Subway
"Weyy... kau ada rasa pelik tak ?" Soal Minji secara tiba-tiba
"Pelik ? Apa yang peliknya ? Aku tengok biasa jer" jawab Sana sambil melilau kedai makan itu
"Bukan tempat ni"
"Habis tu ?" Soal Sana pelik
"Masa hari KimK di kebumikan"
"Haa.. kenapa ? Aku tengok takde apa pun yang pelik. Semua nangis"
"Aduhh.. kau ni blur sangat pehal" rungut Minji
"Dah tu... ishh cuba kau cakap tu biar terang. Takdelah aku blur macam ni"
"Haihh... macamni. Masa dekat kubur haritu, kau ada nampak tak Mina unnie still berdiri dekat situ walaupun semua orang dah balik. Even, Jihyo pun tak tunggu lama dekat situ tau" terang Minji
"Ooooooohhhhh... haah kan. Aku baru perasan, and aku tengok dia jugak paling beria nangis.. hmm" jawabnya dengan tangan didagu
"Kau rasa kenapa ?" Soal Minji
"Hmm... entah, dia ada apa-apa kot dengan oppa sebelum ni"
"Maksud kau ?"
"Maksud aku, mungkin sebelum ni dia ada masalah ke gaduh ke buat bende tak elok ke dekat oppa" jelas Sana
"Takkan... aku tengok nangis dia bukan macam tu"
"Habis tu, macam mana ?"
"Nangis orang putus cinta" jawab Minji ringkas
"Haa !? Kau nak cakap dia dengan oppa tu bercinta sebelum ni ?"
"Mungkin... mana kita tahu kan" kata Minji sambil mengangkat bahu
"Tak logik. Kau pun tahukan oppa tu gilakan sangat Jihyo. Takkan dia boleh bercinta dengan Mina pulak"
"Dahtu, takkan Mina yang taruh cinta dekat KimK tu"
"Lelaki wey... senang-senang cari, senang-senang blah. Kita ni perempuan yang kena tanggung semua. Sama jer kan semua" Sambung Minji bengang
"No... oppa tak macamtu, dia akan dapatkan apa yang dia nak. Walaupun bende tu mustahil untuk dia dapat. Dan sekali dia dapat apa yang dia nak, dia takkan senang-senang lepaskan or bagi orang lain dekat ke pegang ke apa-apa lahh.. haa..." jawab Sana
"Tak mungkin... serius lah dia macamtu"
Sana hanya mengangguk, mulutnya penuh dengan roti subway.
"Kalau KimK macamtu takkan dia tinggalkan Jihyo pakai surat jer. Lepastu siap suruh orang yang tak kenal jagakan Jihyo. Kan ?" Soal Minji pelik
"Sekejap ! Oppa tinggalkan Jihyo ?" Soal Sana terkejut
Minji mengangguk
"Masa Jihyo bersalin ?"
Minji mengangguk lagi
"Pakai surat, siap dengan pengganti dia ?" Soal Sana lagi dengan menekankan perkataan pengganti
"Yee, and masa aku tahu KimK buat macamtu. Aku rasa nak bunuh jer KimK tu tau"
"Wait ! wait ! Masa tu memang oppa aku ada pergi hospital sebab nak temankan Jihyo. Lepastu dia balik, tapi..."
"Kenapa ? Kenapa ?"
"Keadaan dia teruk. Sangat teruk macam baru lepas kena pukul"
"Dia balik ? Bukan dia kena tahan and kena lanjutkan perkhidmatan dia dekat afghanistan ?" Pintas Minji
YOU ARE READING
CIRCLE LOVE 2 || Thank You, I'm Sorry, I Love You ||
RomanceSambungan dari buku CIRCLE LOVE || I Love You Penerima Coklat || "Dua hati tak ditakdirkan untuk bersama tapi hanya ditakdirkan untuk bertemu" Cast Park Jihyo Myoui Mina Kang Daniel Mark Kim