Him (l.m.h)

299 35 0
                                    

Setelah beberapa hari di hospital akhirnya Lee Know dibenarkan untuk keluar. Sepanjang dia di hospital Ryujin lah yang menjaga dia. Sanggup tak pergi sekolah semata mata ingin jaga Lee Know. Untunglah jadi anak guru besar.

"Kau nak balik dulu ke nak terus pergi balai polis?" Soal Ryujin.

"Terus pergi balai kot. Aku nak settlekan kes ni cepat cepat" Kata Lee Know. Ryujin hanya mengikut arahan. Ryujin terus menelfon ahjussi Park. Dia meminta ahjussi Park untuk menghantarnya ke balai polis. Ahjussi Park hanya akur.

SKIP :-

"Akhirnya semua dah selesai" Kata Ryujin.

"Tak...belum lagi" Nafi Lee Know.

"Apa maksud kau?" Soal Ryujin. Dia terus memandang ke arah Lee Know. Tiber je budak ni.

"Appa" Kata Lee Know. Dia menunduk memandang jalan. Terasa sebak tiba tiba.

"Ahh... Jangan risau. Nanti kita usaha cari appa kau" Pujuk Ryujin. Tapi itu tak jadi masalah pada Ryujin. Masalah yang lagi berat sekarang ni ialah perlu ke dia bagitahu Lee Know tentang phobianya tu.

"Erm wei" Panggil Ryujin. Lee Know hanya berdehem sebagai balasan.

"About your phobia" Kata Ryujin. Lee Know terus memberhentikan langkahnya. Dia memandang ke arah Ryujin.

"Haritu doktor cakap...phobia kau makin teruk" Kata Ryujin. Dia terus menundukkan kepalanya. Serba salah untuk bagitahu.

"Ouh ok" Kata Lee Know. Ryujin memandang ke arah Lee Know dengan pandangan '- seriously -'

"Kau ok?" Soal Ryujin. Lee Know hanya mengagguk.

"Jangan risau lah. Aku still ok" Kata Lee Know. Tiba tiba badannya menggigil. Nafasnya terasa tersekat sekat.

"Kenapa ni?" Soal Ryujin dengan gelabah.

Lee Know terus menunjuk ke arah kayu dan besi yang berada di lorong berdekatan dengan mereka. Kepala Lee Know menjadi semakin sakit kerana kes haritu. Ryujin segera mengambil ubat yang berada di dalam begnya. Nasib baik dia bawa tadi.

" Nah" Kata Ryujin sambil menghulur beberapa biji pil ubat. Lee Know mengambil ubat tersebut dan terus menelannya.

"Kau ok?" Soal Ryujin. Lee Know hanya mengangguk. Ryujin terus mengajak Lee Know untuk pulang. Sebelum pulang mereka mengambil Felix dan Daehwi yang berada di rumah pengasuh.

Akhirnya mereka sampai di rumah. Mereka bergerak ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Felix dan Daehwi terus masuk ke dalam bilik untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Aku balik dulu lah. Nah ubat. Jangan lupa makan. Kalau aku tahu kau skip makan memang aku piat telinga kau" Kata Ryujin dengan membuat gayanya sekali. Lee Know melihat ke arah Ryujin.

"Dae...aku takkan skip" Kata Lee Know. Air liur ditelan kesat. Lee Know memerhati Ryujin sehingga bayangnya hilang.

"Baik aku masak apa yang patut" Kata Lee Know. Dia terus menuju ke arah dapur dan menyiapkan bahan untuk memasak.

To be continued
==============================

Lino : kenapa suka sangat letak tajuk chapter macam tu?
A/n : dah aku tak tau nak letak apa. Sukahati lah
Lino : erghh k fine

[C]Him || L.M.H ✓Where stories live. Discover now