Him (l.m.h)

280 38 0
                                    

Sekarang Lee Know sedang berada di restoran tempatnya bekerja. Sepanjang dia bekerja,dia hanya termenung. Rakannya yang terlihat muka Lee Know itu segera menegur.

"Kenapa ni?" Soal rakan Lee Know.

"Tak de papelah" Balas Lee Know tetapi masih lagi termenung.

"Takde pape tapi still termenung. Asal ni? Kau buat aku risau lah" Kata rakan Lee Know.

"Don't worry Kevin Moon. I'm ok" Kata Lee Know sambil tersenyum. Dia ingin menyedapkan hati rakan sekerjanya itu.

"Aku tau kau ada masalah. Tapi aku taknak paksa kau untuk share. I know you Lee Know. Aku balik dululah. See you tomorrow" Kata Kevin. Dia ingin pulang memandangkan kerjanya sudah habis. Lee Know hanya mengangguk. Dia juga menyiapkan diri untuk pulang.

Seperti biasa buka sahaja pintu pasti terpampang muka Ryujin. Walaupon Lee Know sudah biasa tapi dia tetap terkejut. Kenapa ntah. Gila gamaknya. Ryujin hanya menggelengkan kepala melihat perangai terkejut Lee Know.

"Dah jom ambil diorang" Kata Ryujin. Lee Know hanya akur. Dah menjadi kebiasaan.

SKIP :-

Di dalam kereta Ryujin Lee Know hanya termenung. Entah apa yang dimenungkan tu. Ryujin perasan yang Lee Know asyik termenung. Tapi dia tak berani ingin tegur. Dia risau Lee Know akan marah. Biasalah hal peribadi. Lee Know bukan seorang yang suka berkongsi tentang hal peribadinya sendiri.

Mereka dalam perjalanan pulang. Lee Know sedang melayan karenah Felix dan Daehwi. Dia tidak mahu Felix dan Daehwi risau. Dia sendiri pon pelik kenapa dia kerap termenung dan mengeluh sekarang ni. Tapi dia tetap kuat di hadapan adik kembarnya itu.

Lee Know dan adik kembarnya telah sampai di rumah. Tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Ryujin.

"Ermmm....Minho" Panggil Ryujin sebelum dia pulang. Lee Know yang ingin masuk ke dalam berpaling kembali apabila namanya dipanggil. Tiba tiba Ryujin senyap.

"Wae?" Soal Lee Know.

"Errr....takde papala...belum tiba masanya lagi" Kata Ryujin.

"Apa maksud ka-"

"Aku balik dulu. Bye" Kata Ryujin dan terus berlari masuk ke dalam kereta. Lee Know hanya memerhatikan pemergian Ryujin.

"Pelik" Kata Lee Know perlahan. Cukup sekadar dirinya sahaja yang dengar.

"Hyung buat apa tu?" Soal Daehwi. Dia memandang ke arah Lee Know dengan muka innocent.

"Hmmm...takde pape" Kata Lee Know sambil tersenyum kekok. Terkejut mungkin.

"Hyung...Lix lapar" Kata Felix dengan manja.

"Lapar? Takkan tak makan dekat rumah Yeri noona?" Soal Lee Know dengan muka keliru.

"Makan. Tapi lapar lagi" Kata Felix sambil tersengih. Lee Know hanya menggeleng melihat karenah adiknya itu.

"Haah hyung. Hwi pon lapar" Kata Daehwi pulak. Lee Know membesarkan matanya. Kenapa adik adiknya ni kuat makan? Fikir Lee Know.

"Hyung masak please" Pujuk Felix dan Daehwi. Lee Know hanya akur. Nasib sayang.

"Ok lah...jom teman hyung dekat dapur" Ajak Lee Know. Mereka pon bergerak ke dapur untuk menyediakan makanan.

To be continued
=============================

[C]Him || L.M.H ✓Where stories live. Discover now