'Dah mula dah...'
The Flight of the Bumblebe versi laju memekakkan telinga. Maya pejam mata. Bacaan al-Qurannya terhenti. Maya tarik dan hembus nafas beberapa kali. Setiap pagi, dugaan yang sama dia terpaksa redah.
Alarm clock si Hana.
Dipaksa lidahnya menyambung kembali bacaan ayat suci al-Quran setelah bunyi itu berhenti. Baru saja lidahnya membaca isti'adzah, deringan The Flight of the Bumblebee memekak lagi. Maya lantas menutup kitab suci itu sebelum diletakkan di atas almari sebelah katil. Sekali, dua kali, boleh bersabar lagi. Tapi.. Tujuh kali. Siapa boleh tahan?
Dengan telekung masih tersarung, Maya berjalan laju ke bilik seberang, bilik teman serumahnya, Hana. Langkah Maya bagai nak pergi berperang. Kakinya kasar menghentak lantai marmar. Setibanya di hadapan bilik Hana, pintu bilik itu digendang kuat.
"Hana! Bangun! Solat!" Tiada respons. Maya mengerutkan dahi. Koma ke apa dia ni?
"Weh Hana! Bangun la! Solat Subuh!" Maya menjerit lagi sambil tangannya menggandakan tenaga yang dipalu ke pintu bilik Hana. Kali ini, dinding rumah pun terasa gegarannya.
Maya menoleh apabila pintu bilik sebelah terkuak. Muka serabut Jannah terpacul. Maya menjamah wajah teman serumahnya yang seorang lagi.
"Pukul berapa sekarang?" Tanya Jannah yang masih digamit saki-baki mimpi. Mulutnya menguap besar. Sebelah matanya terpisat-pisat menahan panahan cahaya lampu ruang tamu.
"6.30 pagi. Kejut dak Hana ni. Takkan hari-hari korang nak Subuh gajah! Burung pun dah keluar sarang cari rezeki tahu tak? Korang masih berkubang atas katil!" Bebelnya sinis sambil menendang kuat pintu bilik Hana.
Jannah terangguk-angguk sambil menolak Maya ke tepi. Pintu bilik Hana digendang tanpa henti dengan kedua tangan. "Bangun bangun bangun bangunnnnn!" Teriak Jannah senada.
Maya baru nak menyumpah jengkel bila pintu bilik Hana terbuka dan Hana keluar dari bilik dengan mata yang masih terpejam rapat seperti diglu. Hidungnya kembang-kempis dan keningnya bercantum. Tahi mata kering berkumpul di hujung matanya, sebelah kakinya pula tersarung stokin, manakala sebelah lagi kaki ayam. Rambut ikalnya pula dah macam hantu Kak Limah, mengerbang ke semua arah.
Maya dan Jannah menahan rasa loya yang membuak-buak di anak tekak tengok rupa Hana bangun tidur. Serius, perempuan ni...
"Apa ni Maya pagi-pagi dah bising? Orang nak tidur pun tak senang laa." Gumam Hana rendah. Kerutan yang menghiasi dahinya jelas menayang betapa jengkelnya dia sekarang.
"Bising? Weh kau sedar—" Maya baru saja nak melancarkan bebelan sesi kedua apabila Jannah menolaknya ke tepi sebelum menarik tangan tangan Hana dan mengheretnya ke tandas.
"Esok pagi je la sambung membebel Maya." Rungut Jannah selamba.
Maya memandang Jannah dan Hana dengan rahang jatuh. Cukup baik aku tolong kejutkan bangun Subuh. Bukan tahu nak bersyukur. Siap suruh kita diam. Dasar tak kenang budi. "Korang, esok kalau tak bangun Subuh..." Gertak dia keras tanpa perlu habiskan ayat.
Jannah dan Hana angguk serentak.
~*~
"Morning Hana!"
Sapa Budin dengan segaris senyuman bersinar-sinar. "Amboi kau, bukan main lagi ber-morning morning. Apahal? Mimpi malam pertama ke malam tadi?" Gurau Hana, membalas senyuman terlebih manis Budin sambil helmet yang dikepit dicelah lengan kanan bertukar ke lengan kiri. Matanya mendarat pada cawan kertas Coffee Bean di tangan kanan lelaki itu.
YOU ARE READING
Aku Bukan Hana Tajima!
ChickLitHana merupakan seorang saintis dan kepala jabatan pusat kajian di sebuah syarikat Jepun, Samurai Industries. Seorang yang berkeyakinan tinggi, degil, witty, sangat opinionated dan tak ada sense of fashion. Daim menjawat jawatan PA kepada anak pemil...