Haris

5 0 0
                                    

"Ha Haris, adik kamu dan bakal menantu ibu dah balik" Kata ibu sambil tersenyum. Hana mengeluh di dalam hati.
"Eh ibu ni ada ada je" Haris menafi. Hana hanya menunduk.
.
.
.
10:30 p.m.
Hana masih belum mampu untuk tidur. Puas Hana cuba untuk melenakan diri, tetapi matanya tidak mahu berbuat sedemikian. Hana bangun dari katil perlahan. Tidak mahu mengejutkan Zati yang sudah masuk ke alam mimpi. Hana terus keluar dari bilik dan menuju ke arah beranda.
Hana duduk di atas kerusi sambil merenung langit malam. Cantiknya ciptaan Allah. Bisik Hana di dalam hati.
"Hana? Tak tidur lagi?"
Aduhh kenapa mesti sekarang jugak.
"Haah, Hana tak boleh tidur abang Haris" Kata Hana sambil memaksa senyuman di bibir.
"Tak payahla panggil 'abang', Haris je dah cukup" Dia tersenyum.
Hensemnya dia. Eh Hana! Apa kau merepek ni! Hish nak lari tapi tak pelik ke tiba tiba aku lari dari dia? Nanti dia ingat aku ni pelik.
"Haris pun tak boleh tidur ke?"
"Haah. Mungkin dah banyak tidur harini" Kata Haris sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Hana, saya harap kita tak awkward walaupun saya dah confess-."
"Haris, saya harap awak tak bercakap pasal benda ni. Saya tak nak fikir pasal benda tu lagi. Lagipun, Hana masih muda. Haris faham kan?"
Haris mengangguk. Dia nampak agak kecewa.
"Baiklah, saya tak akan cakap pasal benda tu lagi. Tapi saya cuma nak awak tau yang saya akan sentiasa tunggu awak sampailah ada cincin tersarung dekat jari manis awak tu. Sebab awak adalah cinta pertama dan saya harap awak jugalah cinta terakhir saya" Hana hanya mampu mengangguk mendengar kata kata Haris.
"Ha disebabkan kita tak boleh tidur, Haris akan bercerita sampai Hana mengantuk. Boleh?"
"Emm. Bolehla"
"Ha dulu masa hari first Haris dekat kolej..."
Banyak benda yang dia ceritakan kepada Hana. Lawak, sedih, semua ada. Hana dah mula mengenal Haris dengan lebih mendalam. Dia baik. Sangat baik. Hana merenung mukanya. Mungkin. Mungkin hati aku sudah terbuka untuk dia.
"Ha lepastu kan Hana... Hana?" Haris memetik jarinya di hadapan muka Hana.
"Ye?"
"Haih dah kenapa awak tenung muka saya macam tu?"
"Eh takdelah tadi ada nyamuk kat pipi awak" Kata aku cuba berdalih.
"Oh nyamuk tu dah pergi ke?" Kata Haris sambil menepuk nepuk pipinya.
"Eh dah pergi dah" Maaf Haris, saya terpaksa tipu awak.
"Ohh. Ok sambung balik."
Hana tergelak di dalam hati. Nampaknya saya dah tak menyesal mengenali awak Haris. Aku tersenyum sendiri.




bersambung...

TAKDIRWhere stories live. Discover now