1

73 7 2
                                    

Suasana suram menyelubungi pagi.
Kesemua ahli keluarga dan kawan-kawan lengkap berbaju serba hitam mengelilingi sebuah pusara.

Seangkatan tentera juga, lengkap berseragam dan sedia untuk memberi penghormatan terakhir.

"Pada para hadirin... sila beri penghormatan terakhir !" Ucap paderi tersebut

Kesemua mereka menundukkan kepalanya 90° selama 1minit bagi penghormatan terakhir.

Setelah selesai upacara pengebumian, orang ramai mula beransur pulang.

"Tak sangka...sekejap jer masa berlalu. Aku harap kau tenang dekat sana" ucap Soyeon

"Aku bangga dengan kau ! Sekarang kau boleh rehat sepuas-puasnya"

"Kenapa ? Kenapa cepat sangat dia pergi ?" Rintih Jihyo

"Shuhh... masa dia dah tiba. Sayang kena terima, sayang kuat. Ok ?" pujuk Daniel sambil memeluk bahu Jihyo

"Patutlah dia suruh saya terima awak walaupun dia tahu saya takkan terima orang yang saya tak kenal. Sebab dia nak pergi tinggalkan kita..."

Walaupun hatinya remuk mendengar kata-kata Jihyo, Daniel faham akan perasaan Jihyo yang jauh lebih sakit.

"Bro, aku akan pegang janji aku. Aku akan jaga dia sampai akhir hayat aku. Kau jangan risau, aku takkan ulangi kesilapan kau, aku takkan sakiti hati dia. Aku janji." Ucap Daniel

Mereka bersama-sama meletakkan sekuntum bunga ros putih di atas pusara..

R.I.P
Jeneral KimK
12 January 1995 - 20 October 2019

Jihyo membenamkan mukanya di bahu Daniel perasaan sedihnya tak dapat di tahan lagi.

Yoongji mengiringi Soyeon dan mengatur langkah untuk pulang. Begitu juga dengan Jaemon dan Momo.

Di ikuti Daniel dan Jihyo turut meninggalkan pekarangan perkuburan itu.

Kini tinggallah hanya Mina berseorangan di depan pusara KimK.

#####

Tukk'

Tukk'

Klik'

Daniel membuka separuh pintu biliknya. Dia kemudian menjengah kepalanya ke dalam.

"Sayanggg~~ makan jom. Oppa dah siapkan makanan" panggil Daniel dari pintu

Daniel mula menapak ke arah katil apabila panggilannya tidak disahut. Terlihat Jihyo masih lagi tidur berpeluk tubuh. Badannya diselubungi selimut.

"Sayangg ?" Kejut Daniel memegang bahu Jihyo

"Ermm" sahut Jihyo lemah

Mukanya kelihatan pucat lesu. Suaranya juga hampir hilang.

"Sayang demam ?"

"Tak, cuma pening sikit"

"Pergi klinik jom" pinta Daniel

"Taknak, pening sikit jer ni. Nanti makan ubat hilanglah"

"Serius ni taknak pergi klinik"

CIRCLE LOVE  2 || Thank You, I'm Sorry, I Love You ||Where stories live. Discover now