9

26 3 0
                                    

Minji, Sana dan Hanna yang sibuk membeli belah, diganggu dengan mesej yang tak henti masuk.

"Weyy !!! Ada emergency !!!" Jerit Minji selepas membaca mesej tersebut

"Haa ?! Emergency?? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa?" Soal Sana cuak.

Hanna hanya melihat mereka berdua tanpa riak.

"Jihyo masuk Hospital !"

"Masuk Hospital ? Sebab apa ?"

"Mama sakit ?" Soal Hanna apabila terdengar nama Jihyo

Serentak Minji dan Sana memandang Hanna.

"T-tak.. mama Hanna tak sakit.. mama Hanna... err" jawab Minji gagap

"Mama Hanna pergi check adik Hanna jer" sambung Sana

"Haa.. betul tu, mama Hanna pergi check adik Hanna" kata Minji meyakinkan Hanna

"Ohhh.. Hanna nak pergi dekat mama" pinta Hanna

Minji memandang Sana.

"Takpelah, korang pergi jelah. Kita sambung hari lain" tolak Sana lembut

"Alaaa... jomlah auntie Sana~~ jomlahh, pleaseee~ jumpa mama Hanna jom" pujuk Hanna memegang erat tangan Sana

"Auntie ada banyak-"

"Bolehlah bolehlah... jom jom cepat" pintas Hanna sambil menarik tangan Sana menuju ke kereta

Minji hanya memberi isyarat mata untuk mengikut kata Hanna.

Sana mengangguk laju

Skippp

Sesampai sahaja dia hospital, Minji segera menuju ke wad yang menempatkan Jihyo.

Klikk'

"Huhh... huhh... ma-macam mana dengan Jihyo ?" Soal Minji sebaik saja memasuki wad

"S-Sana ??!" Soal Daniel lantas berdiri

Muka Daniel jelas terkejut apabila mereka bertentang mata. Manakala Sana yang masih setia memegang tangan Hanna juga mempamerkan riak wajah terkejut.

"Errr... wey a-aku balik dululah. Ada hal. Bye" pamit Sana segera melepaskan genggaman tangannya dan terus berlari.

"Ehh.. we-yy haihh..."

"Papaaa !!" Panggil Hanna lantas berlari mendapatkan Daniel di kerusi bersebelahan katil.

"Minji bawak Hanna jumpa dia ?!" Soal Daniel, keras sahaja suaranya.

Minji mengangguk, mukanya tidak memberi apa-apa riaksi.

"Kenapa Minji bawak Hanna jumpa dia ?!"

"Apa salahnya diaorang jumpa.. Hanna tu anak buah dia jugak" jawab Minji mendatar

"Salah !! Sebab diaorang dah tak ada apa-apa kaitan dan abang pon tak nak ada kaitan dengan dia, faham ?!!!" Naik seoktaf suara Daniel, bengis saja mukanya

"Hanna ni darah daging dia. Kau tu ! Engkau yang tak ada kaitan dengan Hanna !! So, jangan nak berlagak macam kau tu darah daging dia !!"

"Minji !!!" Jerit Jihyo yang baru saja tersedar dari pengsan

"Sayang dah sedar ?" Soal Daniel sedikit terkejut lalu segera memegang bahu Jihyo

"Kenapa Minji cakap macamtu dengan Daniel ?! Minji tahu tak Daniel tu siapa ?! Dia tu abang ipar Minji tahu.. cuba hormat sikit ! Kalau Minji tak boleh terima dia sebagai abang ipar Minji sekalipun, sekurang-kurangnya hormat dia sebagai orang yang lebih tua dari Minji..." sambungnya

CIRCLE LOVE  2 || Thank You, I'm Sorry, I Love You ||Where stories live. Discover now