6

31 3 0
                                    

"Ergh ! A-ak-aku de-dekat mana ni ?"

Mark cuba mengingati setiap detik sebelum dia mula tidak menyedarkan diri. Matanya melilau melihat disegenap ruang wad tersebut.

"Hospital ?" Soalnya seorang diri

Matanya menangkap satu figura yang sedang tidur disisinya.

"Errr... Cik ? cik !" Kejut Mark menggunakan hujung jari telunjuknya

Mina yang terasa bahunya dicucuk lantas bangun dan memperkemaskan rambutnya

"Eo.. Mark ? Kejap, aku panggil doktor" ujar Mina segera berlari keluar untuk memanggil Doktor

"Ehh ! Aduhh" adu Mark sambil memegang kepalanya

Selepas beberapa minit seorang jururawat dan doktor masuk ke dalam wad Mark. Lalu terus memeriksa keadaannya.

"Ermm... doktor ? mana perempuan tadi ?" Soal Mark dengan lehernya di panjangkan seperti mencari seseorang

"Ohh... Isteri kamu tengah tunggu dekat luar"

"Isteri saya ?" Kerut Mark

"Ya, kamu tak ingat ?" Soal Doktor itu pelik

"Tak"

"Keluarga kamu ?" Soal Doktor lagi

Mark menggeleng

"Kawan kamu ?"

Mark masih menggeleng

"Nama kamu ?"

"Err.. M-Mark K-Kim" jawabnya ragu-ragu

"Kamu ingat nama kamu ?"

Mark menggeleng lalu menunjukkan gelang yang tertera nama 'Mark Kim' sambil melemparkan senyuman petak

"Erm.. macam inilah, biar saya terangkan. Nama kamu Mark Kim dan isteri kamu Myoui Mina. Bapa kamu Kim Seungcheul dan mak kamu Lee Misoo. Kamu ada sorang abang Kim Jongman dan sorang adik perempuan Kim Sana" terang doktor tersebut

Manakala jururawat disebelahnya ralit mencatat apa yang disoal jawab mereka

Mark hanya membatu, masih memproses nama-nama yang diberitahu tadi

"Ingat ?" Soal Doktor apabila melihat Mark masih terdiam

"Errmm.. erghh"

"It's okay it's okay.. kamu tak perlu paksa untuk ingat balik semua tu. Kita ingat perlahan-lahan. Okay"

Segera doktor menenangkan Mark kembali.

"Nurse tolong panggil isteri pesakit" arah Doktor

"Baiklah" jawabnya lalu mengatur langkah menuju ke pintu wad.

Klikk'

"Yee, Doktor ? Macam mana keadaan dia ? Maksud saya, keadaan suami saya" Soal Mina sebaik saja masuk ke dalam wad

"Baiklah, suami awak mengalami amnesia atau hilang ingatan yang agak lama. Saya sarankan supaya awak bantu suami awak untuk pulihkan ingatannya" jelas doktor tersebut

"Selain itu, semuanya sudah kembali pulih. Dia boleh keluar petang nanti, selepas nurse beri ubat terakhir" sambungnya

"Baiklah ! Saya akan tolong suami saya kembalikan ingatannya"

"Bagus, kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu" pamit Doktor tersebut

"M-Min-na ?" Panggil Mark

"Ermm" jawab Mina sambil memandangnya

"Awak isteri saya ?" Soalnya

"Nope ! Aku bukan isteri kau"

CIRCLE LOVE  2 || Thank You, I'm Sorry, I Love You ||Where stories live. Discover now