Zati, Hana, mari masuk. Ibu dah sediakan lauk kegemaran Hana tau" Aku mengangguk. Ya, ibu Zati menyuruh aku memanggilnya dengan gelaran 'ibu'.
"Ibu ni, lauk favourite Zati tak buat pulak" Zati mencebik.
"Ala Zati, sekali sekala ibu buat makanan favourite Hana apa salahnya, asyik kamu je." Aku tersenyum melihat mereka. Aku terkenang saat-saat terakhir nenek masih hidup.
"Apa bising-bising ni ibu?"
Aku tersentak. Aku memandang ke arah suara tersebut. Aku dah agak.
"Haris" Kata aku di dalam hati.





bersambung...

TAKDIRWhere stories live. Discover now