14

28 3 0
                                    

Setelah beberapa minit mereka berjalan, akhirnya mereka sampai di satu kedai.

Mina memandang Mark pelik.

"Mana kau tahu kedai ni ?" Soal Mina

"Kenapa ? Ni kedai favourite saya, dulu ada seseorang ni bawak saya dekat sini. Dia lah yang kenalkan saya kedai ni"

"Awak dah ingat ?"

"Tak, saya tak ingat apa-apa. Yang saya ingat tempat ni ialah hati saya. Hati saya yang bawak saya ke sini, sekali gus mengingatkan saya pada seseorang tu"

"Siapa dia tu ?" Soal Mina perlahan

"Saya tak tahu. Yang pasti dia perempuan, perempuan yang selalu ada dengan saya"

Hati Mina bagaikan retak seribu apabila mendengar kata-kata Mark.

"Jom kita masuk. Perut saya dah lapar ni" ajak Mark teruja sambil menarik tangan Mina

Mina mengeraskan badannya.

"Awak kenapa ni ? Jom lah masuk" pelawa Mark lagi

"K..kita makan dekat tempat lain boleh ?"

"Kenapa pulak ? Awak tak suka ?"

"Erm.. tak ada apa-apa lah, jom masuk" kini Mina pula yang menarik tangan Mark.

Mark melihat Mina pelik.

Sampai sahaja di dalam kedai tersebut, Mark dan Mina segera mengambil tempat di hujung penjuru kedai tersebut kerana di situ terdapat permandangan yang cantik.

"Pandai awak pilih tempat" ujar Mina tanpa sengaja.

"Tengoklah siapa yang pilih. Ehh jap ! Awak cakap apa tadi ? Awak dah tak gunakan kau aku dah ?" Mark mendekatkan mukanya ke arah Mina.

Mina mengundur ke belakang.

"Aku cakap pandai kau pilih tempat. Kenapa ?"

Mark membuat muka pelik.

"Kau salah dengar tu" ujar Mina meyakinkan Mark.

Mark hanya mengangguk laju.

"Encik, ini makanan encik. Selamat menjamu selera !" Ucap pelayan lelaki.

"Bila masa kita order ?" Soal Mina

"Itulah yang special nya kedai ni. Dia ada satu menu jer dan kita tak payah nak pergi beratur order or pikir-pikir dah. Best kan ?"

"Ermm... Boleh lah" balasnya acuh tak acuh.

"Boleh lah ? Awakkk... Mana ada kedai yang macam ni. Kedai ni unik tau.." Mark memuncungkan bibirnya.

"Ishh.. yelah-yelah kedai ni speeeeeecial sangat. Dah jom makan nanti sejuk, kang tak sedap pulak" pujuk Mina lembut.

Mereka mula menjamu selera.

#####

UN Village

Sebuah kereta sedan putih memasuki ruang parking tersebut.

Jaemon, Yoongji dan Daniel lantas keluar dari perut kereta tersebut.

"Aikk.. kosong jer rumah kau. Ade orang ke tak tu ?" Soal Jaemon pelik

Manakala Yoongji hanya menjenguk ke dalam rumah Daniel dari jauh.

"Tulah pasal. Takkan keluar pulak diorang ni" jawab Daniel.

"Kau pergi lah masuk tengok, tu kan rumah kau" arah Yoongji.

"Ye tak ye jugak kan. Aduhh ! Kenapa lah aku tak terfikir tadi" ucap Daniel sambil menepuk dahinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CIRCLE LOVE  2 || Thank You, I'm Sorry, I Love You ||Where stories live. Discover now