Ending

378 40 0
                                    

Pagi ini kelas berjalan seperti biasa. Ryujin masih lagi duduk di sebelah Lee Know. Harini pembelajaran tidak dijalankan memandangkan peperiksaan sudah habis. Jadi mereka hanya duduk. Ada yang merayau.

"Ermm Ryujin" Panggil Lee Know. Ryujin memandang ke arah Lee Know.

"Jumpa aku kat luar" Kata Lee Know dan terus keluar. Ryujin memandang ke arah Lee Know pelik. Namun Ryujin mengikut arahan Lee Know. Sampai sahaja di luar Lee Know hanya berdiri tegak. Ryujin memandang ke arah Lee Know.

"Pusing" Arah Lee Know. Ryujin menayangkan muka pelik. Tapi dia tetap pusing ke belakang. Lee Know mengambil bunga yang berada di tangan seorang budak. Heh dia suruh junior kutipkan bunga untuknya dan hias.

Lee Know terus melutut. Murid yang lalu lalang mula berkumpul. Ada yang teruja. Ada yang menggila menjerit.

"Ryujin" Panggil Lee Know. Ryujin memandang ke arah Lee Know. Dia terkejut melihat Lee Know yang sedang melutut itu.

"Kk..kk...kau bb...buat apa nn..ni?" Soal Ryujin gagap.

Bunga yang berada di dalam genggaman Lee Know dihulurkan kepada Ryujin.

"Aku tahu aku tak sweet tapi...Shin Ryujin. Sudikah kau menjadi Lee Ryujin?" Soal Lee Know. Ryujin terpaku. Murid perempuan yang mengelilingi mereka mula menjerit.

"Kk...kau-"

"Yes or no?" Soal Lee Know sambil tersenyum. Ryujin mengangguk dan tersenyum malu. Mereka yang mengelilingi terus bersorak. Lee Know tersenyum dan terus memeluk Ryujin. Sejak dari itu mereka mula menjalinkan hubungan. Ibu bapa mereka juga tahu dan mereka hanya sokong apa yang anak anak mereka mahu kalau itu yang terbaik.

"Sayang!!" Laung seorang lelaki dan memeluk Ryujin. Terus termati lamunan Ryujin. Dia melihat tangan yang melingkar di tubuhnya itu. Siapa lagi kalau bukan Lee Minho.

"Buat apa tu" Soal Lee Know.

"Takde pape" Balas Ryujin.

"Ye ke? Kenapa jauh termenung. Sampai saya balik pon awak tak perasan" Kata Lee Know. Ryujin tersenyum.

"Saja. Terkenang kisah lama" Kata Ryujin. Lee Know mencuit hidung Ryujin.

"Bende yang lama jangan dikenang" Kata Lee Know.

"Ara ara...saya tahulah" Kata Ryujin.

'Aku bahagia kerana ditakdirkan bersama seorang insan yang sangat sempurna. Aku yakin dia ialah jodoh aku selamanya'

'Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang wanita yang sanggup bersama dengan diriku dari awal hingga kini. Aku janji akan menjaganya seperti nyawaku sendiri'

To be continued
=============================

Ermmm dh habis🙃ending clishe😂special chapter menanti anda

A/n nk habiskan story ni awal sikit😂

[C]Him || L.M.H ✓Where stories live. Discover now