Mana hyung!!?

311 35 6
                                    

Hari ini seperti biasa. Lee Know akan pergi ke kerja selepas pulang dari sekolah. Cumanya dia tidak menunggang basikal. Dia hanya menuntun basikal. Katanya ingin menikmati udara yang segar. Sedang dia berjalan tiba tiba sebuah kereta hitam berhenti di tepinya. Lee Know hanya memerhati. Perasaan takut menyelubungi dirinya.

Tiba tiba seorang lekaki berbadan tegap menangkap Lee Know. Lee Know meronta untuk dilepaskan. Dia menggigit tangan lelaki tersebut. Akibat kesakitan lelaki itu terus menumbuk muka Lee Know. Lee Know terus pengsan dengan sekali tumbukan. Lelaki itu terus membawa Lee Know masuk ke dalam kereta. Kereka tersebut terus meluncur laju.

Petang sudah tiba. Sepatutnya sekarang waktu untuk Lee Know mengambil Felix dan Daehwi namun kelibatnya tidak dijumpai. Felix dan Daehwi masih menanti dengan sabar.

"Lix...kenapa hyung tak sampai lagi?" Soal Daehwi.

"Entah lah" Kata Felix. Dia juga risau kerana Lee Know tidak sampai lagi. Dia risau jika sesuatu berlaku pada Lee Know.

Ryujin sedang berjalan jalan tanpa hala tuju. Tiba tiba dia ternampak sebuah basikal yang dikenalinya. Ryujin mendapatkan basikal tersebut.

"Bukan ke ni basikal Minho? Kenapa ada dekat sini? Kenapa aku rasa ada sesuatu yang tak kena hah?" Soal Ryujin pada dirinya sendiri.

Ryujin terus menghubungi ahjussi Park. Dia menyuruh ahjussi Park untuk mengambilnya. Dia perlu ke rumah Yeri noona.

SKIP :-

"Woi bangunlah" Jerit seorang lelaki yang berbadan tegap. Dia terus menyimbah air ke muka Lee Know. Lee Know terus terjaga dari tidurnya. Badannya diikat di sebuah kerusi. Perasaan takut menyelubungi dirinya.

"Ak..aku kat mana ni? Apa yang korang nak hah? Lepaskan aku lah!!!" Soal Lee Know dan di akhiri dengan jeritan.

Selepas sahaja Lee Know menjerit,dia terus menerima tumbukan daripada lelaki tersebut. Tumbukan tersebut tepat di perutnya.

"Kitorang takkan lepaskan kau tanpa arahan bos kitorang" Kata lelaki tersebut.

"Wei bos kata kita boleh buat apa sahaja dekat budak ni" Kata seorang lagi kelaki.

Mereka hanya tersenyum sinis. Mereka mendekati Lee Know. Lee Know semakin ketakutan. Lelaki lelaki tersebut memukul Lee Know dengan puas. Lee Know tidak dapat membalas kerana dirinya telah diikat. Ikatan tersebut sangat kuat.

Akhirnya Ryujin telah tiba di rumah Yeri. Dia menekan loceng rumah tersebut. Pintu di buka dan terpampanglah muka Yeri.

"Eoh...cari siapa?" Soal Yeri. Memandangkan dia masih belum kenal Ryujin kerana sebelum ini Ryujin hanya duduk di dalam kereta.

"Saya Ryujin kawan Lee Know" Kata Ryujin.

"Ouh datang nak ambik Felix dengan Daehwi ke? Sekejap eh" Kata Yeri. Dia terus masuk ke dalam. Ryujin memandang pelik. 'Takkan dia tak ambil adik dia?' Soal Ryujin di dalam hati.

"Noona!!" Jerit Felix dan Daehwi. Ryujin hanya tersenyum. Dia mendapatkan barang barang Felix dan Daehwi. Dia tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih.

Setelah tiba di dalam kereta, Daehwi terus menanyakan soalan. "Noona mana hyung?" Soalan ini membuatkan Ryujin keliru. Diorang pon tak tahu mana Lee Know pergi. Ini membuatkan Ryujin semakin risau.

"Noona baru nak tanya korang" Kata Ryujin. Felix dan Daehwi hanya senyap.

"Jangan cakap hyung kene cu-" Felix terus menutup mulut Daehwi sambil menggelengkan kepalanya.

"Ok macam ni. Korang pandai jaga diri kan?" Soal Ryujin. Felix dan Daehwi hanya mengangguk.

"Noona akan hantar korang balik rumah. Tapi ingat. Tutup semua tingkap dengan pintu. Jangan lupa kunci. Noona akan cari hyung kamu. Apa apa nanti noona telefon korang. Boleh?" Terang Ryujin dan memberikan soalan agar adik beradik kembar itu faham. Akhirnya Felix dan Daehwi mengangguk.

To be continued
=============================

Takdalah kejam sangat
¯\_(ツ)_/¯

[C]Him || L.M.H ✓Where stories live. Discover now